Monday, January 24, 2011

THE CEMPIEN: Analisis Pasukan Liga Super Malaysia 2011

(walaupun kelihatan pelik, tapi ianya tetap berprestij)


Dengan kehangatan Liga Super 2011 yang semakin membara ini, lebih-lebih lagi sokongan peminat bolasepak negara mula menunjukkan ke arah positif selepas Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki, ternyata edisi 2011 memberikan hype yang luar biasa kali ini. SokerLeaks mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pasukan. Tapi sbelum itu, moh kita tinjau pasukan-pasukan liga super tahun ini.

*team yang diulas terlebih dahulu bukanlah team favourite SokerLeaks, tu random je. Jangan banyak kompelin la pulak nanti yer.
___________________________________________

1. Penyu tak rela menangis lagi!


Dibimbing jurulatih berpengalaman Irfan Bakti, yang pernah merasai gelora Liga Indonesia, Terengganu sangat terdesak untuk membawa pulang sekurang-kurangnya 1 piala ke bumi kelahiran faizal AF4 ini. Kali terakhir skuad Peteh melakukannya adalah pada 10 tahun lalu. Kalau ikotkan dah besar penyu ni kalau dah masuk 10tahun.

Kekuatan Peteh bermain di tempat sendiri adalah salah satu sebab pasukan ini dilihat agak berjaya dalam saingan Liga Super 2010. Ada hikmahnya keruntuhan Stadium Gong Badak tu. Cuma bila bermain diluar Terengganu, penyu ibarat kelemasan, seperti Salim lemas dalam populariti kumpulan Iklim. Skuad Terengganu mempunyai beberapa pemain hebat, dan tak ganu-kitew la kalau tak disebut Ashaari Shamsudin sebagai pemain utama. Mangsa laser Indon, Sharbinee Alawee juga bakal menjadi benteng kebal skuad Penyu dari dibolosi kali ini sambil dibantu kegagahan Marzuki Yusof dibahagian pertahanan.

Jika Terengganu terus mempamerkan aksi 'home' bertenaga seperti tahun lepas disamping memperbaiki keputusan di luar Kuala Terengganu, percayalah, kemungkinan hasrat MB Ahmad "Gocoh" Said untuk membawa pulang piala ke Kuala Terengganu pasti akan terjelma dan ketika itu, Penyu tak akang menangis lagi. Na na na na na, ganu kitee.

______________________________________________

2.The Red Giants - kekalkan tradsisi kegemilangan pasukan!

Tanpa boleh disangkal, himpunan piala-piala diatas ini telah membuktikan betapa legendnya pasukan Selangor dulu-kini dan selamanya. Cuma rata-rata peminat Selangor kali ini dahagakan kejuaraan Piala Malaysia, yang sudah 6 tahun tidak digenggam. Namun itu tak bermakna barisan anak didik K.Devan akan memandang enteng kempen Liga Super tahun ni, pasti Amri Yahya bakal mengemudi pasukannya mempertahankan kejuaraan liga buat kali ke-3 berturut-turut. K.Devan juga berkata, "ini team Selangor paling mantoppp pernah saya manage semenjak 2008".

Stadium Shah Alam pasti menjadi mimpi ngeri pasukan-pasukan lain. Dengan penarikan diri The Red-Giants dalam kancah AFC Cup, pasti menjadikan Selangor lebih banyak tenaga untuk mengharungi kempen kali ini. MB Khalid Ibrahim tentunya mahu melupakan tekanan kerja beliau di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah dengan cara memastikan Selangor mencapai kejayaan. Pemakaian jersi Kappa juga diihat mampu meniru kejayaan pasukan Borusia Dortmunt yang ketika ini menerajui saingan Bundesliga.

