Monday, May 7, 2012

Bertemu Dengan Nostradamus.

Pada malam Piala FA, tatkala kesedihan kerana Daniel Agger tidak dapat menyiku dan mentomoi Fernando Torres (bukan kerana Liverpool kalah, sebab sedangkan Liverpool kalah dengan West Brom pun hati saya tegar bagai terumbu karang di lautan), saya termenung sendirian di tepi tasik berhampiran rumah saya. Tatkala saya menangis kerana terkilan pipi gebu Torres tidak berjaya disiku Agger, tiba-tiba datang seorang tua.

"Anak, sudahlah. Jangan menangis. Sekurang-kurangnya Skrtel berjaya menyiku pipi si lelaki hidung belang seperti John Terry. Sabarlah, you'll never walk alone." kata si tua itu.
"Siapa pakcik ni?" sambil aku tersedu-sedan menahan tangisan.
"Oh, Berto tak pernah bagitau kau ke? Aku Nostradamus."
"Berto? Apa kait-mengait dengan Berto? Pakcik jangan cakap yang pakcik ni penyokong Spurs, pipi Gareth Bale tu boleh tahan gebu juga."
"Cheh, buat apa. Pakcik sokong Selangor. Hanya Selangor je yang dapat setanding dengan Real Madrid dengan 32 kejuaraan."

Aku hanya mendiamkan diri sambil mengangguk-angguk faham.

"Nama aku Nostradamus. Pelbagai ramalan dan jangkaan yang aku buat - semuanya tepat belaka. Dari tragedi September 11, dari kemenangan Barack Obama, dari kemenangan Presiden Perancis baru Francois Hollande, semuanya pakcik dah tau. Apa yang berlaku di masa hadapan pakcik dah tau."
"Pakcik ada pintu sukahati Doraemon ke? Ke gerobok yang boleh ke djaman dinasour?" tanya aku, dengan muka blur.
"Kau ni jangan banyak tanyalah, aku dah tau kau nak tanya apa. Kau nak tau apa nasib Chelsea kan pada final Champions League?"

Aku mengangguk-angguk tanda setuju.

"Sebenarnya, semasa Chelsea membelasah Tottenham Hotspurs pada semi final yang lalu, Berto juga datang di tepi tasik ini. Dia juga menangis-nangis seperti kamu, nak. Takpe, biar pakcik ceritakan(tak boleh sebut surah nanti orang butthurt) apa yang telah berlaku." lalu dia membawa aku terus ke Allianz Arena.

"Wah, pakcik, kalau macam ni, bankraplah Air Asia dengan MAS ni? Boleh travel macam ni je." tanya aku tergaru-garu kepala. Sambil itu kelihatan dua orang perempuan Bavaria bertetek besar memberi aku frankfurter babi dan beer Bavaria yang gelasnya besar gedabak.

"Cepat makan, nanti perlawanan dah nak start..." kata Nostradamus sambil menyarungkan jersi Selangor. Aku sangat aneh kenapa Nostradamus tidak menyarung jersi Girondines Bordeaux, Paris Saint Germain atau Saint Ettiene dari Perancis, kenapa nak sangat pakai jersi Selangor ni, tapi tak kisahlah.

Kami melangkah masuk ke Allianz Arena, kelihatan di Stern Des Sudens - ultra-ultra Bayern telah menyanyi lagu Jerman yang aku tak faham. Kelihatan flare-flare serta banner bahasa Jerman mula memenuhi Allianz Arena. Aku sempat habiskan segelas besar beer Bavaria sejuk sebelum perlawanan bermula. Kelihatan beberapa bendera plastik Chelsea di sebelah kanan aku.

Perlawanan pun bermula, dan pada minit ke lima belas - Didier Drogba telah menjaringkan gol dan membuat muka poyo - dengan tarian "diving" yang macam biasa dia - tapi sebenarnya dia offside. Dan bila dia offside dia membantah penjaga garisan. Akibat bantahan itu, Drogba diberikan kad kuning. Dalam hati lega.

Kemudian pemain dari Perancis Franck Ribery menjaringkan gol kira-kira sepuluh minit kemudian. Bagaikan halilintar - penyokong-penyokong Bayern menyorak kegembiraan. Si Nostradamus hanya bercakap dalam bahasa Perancis,

Seulement français peut être tellement supérieur


Dulu aku ada la belajar sikit-sikit cakap bahasa Perancis, tapi kali ni aku tak faham. Separuh masa pertama Bayern 1-0 Chelsea. Pada rehat separuh masa aku sempat berbual dengan seorang gadis Jerman dan cuba mendapatkan nombor telefonnya. Namun aku gagal sebab aku tak faham bahasa Jerman. Celaka, punyalah cun.

