Wednesday, January 5, 2011

siapa tak baca dia poser

Manchester United ialah sebuah kelab yang biasa-biasa je,bukan sebuah kelab yang steady seperti Arsenal. Penyokong-penyokong Manchester United juga kebanyakannya ialah golongan poser dan jenis sokong membabi buta. Tak percaya boleh kumpulkan 30 orang penyokong kelab setan merah ni secara rambang dan tanya siapa pakai jersi no 7 MU sekarang. Gua berani bet tak sampai separuh yang kasi jawapan betul. Silap-silap nama tevez pon boleh naik.

Seperti Manchester United,Barcelona juga dipenuhi dengan penyokong spesies ini. Jenis yang tak habis-habis sebut nama Messi,nama player lain sepatah haram tak tau. Scene macam ni tak payah pergi jauh,kat dalam Malaysia dah boleh tengok. Oleh sebab trend sekarang ni sape sokong Harimau Malaya dia cool,maka bersusun yang mengaku dia sokong skuad ni tapi kalau tanya nama player,asyik-asyik nama khairul fahmi che mat jugak yang diusungnya..

Sekali lagi,kumpul 100 orang yang mengaku dia fans skuad Harimau Malaya,pastu tanya kenal tak K.Gurusamy gua berani jamin mesti ramai yang tersengih dari kasi jawapan.


Sebenarnya gua nak up topik lain tapi gua tulis topik ni bila gua terdengar satu perbualan antara dua orang remaja time gua tengah melepak di bangsar tadi. Dua-dua pakai jersi malaysia dan sembang pasal bola.




Apa celaka malam ni ada game Manchester United lawan Barcelona??



Additional Time : Tepat pukul 3.45 pagi nanti,pengulas-pengulas sokerleaks terdiri daripada deus x machina dan siggplus akan memberikan ulasan tentang game MU vs Stoke City secara real dan live tapi gua nasihatkan tak payah tengok pon takpe.dua-dua team main macam celaka.

14 comments:

hiro said...

ada juga kena tonton match Auksenal dalam spital ni..kah2

Si Nakal said...

Ada sekali aku nampak ada awek jogging tepi tasik sarung jersi Malaysia.

Aku rasa dia mesti ingat tu jersi olahraga.

Anonymous said...

pijak ja remaja tu

Szan said...

entry imi pun bersifat poser. yg brader cerita mlm ni match Mu n Barca pun dua kali posernya.

Ariffin Janal said...

saya baca, saya okay

Linglung said...

peminat dan penyokong barca semua tahu MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,...kalau tanya sape score? MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,..kalau tanya sape main kiper? MESSI,MESSI,MESSI,MESSI,MESSI.

NYAMPAH TAU!

ajim said...

jgn marah semua (intonansi sheila rusly dlm iklan mayo lady's choice).wujudnya org2 cmtu la mrancakkan industri bahan membahan..time kaseyyyyy....

Sandokhan said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

kira ko ni bagus lah tau semua pasal bola..

everything said...

entry ni wa kasi 8/10

talkIZcheap! said...

@Linglung: masalahnya, dah memang Messi je pon yg asik score... dah nama pon Messilona, ape ade hal??!

:P

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. said...

blog ni copycat sokernet ke?

Pet Shop Boys said...

ah setuju sangat! fan Man U mmg banyak poser. tambah2 lagi Man U tgh meletup ni.

Kasihan pada true fan yang real.

Player A said...

99.9% of Manchester United fans are glory fans and when you lose where the fuck are you? how sad is tht. haha