Pemain bintang? Ramai sangat nak disebut. Dengan 6 orang skuad juara Piala Suzuki harimau malaya terdiri dari pemain Selangor, jelas menunjukkan Selangor pasukan yang hebat. Mungkin terlampau overconfident dan terlampau ramai bintang dapat merencatkan persembahan pasukan. Teka-teki Safee Sali ke Indonesia? Kita tunggu dan lihat sahaja, sementara beliau masih di Selangor, teruskan menyaksikan aksi bertenaga beliau nanti.
______________________________________________

3. Felda United bakal jadi Manchester United!


Felda United, juara Liga Premier 2010. Dibimbing oleh E.Elavarasan sambil diperkuatkan lagi trio bekas pemain Selangor; Faderin Kadir, Liew Kit Kong dan Hamsani Ahmad. Sukar untuk meramalkan kedudukan Felda United pada kempen 2011 ini. Persembahan buruk pada kempen Piala Malaysia 2010 menunjukkan betapa jurang pasukan Liga Super dan Liga Premier masih besar lagi. Dengan trademark penyokong pasukan ini yang berbunyi 'serang bang serang', jelaslah barisan serangan Felda bakal meggalas tugas yang besar kali ini.

Kehadiran Faderin dan Liew Kit Kong ke dalam pasukan mungkin dapat membantu meningkatkan lagi prestasi pasukan ini tapi terus-terang kalau ditanya pada penyokong Selangor, rata-rata semua lega bila dua pemain ini tidak lagi bersama Selangor. Terdapat 6 orang anak-anak Felda yang beraksi dengan pasukan ini; dari Pekan,Segamat,Bilut dan Bukit Sagu, lagi 2 orang tak dapat dikenalpasti Felda mana. Yang penting Felda Taib Andak tak ada.

Rata-rata penduduk Felda masih lagi menyokong pasukan negeri mereka seperti Pahang dan Johor, namun jika seluruh penduduk Felda bersatu, nescaya Manchester United pun takkan dapat meniru kecempionnan Felda Utd ini. Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad diharap dapat membantu pasukan ini dengan melaburkan wang demi pembangunan jangka panjang bolasepak generasi muda Felda, janganlah asyik pentingkan kroni sahaja ye Tan Sri!
______________________________________________

4. Singa Utara mengaum hebat!


Perlis kali ini dilihat kurang mengancam ketika dizaman kehebatan mereka beberapa tahun yang lalu. Diperkuatkan lagi dengan bekas pemain Kedah iaitu Saramsak Kram dan Fadly Baharom, skuad kendalian Mustakeen Omar ini mungkin mensasarkan agar kekal di Liga Super untuk kempen edisi 2011 ini. Stadium Utama Kangar diharap dapat kembali dimeriahkan, sama meriahnya ketika pasukan Perlis menentang ERA FC (yang ketika itu perlawanan diulas oleh Linda Onn dan gawangnya dijaga Rosyam Nor, penuhhhnya stadium sampai ke balapan)

Pemergian Amar Rohidan ke Kedah sedikit sebanyak menjejaskan prestasi pasukan. Namun begitu pasukan lain tidak boleh memandang rendah cabaran Singa Utara kerana mereka memiliki barisan muda, dan orang muda paham-paham jer la, mesti bertenaga. Nak nak duduk dekat perlis, sempadan dengan Siam saja, kompem bertenaga. Oh ya, penjagagol Perlis Reza Iqrimal pernah beraksi di Liga Singapura. Hebat tak hebat kita lihat bila saingan bermula nanti.

Ketepikan dulu soal wahabi-wahabi ini. Walaupon tiada kata-kata perangsang dari Dr.Asri bekas mufti perlis, pasukan Singa Utara ini masih mendapat sokongan rakyat Perlis dari Kangar, Jejawi, Arau, Kokdiang (kokdiang ni kat kedah sebenarnya nak habaq kat hang) dan Padang Besar. Tidak dilupa, pasukan ini terus mendapat sokongan padu dari Presiden Persatuan Ahli-Ahli Sukan Malaysia iaitu Shahidan Kassim @ Pok Kassim. Aumm Singa Utara, Aummm!!
______________________________________________

5. SabahHawk Rocks!!


Daripada seekor badak, Sabah kali ini di-rebrandingkan dan bertukar menjadi seekor helang (sejujurnya saya tak berapa suka kerana term "Hawk" dah lama Kuala Lumpur gunakan, malah lebih sedap kalau Sabah kekalkan istilah "Rhyno" mereka). Peminat bolasepak Sabah sudah lama merindui zaman kegemilangan Burhan Ajui, Hassan Sani mahupon Khairul Azman Muhammad 'The Malaysian David Seaman'. Pasukan Sabah kali ini dilatih oleh Gary Phillips, bekas pengurus Barnett, Aylesbury United dan Grays Athletic.

