Sunday, January 2, 2011

Sembang Kosong Dengan Ancelotti di Bukit Jalil.

Tahukah anda Chelsea FC menjalani training mereka di Stadium Bukit Jalil pagi tadi? Saya pengulas tunggal Chelsea di Sokerleaks, diarah oleh Daniel Sokerleaks untuk membongkar rahsia tersebut.


Tepat pukul 7.30 gua da terpacak dekat sana. Kelihatan player Chelsea sedang berjogging keliling padang. Gua berjalan menuju ke Ancelotti. Sebab tuh perut orang tua ni makin besau sebab tak penah nak ikut anak buah die jogging.

“Ni pehal tetbe abang buat training dekat sini?” Gua tanya dengan nada sederhana.

“Saje nak amik suasana negara yang menjuarai Piala Suzuki. Eh, tahniah la pada team Malaysia.” Balas Ancelotti sambil tersenyum.

“Nape abang dengan anak buah tak wish kat twitter je macam segelintir player epl?” kali ni gua tanya dengan nada gurau.

“ Kami sentiasa mengikut perkembangan bola sepak Malaysia,jangan risau. Biar tidak ditunjukkan di Twitter tapi sentiasa menyokong dalam hati” kata beliau sambil meletakkan tapak tangan didada.

“Beriye beno abang ni,haha” sengaja gua nak ceriakan keadaan.

“Haha. Semangat tuh penting. Emm. Abang tengah pening ni. Abang nak letak sape kat defend tengah time lawan Aston Villa kang. Ivanovic tuh bantai sebanyak banyak kad. Aduhh” Gelisah orang tua ni.

“Kenapa tak masukkan Bruma je bang? Bagi la player muda masuk plak. Malaysia pun gunakan defend 19 tahun la,si Fadhli Shas tuh. Bruma pun 19 tahun. Baru nampak sinar juara!” Gua plak beriye ni.

“Tapi abang rase macam nak gunakan Ferreira la.” Dia balas sambil tunduk kebawah.

“Memang nak kena lempang la kalu abang letak” Gua da mula angin da.

“Emm. Ok lah. Abang ikut cakap kau. Abang masukkan Bruma dan harap dia boleh mencontohi semangat Fadhli Shas dan semangat Malaysia sekali.” Akhirnya orang tua ni mengaku kalah.

“Cun! Gerak dulu la bang. Mak mesej suruh beli barang dapur plak. chow!” Gua blah dan kelihatan dari jauh John Terry melambai gua. Gua balas sambil tersenyum.


2 comments:

Anonymous said...

chelsea beli je fadhli shas tu snang cte..

areleaf said...

gua dah nampak kemungkinan chelsea kene titik malam ni..