Separuh masa kedua bermula dan Chelsea mula bertahan atas asakan-asakan padu dari Bayern Munich. Gol kedua menyusul dari Mario Gomez. Sekali lagi seluruh penyokong Bayern bersorak. Awek cun tadi tu terpeluk pulak aku. Aku hanya mendiamkan diri. Tujuh minit kemudian akibat helmet Petr Cech yang senget menyebabkan sekali lagi Mario Gomez menjaringkan gol. Nampaknya sampai bila-bilalah seluruh kelab London akan tidak memenangi piala Eropah - tidak seperti Djimi Traore yang pernah menang sekali. Sudah 3-0.

Manakala gol keempat pula dijaringkan oleh Phillip Lahm. Pada masa ini aku tertanya-tanya, kenapa Berto kata Arjen Robben yang gol, tapi sebenarnya Phillip Lahm?

"Dia pergi toilet masa gol tu. Lepas tu bila dia tanya minah Jerman sebelah tu, minah tu sebut Robben sebab Robben sedang menyerang." aku hanya mengooo je lah. Keputusan sudah 4-0 memihak kepada Bayern. Kebanyakan bendera-bendera plastik Chelsea mula dicampak ke arah padang oleh penyokong-penyokong Chelsea yang tidak berpuas hati. Fernando Torres pula dari jauh kelihatan seperti terkumat kamit. Nostradamus memberikan aku alat pendengaran jauh untuk mendengar apa yang Fernando Torres katakan.

"Babi celaka elok-elok aku kat kelab yang dah menang Champions League, apasal aku main kat team singa laut macam ni? Celakaaaaaa!" nasib baik Nostradamus dah setting alat pendenganran tu bahasa ke Bahasa Melayu, kalau tak satu hapa aku tak faham apa yang Torres cakap.

Pada minit-minit akhir perlawanan, Arjen Robben mendapat peluang one-by-one dengan Petr Cech untuk menjaringkan gol, tetapi Petr Cech merayu kepada Robben agar tidak menjaringkan gol, ini kerana semasa di Chelsea, menurut Nostradamus, Robben selalu menumpang kereta Petr Cech ke Stamford Bridge. Robben pun hanya menyepak bola ke tepi dan bola pun out dari padang. Jupp Heyneckes manager Bayern, menjadi baran kenapa Robben melakukan perkara sedemikian.

"Sorry boss, dulu gua ada hutang dengan Cech, gua tak sampai hati tengok muka kasihan dia. Biarlah, kita dah menang 4-0 dah ni." kata Robben.
"Aaaahh, kita Nazi, kau faham tak? Mana ada belas kasihan dengan golongan dari Pulau Albion ni? Karang aku potong gaji kau baru tau? Celaka." kata Jupp Heyneckes kemarahan.

Pada saat terdesak, Didier Drogba cuba untuk dive di kotak penalti - namun pengadil memberikannya kad kuning kerana cuba menipu. Oleh kerana itu kad kuning kedua dalam perlawanan - Didier Drogba dilayangkan kad merah - seterusnya menjadi pemain yang dilayangkan kad merah dua kali dalam dua final - sebelum ini di Moscow 2008.

Perlawanan berakhir dengan keputusan Bayern 4-0 Chelsea. Sambil itu kedengaran Andy Gray pengacara BBC berkata "finally Bayern has joined the elitist club to win 5 times European Champions - the last time was Liverpool in 2005! Only elitist clubs like Real Madrid, AC Milan, Liverpool - and now Bayern can win 5 times European Champions!" sambil tak tahu berapa kali Gary Neville pergi ke tandas kerana klimaks banyak kali.

Ini adalah kejuaraan kedua Jupp Heyneckes sebagai manager selepas membawa Real Madrid menang pada tahun 1998, sementara itu Roberto di Matteo kelihatan mengisi borang kerja di 7-Eleven sementara perlawanan baru sahaja berakhir. Tidak kelihatan John Terry kerana malam sebelum itu, kata Nostradamus - dia telah kantol bersenggama dengan pelacur Bavaria.

"Alang-alang gua tak dapat main bola ni, baik gua main bola sendiri" kata Terry kepada pegawai Jabatan Ugama Bavaria.