Posisi yang bakal menjadi saingan di Sabah kali ini pastinya pada penjaga gol. Sabah memiliki 2 bekas penjaga gol kebangsaan, Syed Adney dan Azizon Kadir. Phillips tentunya juga menagih khidmat Zainizam Marjan, adik Matlan Marjan dalam merencanakan kejayaan pasukan. Sabah juga memiliki pemain yang pernah beraksi di Liga Indonesia dan Liga India iaitu Stanley Bernad Stephen Samuel.

Menjadi naib juara Liga Premier 2010 selepas 6 tahun terperap di divisyen kedua, pastinya Sabah tidak mahu turun kembali ke Liga Premier. Mungkin agak sukar untuk Sabah mengakhiri kemarau 15 tahun tanpa kejuaraan, namun sekurang-kurangnya barisan pemain Gary Phillips ini perlu mengekalkan status mereka sebagai pasukan Liga Super pada tahun hadapan. Semoga Bung Mokhtar dan isteri tercinta dapat membawa aura gelora Bung Karno ke Stadium Likas.
______________________________________________

6. Go-more Red Warriors Go-more!

Kejayaan The Red Warriors mengungguli Piala Malaysia tahun lepas membuktikan Kelantan antara pasukan pilihan untuk menjuarai Liga Super 2011. Kepimpinan pengurusan yang efektif dari Tan Sri Anuar Musa telah memperlihatkan kebangkitan Kelantan akhir-akhir ini. Cuma isu peletakkan jawatan B.Sathianathan yang masih dalam tanda-tanya sedikit sebanyak menjejaskan moraliti pasukan. Adakah hukuman FAM keatas Sathia terlampau berat? SokerLeaks taktau nak kata, FAM ni kan 'maksum'. (Leaks terbaru: Azrai Khor ke KB?)

Berbalik kepada kekuatan pasukan Kelantan. Kelincahan Nur Shahrul Idlan Talaha aka Matyo pasti menjadi igauan pertahanan pasukan lawan disamping bantuan pemain-pemain lain seperti S.Chanturu, Badri Radzi dan Syakir Shaari. Penjagagol KhairulFahmi aka Apex dijangka terus menjadi igauan gadis-gadis diluar sana walaupon hakikatnya Apex telah berpunya. Jika prestasi beliau merudum, jangan salahkan interview SokerLeaks tempoh hari, takde kene mengena paham! Kelantan kehilangan tiga tonggak utama mereka, NorFarhan, Indra Putra dan Azizi Che Ros, namun mereka memiliki pemain baru seperti Nurul Azwan Roya dan Nicolas Chan. Pemantauan SokerLeaks terhadap penyokong Red Warrios menunjukkan ramai masih meragui kehebatan Nicholas Chan, bekas pemain muda dari Cardiff City dan anak chairman Cardiff City. Nampak sangat pakai cable.

Sokongan penyokong Kelantan takperlu diragui lagi. Tiket mahal pon semua sold-out di KB. Jadi penyokong lain jangan nak kompelin tiket mahal. Dan diharap tiada lagi insiden kekacauan yang melibatkan penyokong Kelantan tahun ini. Sek-sek kito nak gomo kat stadium, bukan nak gocoh! Lepas tengok bola kita senyum balik la, macam senyuman Happy pada jersi baru Kelate ni. Dan semoga berkat doa Tok Guru Nik Aziz dapat sentiasa mengiringi perjuangan The Red Warriors, amin.
______________________________________________

7. T-Team azam cipta kejutan!


Ketika ini T-Team dibayangi dengan kehebatan 'abang' mereka, Terengganu. Dan ketika ini juga T-Team dipalit kontroversi 3 kontrak bekas pemain Kelantan. Sungguhpun begitu, Yunus Alif pasti tidak mahu isu ini menjejaskan persembahan pasukan beliau. Dengan ketibaan NorFarhan dan Indra, sedikit sebanyak dapat meringankan beban terhadap pemain utama mereka musim lepas, Harris Safwan Kamal. Azizi Che Rose pula mungkin dapat membantu Rosdi Talib dibahagian pertahanan.

