Monday, January 10, 2011

Shalom Aleichem Alberto Zacherroni Manager Nippon!



Shalom buat Alberto Zacherroni serta keseluruhan pasukan Blue Samurai Nippon.

Malam semalam di Doha Qatar,rancangan strategik kita hampir digagalkan oleh Jordan - sebuah negara jiran saya.Seperti yang kita telah bincangkan strategi semasa pertemuan rahsia agen Mossad saya dengan anda,dimana pasukan Blue Samurai dalam kumpulan B dikelilingi negara-negara Arab - macam negara saya - dan agen Mossad saya telah pun memberikan tips-tips yang terbaik untuk mengatasi hegemoni Arab ini.

Malangnya skuad Blue Samurai tidak melaksanakan apa yang dirancangkan oleh Mossad.Pengarah Agensi Mossad - Tamir Pardo telah memberi laporan lengkap di pejabat saya di Knesset pagi tadi menyatakan betapa kecewanya Mossad terhadap pencapaian Blue Samurai ketika ini.Kami telah memberi dana berjuta-juta shekel kepada Blue Samurai namun gagal melaksanakan untuk memusnahkan hegemoni Arab ini.Seperti yang kami berikan kepada Uzbekistan,China serta seorang wartawan sukan Sokerleaks yang saya tidak boleh sebut namanya atas dasar keselamatannya.Tugas wartawan sukan Sokerleaks itu bertujuan untuk memastikan pembaca untuk membenci hegemoni Arab serta memudahkan pihak kami - Zionis untuk menguasai pemikiran rakyat.Tetapi,tatkala Uzbekistan dan China serta wartawan Sokerleaks itu berjaya dalam melaksanakan strategi Mossad,tidak pula kepada Blue Samurai.Mengapa jadi begitu?Pasukan Jordan bukannya power macam Michael Jordan - atau bersuara oktaf lapan macam Jordan Sparks.Atau berus gigi power macam Jordan.Tapi Jordan adalah pasukan yang lemah dengan rajanya suka berjimba-jimba dengan makwe cun.Apa yang susah sangat?

Saya tidak mahu Blue Samurai gagal lagi.Hampir dimalukan saat-saat akhir nasib baik si Maya Yoshida score - kalau tak,lagi riak dan angkuhlah geng-geng serbanistas dan pencinta hegemoni Arab.Dah bangunan tertinggi dunia dorang dapat,dah World Cup 2022 pun dorang dapat - kita jangan bagi pengaruh mereka menguasai penduduk dunia.

Saya ada juga menghubungi beberapa agen Freemason di Tokyo,sekiranya pasukan Nippon gagal - Freemason akan mengupah beberapa Yakuza untuk memaksa seluruh pasukan Blue Samurai lakukan harakiri.Jangan ulangi ini lagi.Misi kita untuk menumpaskan hegemoni Arab masih lagi jauh.

Toda raba dan L'hitraot.Shalom aleichem.

Yang berkhidmat,

BENJAMIN NETANYAHU.
Perdana Menteri Israel dan Presiden Parti Likud.

Surat ini bercetak komputer maka ia tidak perlu sebarang tandatangan.

6 comments:

Berto said...

Leah dizon gagal membantu, mcm mana ni? takkan nak harap Bar Refaeli plak kot

Cob Nobbler said...

Hmm..mungkin sejak bergelar status janda ni Leah dah kurang cekap beraksi..hmm..Bar Refaeli pun boleh tahan..Natalie Portman juga..kahkahkah!

Kamarul XY said...

Artikel yang bosan.. Keseluruhan, blog yang agak bosan.. Tingkatkan lagi..

p/s : Diharap penulis dan pengurusan blog boleh menerima kritikan secara terbuka..

Cob Nobbler said...

Kamarul:takde hal.Dah game bosan - ulas pun bosan la.Banyak orang tengok Liverpool vs MU lagi - nak buat camana.

Kamarul XY said...

Minta tunjuk ajar dari Abdul Sokerleaks. Dia pandai olah ulasan sehingga mencerca, memaki-hamun serta menghina penulis blog lain. Bertapa dengan dia.

p/s : Selepas aku nonton team faveret aku AS Roma dikalahkan oleh Sampdoria. Aku terus nonton game JJ ni. Takde la bosan.

Berto said...

Abdul Sokerleaks tidak ada kene mengena dengan sokerleaks. Dulu dia troll kami, sekarang dia trolling kat sokernet pulak. Memang benar kata orang, Abdul Sokerleaks ni kurang kasih sayang.

Kami disokerlaks tak suka nak cerca, maki-hamun blogger lain. Infact, kebanyakan pengulas Sokerleaks adalah follower tegar Sokernet. Sokerleaks ni baru je 2minggu beroperasi, biasa la kene hentam mula2. Terimaksih kerana memberi kritikan membina, Sokerleaks akan cuba memperbaiki mutu ulasan selepas ini, tenkiu.