Phillip Lahm menjulang piala Eropah kali kelima Bayern - begitu juga dengan Arjen Robben sambil berkata dalam hati, "di Ukraine nanti pasti Belanda akan menjulang piala Eropah nanti, kau tengok je lah nanti"

Sementara itu, Roman Abramovich telah ditemui mati di apartmentnya, dipercayai dibunuh oleh mafia Rusia yang tidak berpuas hati dengannya. Dengar kata mereka yang bunuh Abramovich tu ialah dari Anzhi Machakala. Mungkin pada masa ini Samuel Eto'o tersenyum ria.

Kemudian Nostradamus membawa aku pulang ke Malaysia, dan memberitahu aku, agar memberitahu Berto perkara yang sebenar - bukan Robben yang score tapi Phillip Lahm yang score. Aku tersenyum gembira sambil pulang ke rumah sambil menghabiskan beberapa botol bir Bavaria yang aku bawa dari Munich menuju rumah.



21 comments:

r.k said...

dan ia adalah piece dari penyokong kelab bolasepak yang lagi 3000 tahun pun tak bermain di pentas eropah .

Cob Nobbler said...

r.k: wrong - tahun depan kami ke eropah.

Walaupun Europa - still Eropah.

And you're going to join us too. Hek!

redzabes said...

kah3, we'll see who will have the last laugh

Cob Nobbler said...

redzabes:definitely not Sir Alex. Roberto Mancini are preparing his red wine imported from Milan for next week. Keh keh keh!

r.k said...

nak pergi europa atas tiket apa ? kelakar betul lah .

Cob Nobbler said...

r.k:dude - carling cup winner are going to europe.

last year it was birmingham city - even though they're relegated - they're going to Europa League - third qualification round.

check out your fact dude.

hijaz.mohd said...

lol r.k. PWND!!!

Cob Nobbler said...

payah betul lah kalau fan chelsea circa jose mourinho ni. kalau fan chelsea djaman zola ke, djaman john hollins bolehlah aku respect.

entah-entah dia tau ke idak roberto di matteo punya gol jarak jauh vs middlesborough dulu. payah.

memetik kata george carlin,

"plastics, asshole!"

mirul said...

biasalah tu.budak budak chelsi ni sama plastik je dengan budak budak yang menyokong city.

sebelum abramovich ambik alih chelsea,apa chelsea tu??
apa?apa ?
chelsea bukan apa apa.

Danzat said...

argh... bangang, suka-suka cakap budak city ngan chelsea plastik..

Cob Nobbler said...

peminat Chelsea so far yang aku tak akan cakap banyak cuma Lucy dan Obe.

:)

Cob Nobbler said...

Penyokong City yang aku tak akan cakap banyak ialah Gallagher adik beradik dari kumpulan Oasis.

azfar hranica said...

rasanya game pagi rabu ni lebih penting dari FA cup aritu.dengan kemenangan saja dah cukup untuk liverpool 'menyingkirkan' chelsea dari slot ke UEFA champions league season depan.

kalau rabu ni liverpool menang - karma 2002-2003 berulang kembali di mana masa tu chelsea merampas tempat liverpool ke UCL musim berikutnya.

Thaqif Ismail said...
This comment has been removed by the author.
msmz said...

tetek mak kau busuk ke ape penyokong looserfool...sblm abramovich beli chelsea lgi dorg dah msuk europe...udah la gi jilat bontot mak kau je la

Cob Nobbler said...

msmz:masuk je tapi kena kitai.

sebelum masuknya abramovich.

bagai kemasukan standard liege atau hapoel tel aviv je chelsea ni dulu.

jilat bontot mak? kau ni mesti tak sambut hari ibu kan?

trevor said...

msmz

About me
Introduction ak bdak bese je...ak create blog pn sbb nk kuarkn sume perasaan ku agar ak puas..agar ak x dibebani dgn kekesalan lg


...........................hehe

r.k said...

carling cup winner tak kena play-off dulu ke bang?

kalau tak my bad lah . no need harsh word sweetheart . :)

oh btw , i really thought that FA cup winner is getting the chance , so , my-bad-combo .

love the game , spread the love . keep the hate and throw them to manUnited fan .

oh , fuck . you are a fucking scouser . so that explains your full of hatred . my-bad-combo-combo . :)

zzzzzz said...

nami nami nami....
ssssssssyyyyyyyyyyy!!!

r.k said...

keh keh , good luck with your europa league sunshine !
we are playing UCL next season .:)

Awan said...

kui3. in his face, i guess?