T-team adalah antara pasukan kelab yang bertanding didalam Liga Super kali ini selain Felda United dan Johor FC. Selaku pasukan kelab, mungkin sukar untuk menarik penonton ke stadium ditambah adanya lagi pasukan negeri di bumi Penyu ini. Namun jika skuad "The Young Turtles" ini mempersembahkan permainan yang menarik dan menghasilkan keputusan yang membanggakan, tak mustahil T-Team bakal mengikut jejak langkah Johor FC iaitu menenggelamkan kehebatan pasukan negeri.

Ramalan SokerLeaks, T-Team akan terus bermain di Liga Super pada 2012, tetapi untuk menjadi pencabar kejuaraan, jauh panggang dari api rasanya. Diharap juga T-Team tidak mengikuti jejak langkah pasukan-pasukan kelab yang lain seperti KL Plus, MPPJ, Public Bank atau KM Naza, yang mana semua dah 'bungkuihh'!

______________________________________________

8. Tok Gajah takkan biar dicemuh lagi!


Ada simbolik gambar diatas ini. Gajah dan Harimau tak mungkin dapat bersama, tapi dalam bolasepak Malaysia, pengurusan Harimau Malaya adalah sinonim dengan pengurusan Tok Gajah. Kerana itu rata-rata pengikut liga Malaysia mengkritik pasukan Pahang ekoran insiden penyelamatan mereka dari tersingkir ke Liga Premier, tapi seharusnya bukan pasukan Pahang yang perlu dipersalahkan, sepatutnya golongan-golongan 'cerdik pandai' ini la yang perlu dibambu habis-habisan.

Ketepikan dulu soal pengurusan ini, mari kita lihat keupayaan pasukan Pahang tahun ini. Koi nak bagitau kat deme ni haa, Pahang mampu menjadi skuad 'pengacau' kepada pasukan-pasukan pilihan. TokGajah sentiasa mencipta kejutan. Dibimbimbing Dollah Salleh, pasukan ini sebenarnya mempunyai barisan yang boleh melangkah jauh bila melihatkan pemain berkualiti mereka seperti Azamudin Akil, R.Surendran dan Zaiza Zainal Abidin. Zaiza ni dengar khabar dari defender dah naik jadi midfielder, mungkin ianya berkesan seperti apa yang dilakukan terhadap bapa beliau dahulu iaitu Zainal Abidin Hassan; dari defender tukar jadi striker.

Kejayaan melangkah ke sukuakhir Piala Malaysia tahun lepas menunjukkan Pahang masih lagi sebuah pasukan yang kuat. Dikala penyokong Pahang sudah mula bosan dengan prestasi buruk pasukan beberapa musim yang lalu, senario ini mungkin berubah pada edisi 2011 ini. Stadium Darulmakmur dijangka tidak akan kesunyian lagi kali ini. Yang hairannya, Presiden PBNP ni orang kaya,tapi lampu limpah stadium pon tak boleh nak repair, terpaksa la main siang. Pembetulan, Pahang akan main malam, pukul 8.45mlm, harap maklum.
______________________________________________

9. Harimau Muda sudah bersiap sedia!



Harimau Muda dilatih oleh Ong Kim Swee, pembantu kepada King Gopal kita. Dengan sebahagain besar pemain dalam skuad ini pernah beraksi menentang pasukan liga Slovakia, dapat dilihat hasil positif dari pengalaman tersebut menerusi prestasi beberapa pemain mereka yang beraksi di Piala AFF Suzuki tahun lepas. Kekuatan pasukan ini pasti tertumpu pada bahagian pertahanan; Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas dan Faizal Muhammad. Selain itu, larian kencang dan bertenaga K.Gurusamy bakal memberi cabaran menggunung kepada pasukan lawan.

