Monday, January 10, 2011

Program Motivasi Untuk Skuad Liverpool

Cuwiittttnya..bila gamaknya boleh julang piala lagi ye kapten?


Atas dasar simpati, gua rasa terpanggil untuk memberi sedikit motivasi kepada kesebelasan utama Liverpool. Walaupun gua minat M.U. Gua tak up entri membahan Liverpool. Macam Alex Ferguson, gua tak boleh lihat lawan yang kuat dilabel lemah. Tak patut. Gua pasti. Masih ada sinar kehebatan Liverpool.

Chelsea? Kelaut dah. Takyah motivasi. Tak guna.

Pepe Reina
Di antara keeper terbaik dunia. Paling pantas umpama cahaya. Lu boleh gelakkan penjaga gol utama pasukan kelaut. Lu adalah pakar penyelamat penalti dunia.
Cuba hantar bola terus ke arah 'Torres'. Main counter attack gitu.

Fabio Aurelio
Paling kebal juga. Paling bangang pun ada. Okay. Kita menjurus kepada kekebalan lu.Masih berpeluang tingkatkan prestasi. Lu berani naik ke atas. Main ditengah dan punya kaki 'shooting' yang kacak. Belajar dengan Gerrard. Mungkin boleh 'shooting' dengan tepat.

Daniel Agger
Benci gua kat lu. Malas gua komen.

Martin Skrtel
Pertahanan paling kental. Punya semangat men-tekel yang menawan. Dan paling kosisten permainannya. Bagus dan tahniah.

Martin Kelly
Satu je. Jangan rakus sangat nak tekel. Bahaya. Cool. Steady je.

Steven Gerrard
Pemain berprofik tinggi. Ketua yang berkaliber. Pemain tengah terbaik. Kawan lu si Lampard tu, bila nak bersara?

Raul Meireles
Berlatih dengan Reina. Lu jadi keeper lagi bagus.

Lucas
Gua ingat dulu masa kecik-kecik. Lu suka lari lah. Rajin benar lari atas padang. Stamina tinggi betul. Gua suka juga cara lu hantar bola. Sempurna.

Maximiliano Rodriguez
Lu pernah tengok Ashaari main? Tak pernah kan. Gua pun tak suka lu main. Entah apa-apa je.

Dirk Kuyt
Pemain paling rajin di atas padang. Pakar kawal bola. Penyumbang utama jentera serangan. Teruskan usaha murni.

Torres
Memang kaki penjaring. Kepala penjaring. Dada penjaring. Paha penjaring. Apa-apa lah yang boleh disahkan penjaring itu adalah lu. Penyerang berbisa dan digeruni. Jaringan keramat lu ketika tewaskan pasukan kelaut tu, gua masih ingat der. Sempurna sungguh! Kenapa lu tak nak main dengan M.U? Sampai sekarang gua masih tertanya-tanya.

Abdul Lampard
Lu pehal ada dalam kem Liverpool ni. Oh. Chelsea tak terima lu, datang dekat Liverpool pula. Pesen lompat parti ni PM tak berapa berkenan. Keh Keh Keh.



Cilakak betei. Ana Raffali follow twitter gua dulu. Laju bebenor. Gua pergi ucap tahniah dulu. Kat sini pun gua lipat juga. Haha. Sekian.



5 comments:

MATAHARI said...

dr aku kecik smpi besar aku nampak gerrard.

awet muda kan dia.

adre said...

liverpool tlglah relegate..penat dah nak mengutuk!

master said...

gerard muda belia masa dtg main piala dunia remaja kat kuantan dulu..tp skrg masih nampak muda..awet muda bak kata matahari..

Nik Kuwe said...

Kesian team sayur air....Di makan dengan budu mmg sdp tp akhirnya jadi shittt jgk...Kui KUi Kui

Pet Shop Boys said...

Kyut terbaekkkk!!