Monday, January 31, 2011

View Yang Hambar, Pengurusan Stadium Lemah!


Gambar atas ni sebijik-bijik macam view dalam tv siaran langsung Piala Sumbangsih Selangor lawan Kelantan sabtu itu hari.  Agaknya apa yang tak kena dengan view daripada kamera ni? Nampak seat kosong yang dah pudar warna tu? Nampak abam-abam polis tengah jaga penyokong yang tak ada tu?

Pada gua, pihak stadium gagal berfikir dengan kemas. Nak asingkan dua belah penyokong sekalipun, janganlah kawasan yang masuk view kamera tu yang dibuat tempat pengosongan. Alamak derr, takkan itu pun nak diajar? Lemah! Kosongkanlah bahagian lain yang tak masuk dalam view kamera. Cacat beb! Kehadiran penonton dan penyokong itu malam pada gua boleh tahan jika dipertimbangkan dan diambil kira dari sudut 'Liga Malaysia dan semangatnya'. Tapi 'semangat' yang meluap di stadium tu gagal dijelmakan dalam bentuk penyiaran televisyen untuk tontonan 'penyokong' kat rumah. Tengok gambar atas tu, nampak hambar, ye dak?

Bukan apa, kalau 'semangat' tu sampai kepada 'penyokong' di rumah yang malas, tak berkesempatan, tak berminat, tak ada pitis, atau macam-macam lagi alasan lain yang menyebabkan mereka tak ke stadium, tak mustahil mereka akan hadir juga ke stadium nanti. Tak tahun ni tahun depan, tak tahun depan, tahun satu lagi. Tak tahun satu lagi, maknanya dia dah mampus le tu.

Jadi, gua harap mereka yang berkenaan tu, berfikirlah dalam-dalam sikit. Jangan dalam sangat, dalam sikit pun dah ok. Benda ni basic saja derr, basic.

9 comments:

Cob Nobbler said...

aku baru je tulis pasal rupa visual dalam entry.

mungkin kena nampak ramai kat area tu baru orang rasa ramai orang pergi.kosongkan je la belakang kamera punya seat.

Wan Perlis said...

fail punya kemereman dan pengurusan

talkIZcheap! said...

tu, aku kat belakang tiang gol tu lar...

giler smart gol Piya, first2 cam tak caya je bola tu dah masuk depan mata, akakakak!!!

keli said...

Kalo tgk kat rumah bkn penyokong tp penonton...kakakaka...:D:D:D...

Berto said...

Cameraman kene hantar kursus ke ESPN.
Pengurusan pulak tak tahu la kene hantor ke tidak, rasa2 dah banyak hantar pergi kursus, tp hasil still takdak

ahmadon the don said...

polis dok berlenggang sedap2 tgk bola..buat la tempat kosong tu belakang kamera..

galileo said...

sokong ngn post nie...

takkan benda2 nie kecik nie pn nk kene ajar kan..

astro dh sponsor byk2,pastu pengurusan stadium boleh lak buat spoil...

haisy

??? said...

ni pandangan dari grandstand dol...
live ppandangan dari bertentanga grandstand..mana nampak bnde ni

Linglung said...

???- apa ke bangang lu ni? tgk tv ke tak tengok? ni dah sah-sah gua amik view dari astro arena..