Pengalaman bermain menentang pemain Eropah yang rata-rata berbadan sasa,keras serta tinggi lampai, skuad Harimau Muda dijangka dapat mengawal tekanan yang sama pabila menentang pasukan-pasukan Liga Super ini nanti. Pasukan ini juga terlibat dengan perlawanan Pra-Olimpik, dan perlawanan pertama adalah menentang Pakistan. Dan ketika itu jadual liga masih lagi bersambung seperti biasa. Mungkin ini sedikit sebanyak bakal menjejaskan persembahan mereka di Liga Super nanti.

Harimau Muda bakal bermain di gelanggang Stadium MBPJ,Kelana Jaya. Agak sukar untuk menyaksikan puluhan ribu penyokong datang ke stadium sama seperti di Stadium Bukit Jalil tempoh hari. Tapi SokerLeaks tegaskan disini, jika anda mahu saksikan aksi berkualiti tinggi, nah, perlawanan membabitkan pasukan ini pasti dapat memenuhi kehendak anda itu. Ramalan Sokerleaks, pasukan ini bakal menduduki 5 tempat teratas.
______________________________________________

10. Sang Kenari terus terbang tinggi!


Satu-satunya pasukan yang berjaya melakukan "Double Treble" (bukan Double Trouble); menjuarai Liga Super,Piala FA, Piala Malaysia untuk dua tahun berturut-turut. MU dan Barca pon tak mampu melakukannya. Tetapi itu semua terjadi ketika Kedah dizaman kegemilangan mereka bersama Azrai Khor, namun bak kata Radhi Mat Din, lejen HijauKuning yang kini bertugas sebagai penolong jurulatih; pencapaian sebegini hanya mampu dilakukan sekali dalam 100tahun. Namun SokerLeaks berpendapat, Kedah tak perlu tunggu 100tahun, mereka mempunyai kekuatan untuk mengulanginya sekali lagi pada tahun ini.

Kenapa? Kedah memiliki barisan pemain yang hebat. Amar Rohidan, Azmi Muslim, Badrol Bakhtiar, Helmi Eliza Elias, Khyrill Muhymeen, Azlan Ismail dan Fauzi Nan; antara tonggak bintang Hijau Kuning. Ini pastinya memberi kelebihan kepada Ahmad Yusof untuk membuat percaturan terbaik pasukan dalam mengahrungi kempen Liga Super 2011. Musim ini juga memperlihatkan Kedah melepaskan ramai pemain mereka ke negeri jiran iaitu Perlis dan Perak. Harapan menyaksikan kehebatan penyerang muda bernama Hattapon yang beraksi cemerlang di Piala Emas Raja-Raja mungkin tidak kesampaian kerana namanya hanya tersenarai dalam skuad Piala Presiden sahaja.

Tahun lepas, Kenari menduduki tempat ke-5 liga. Masalah utama mereka adalah ketidak konsisten dalam mendapatkan 3 mata berharga. Kadangkala mereka menang bergaya dengan pasukan yang kuat, namun bila berhadapan dengan pasukan yang lemah, mereka turut menjadi lemah, ala-ala Liverpool juga sebenarnya Kedah ni. Bagi SokerLeaks, Kedah bakal menjadi pasukan pencabar kejuaraan tahun ini, kerana Kenari kini mempunyai sayap yang lebih kuat. Pulun Kedah Pulun, jangan jadi pulut sudah.
______________________________________________

11. Come On Key Ell!!


Kali terakhir Kuala Lumpur memegang piala adalah ketika 1999, ketika mereka menjuarai Piala FA. Pembangunan yang tak sekata antara kemajuan bandar dengan bolasepak, bilamana bandaraya Kuala Lumpur semakin pesat dengan bangunan tinggi tumbuh melata (termasuk bangunan Bik Mama), pemilihan Pavillion sebagai tempat comolot paling digemari anak muda disamping projek lingkaran MRT sekitar KL, namun dari segi bolasepak, Kuala Lumpur masih tanpa kejuaraan selama 12 tahun ini..

Barisan skuad warga kota kali ini dibimbing Razip Ismail. Pemain utama skuad warga kota ini bakal ditunjangi oleh Yong Kuong Yong, Azmi Sarmin dan Azlan Zainal. Pemergian Azidan Sarudin mungkin menjejaskan moraliti dan kehebatan pasukan. Kuala Lumpur perlukan dana untuk kembali gemilang seperti tahun 80-an, kerana ramai pemain ternama berhijrah ke pasukan lain, Azman Adnan, Safee Sali, Nizarudin Yusof. Tidak ketinggalan Shebby Singh.

Sukar milhat limpahan penyokong yang ramai di Stadium KLFA Cheras, rata-rata warga kota lebih suka lepak di Downtown. Yang datang hanyalah mereka yang betul-betul true punya KL fan. Kajian SokerLeaks mendapati kebanyakan pemilik ic tengah-no-14 kini menyokong pasukan yang lebih glamour, terutamanya Selangor. Mungkin ini yang dikatakan Glory Hunters. Jika ditanya kepada penyokong-penyokong Selangor kelahiran KL, pasti mereka memilih KL sebagai pasukan kedua. Sebenarnya mereka masih lagi sayang dengan pasukan Warga Kota ini. Sama la juga dengan penulis, lahir KL (duduk Selangor), tapi tak malu sokong Selangor, bila result Liga Super keluar cari result KL juga. Hrmm..
______________________________________________

12. Hobin Jang Hobin


N9 memang kuat tahun ni, memang kuat. Skuad kendalian Wan Jamak Wan Hassan dibarisi pemain hebat seperti kembar Aidil-Adha, Fakri Saarani, S.Kunalan, Norhafiz Zamani Misbah dan Hairudin Omar. Perhatikan juga pemain tinggi lampai yang digelar 'Peter Crouch Malaysia' iaitu G.Mahathevan. (penulis pernah bermain menentang beliau masa sekolah menengah, memang tinggi dia ni, tapi bukan lawa bolasepak la, lawan bolabaling, keh keh). Dah kena call-up dengan King Gopal dah si Mahathevan ni masa lawan Hong Kong itu hari.

Masalah kecederaan pemain utama seharusnya menjadi penghalang Sang Rusa untuk kempen liga super tahun ini. Kembar Aidil/Adha masih cedera manakala Fakri dan NorHafiz masih bergelut dengan tahap kecerdasan. Jangan hairan jika persembahan awal musim mereka kurang memberangsangkan. Di posisi penjaga gol, Farizal Marlias akan menjadi harapan utama MB Mohamad Hassan untuk merangkul kejuaraan setelah menggantikan Sani Anuar Kamsani yang berhijrah ke pasukan liga premier, MP Muar.

Cuma SokerLeaks hairan, Nogori Sombilan memang kuat kalau bab-bab kempen piala, tak kiro lah Piala FA mahupon Piala Malaysia, tapi bilo bab Liga Super, terumbang ambing sikit prestasi mereka. Hairan hairan, adakah pengurusan Rusa cuma impikan aksi final tanpa memikirkan keinginan penyokong untuk menyaksikan Shukor Adan menjulang kejuaraan Liga Super 2011? Apo-apo pon, Skuad Jang memang antagho yang bakal mongisi tigo tompek toratas.
____________________________________________

13. Seladang mahu mengejorrr! Cerciter cerciter.


Tiba giliran skuad Kejor Yop Kejor pula untuk diulas. Tahun ini, Norizan Bakar akan melatih skuad Seladang. Perak tahun ini diperkuatkan dengan barisan pemain berpengalaman seperti Khairi Zainudin, Shahrulnizam Mustapa, Akmal Rizal, Shafiq Jamal dan Nasril Nourdin. Masalah dalam pengurusan yang melibatkan MB Zambery Kadir dgn ex-MB Nizar Jamaludin mungkin dilihat sudah berakhir. Baguslah, penyokong bukan nak tengok drama, mereka nak tengok bola sambil menyanyikan lagu Skor Yop Skor dan Ipoh Mali Talak Sombong.

Perak dilihat masih mencari pengganti 2 lagenda mereka, Azizul Abu Hanifah dan Ahmad Shahrul Azhar (yang kini bertindak sebagai penolong pengurus). Walaupun begitu, menerusi perlawanan friendly pra-musim, Perak mungkin menjelmakan kejutan. Menumpaskan PKNS 1-0, Kedah 3-0 dan seri 0-0 dengan Perlis. Seladang juga mencatat keputusan memberangsangkan semasa tour mereka di Thailand; menang 3-2 keatas Muangthong United FC (juara liga premier Thailand) serta membelasah Airforce United FC 4-1. Mantoppp yob!!

SokerLeaks meramalkan Perak bakal menghuni 5 tempat teratas untuk kempen liga musim ini. Buat Razali Umar Kandasamy, diharap anda dapat memperbaiki tahap disiplin anda. Bakat ada, power ada, sia-sia kalau disiplin tak dak. Jangan tiru macam Khalid Jamlus, ate teman-teman awok kat perak ni tak berapa nak gemor.
______________________________________________

14. Enjutan Lebah makin berbisa!


Antara pasukan kelab terawal ditubuhkan dan masih kekal sehingga kini. Sebagai sebuah pasukan bertaraf kelab, kejayaan Johor FC semakin langkah kedepan dengan melayakkan diri ke separuh akhir Piala Malaysia 2010 disamping tempat ke-4 dalam Liga Super 2010 menunjukkan bahawa Johor FC bukanlah calang-calang pasukan. Isu penggabungan Johor FA dan Johor FC pula nampaknya semakin reda. Ada pro and cons sebenarnya bila penggabungan ini berlaku, tapi rata-rata rakyat Johor tidak berminat dengan idea penggabungan ini.

Tonggak penting skuad Lebah pastinya ditunjangi Eddy Helmi Abdul Manan. Johor FC juga bakal diperkuatkan dengan 2 bekas tonggak Negeri Sembilan iaitu Rezal Zambery Yahya dan Rahman Zabul. Kepulangan Rezal ke Stadium JCorp, Pasir Gudang dilihat memantapkan lagi barisan midfield skuad kendalian Azuan Zain ini.

Ramalan SokerLeaks untuk Johor FC tahun ini, mereka bakal menduduki pertengahan liga. Sokongan peminat pada Johor FC rasanya tiada masalah, malah Stadium Jcorp lebih dipenuhi dengan peminat berbanding Stadium Larkin (gelanggang Johor FA). Penduduk Johor mengharapkan Johor FC dapat menhadiahkan kejuaraan berbanding Johor FA, yang ketika ini masih bergelut dalam Liga Premier.
______________________________________________

Begitulah ulasan kesemua 14 pasukan Liga Super tahun ini. Stadium-stadium di Malaysia pada 29hbulan Januari ini bakal bergema dengan sokongan padu peminat bila sepakmula Liga Super bermula. Apa lagi, jom kita meriahkan Liga Super tahun ini. Bak kata Daniels SokerLeaks, senario stadium bakal berubah dengan adanya kumpulan Ultras disetiap negeri, chants-chants yang lebih menarik, pembakaran flare yang menyala dengan gayanya serta tifo pasukan yang bakal dikibarkan dengan megahnya.

Jangan lupa main Fantasy Super League, kalau bab EPL bukan main korang berkobar-kobar, apa la salahnya korang berkobar jugak dalam fantasy MSL ni. Nak main pergi BolaFantasi.

Ingat bolasepak, ingat Liga Super Malaysia! Siapa tak layan dia bangla, takpon penyokong Garuda!

23 comments:

LoStGuErReRoZzZ... said...

Coolzzz... Teman gemor bebenor dgn analisis ni yop... papepon...

Go KL!!!

LoStGuErReRoZzZ... said...

Ehhh... First la... keh keh keh...

AlexiaAqram said...

johor fc layak ke 'separuh akhir' Piala Malaysia 2010 lah bang. bukan suku akhir.

Berto said...

alexiaaqram: keh keh, sori2, mcm mana gua bole terlupa pulak..tenkiyu2

Ibnu isa said...

buat lah ulasan unutk liga premier plak..huhuh

Berto said...

@ibnu isa

Liga Premier susah nak dptkan sumber, tp SokerLeaks akan cuba jugak.

Tapi karang takot org Melaka suruh buat ulasan Liga-FAM pulak, lagi haru. Keh keh keh, jgn marah org Melaka, melawak je

Hidup Sihat said...

nice gila artikel ni. majulah bola sepak untuk negara!

Kazman Damai said...

Suatu masa dahulu, menurut Ranking FIFA, Kedah pernah mengatasi Aston Villa dan Ajax Amsterdam. Tapi Kedah tak pernah menang pun Piala AFC untuk membuktikan Kedah memang dan layak sebagai pasukan terbaik.

Sebab itu ditiadakan pemain import bagi mengelakan Kedah terus mengulangi kejayaan double treble. Mungkin FAM malu mempunyai pasukan seperti Kedah yang hanya gah pada ranking sahaja. Point gua ialah siapa yang percaya pada ranking! Chong Wei pun pemain no.1 dunia, Lin Dan? Tapi gua respek Nicol David.

Tahun ini majalah hiburan pun akan cover tentang Liga Malaysia sebab Malaysia pun dah terjangkit sindrom WAGS.

Untuk rekod, gua asal Kedah dan sokong KFA

dinie muhaimin said...

"Ingat bolasepak, ingat Liga Super Malaysia! Siapa tak layan dia bangla, takpon penyokong Garuda!"

harap2 liga dah start nanti ada la table kat sidebar.

nyzm said...

yaaaaaaaaaaaaaaaa johor fc johor fc! KAHKAHKAH!

nyzm said...

yaaaaaaaaaaaaaaaa johor fc johor fc! KAHKAHKAH!

Linglung said...

terbaik Berto! 4 suku bintang gua bagi!

kavkiskey said...

Terima kasih, ulasan yang cukup baik.

Gomo Klate Gomo

Wan Perlis said...

lebih baik dari wartawan utusan.
rempoh Perlis rempoh
semua piala dah peganga.fa dak lagi

kareem said...

indra putra main mana skang?

Berto said...

kalau tak kena gantung dgn FAM, mmg main t-team la indra musim ni

Woofer Storm said...

ulasan yang baik skli kat sni,thniah la..leh jdi pengulas la ni..memang mantoop la,jgn meletup suda..heheeee tapi stuju kat kazman damai tu,kita tak leh harap sngt pda ranking coz kdg2 bnda tu tak serupa bikin pun..hehee

skdr pandangn^^follow kat sni^^

Yua said...

peteh ganu peteh... peteh biar sampai boleh... hekhek...

haadziq said...

kejor yob kejor!

azana said...

go more kelate go more

Cob Nobbler said...

oleh kerana Deus dah ambik kem Selangor yang gua cintai - gua ambik la kem Kay Ell.

Kalau Terengganu penyu,Selangor gergasi,Sabah hawk,Johor FC lebah,gua rasa eloklah kiranya skuad KL mengambil maskot dua pasangan bercinta bercemolot di Pavilion sebagai maskot.Lebih hip dan trendy gitu.

Khuzz said...

Enjut lebah enjut, sampai lawan kecut, sengat lebah sengat sampai lawan penat...!!!!

Bzzzzzzzz....

Haris Adams said...

cool..komen aok tentang pahang memang boleh ditrima daripada apa yg ditulis oleh blogger sokernet yg mcm bodoh..ya,pasukan n peminat tak patut disalahkan..bukan kitaorang yg mntak "diselamatkan"..tapi apa2 pon pahagn dah buktikan kebangkitan dari musim lepas..so harap semua boleh trima..jeng3.. :)