Monday, November 28, 2011

Kebangkitan : Kita Tidak Mahu Ulangi Kesilapan

Kekalahan Harimau Muda ditangan Bahrain sebenarnya mengingatkan penulis pada perlawanan final Piala Konfederasi yang menemukan Amerika Syarikat dan Brazil tahun 2009 lepas. Sewaktu itu, Amerika Syarikat cukup gah meniti jalan ke final setelah berjaya menumbangkan juara Eropah yang digeruni lain tak bukan Sepanyol dengan jaringan 2-0.

Sewaktu final menemukan Amerika Syarikat dan Brazil, adalah satu kejutan apabila Amerika Syarikat mendahului 2-0 sewaktu separuh masa pertama lagi. Cakap-cakap di sewaktu rehat meyakinkan ramai penonton bahkan peminat bola sepak Amerika sendiri tentang mereka akan menang perlawanan final ini, menewaskan Brazil.

Namun, segalanya musnah apabila Brazil bangkit dengan bergaya untuk mencatatkan kemenangan, mencetak 3 gol di separuh masa kedua untuk menang 3-2 sekaligus menjadi juara Piala Konfederasi.

Skrip yang sama juga penulis teringat pada Sukan Asia 1998, jika kalian masih ingat bagaimana Thailand, jiran negara kita layak ke separuh akhir dengan bergaya apabila berjaya menewaskan Korea Selatan 2-1 walaupun Thailand bermain dengan 9 orang. Ya, 9 orang. Menewaskan antara pasukan terkuat di Asia sewaktu itu.

Negara kita juga pernah mengulangi gaya kebangkitan dalam permainan bola sepak. Ingatkah sewaktu Piala Tiger 2004 sewaktu Harimau Malaya menewaskan Thailand 2-1 saat Malaysia itu ketinggalan 1-0 di babak pertama? Namun Harimau Malaya berjaya bangkit setelah mendapat sorakan lagu Inilah Barisan Kita dari peminat setia yang akhirnya memberi satu kebangkitan sehingga Malaysia menang 2-1 hasil jaringan Khalid Jamlus.

Istilah kebangkitan dalam bola sepak bukanlah suatu yang mustahil. Natijahnya, mana-mana negara mampu melakukan kejutan kebangkitan di mana saja dan pada keadaan apa sekalipun. Tidak kiralah bermain tidak cukup pemain atau ragam pengadil yang berat sebelah. Manchester United sendiri pernah bangkit pada saat terakhir permainan untuk menewaskan Bayern Munich. Liverpool juga pernah bangkit untuk menjadi juara setelah ketinggalan dengan AC Milan.

Siapa yang berjaya bangkit, dia berhak merai kegembiraan. Siapa yang menjadi mangsa kebangkitan, tangisan kedengaran.

Namun, apa yang ingin penulis sampaikan di sini ialah mengenai after-math selepas perlawanan. Kebangkitan Bahrain bukanlah perkara kebetulan. Bukan perkara ajaib. Tetapi, melalui pengamatan penulis melihat corak permainan Bahrain. Bagi penulis, Bahrain berhak menang. Melihat latihan sewaktu sebelum perlawanan bermula sudah cukup untuk penulis rumuskan tentang taktikal Bahrain dalam menentang Harimau Malaya. Bahrain bagi penulis telah menganalisa corak permainan Harimau Muda terlebih dahulu dan mendapati pasukan Harimau Malaya terlalu confident untuk menang. 

Bahrain tidak gentar dengan ribuan penyokong Harimau Muda di stadium. Malah mereka sendiri berterima kasih terhadap para penyokong Malaysia yang kekal di stadium memberi sorakan. Bagi Bahrain, sorakan penyokong lawan juga akan merancakkan permainan. 



Itulah gunanya Ultras Malaya. Bukan sekadar penyokong tegar pasukan kebangsaan, tetapi penyemarak sesuatu perlawanan bola sepak. Amalan ini (chant Ultras Malaya) bagi penulis selain dari sikap patriotisma, tetapi juga dapat membuka mata pihak lawan tentang sikap penonton bola sepak di Malaysia yang sudah terbuka dan bukan menjadi orang yang gagal dalam menyokong bola sepak.

Sudah berpuluh tahun lepas cara sokongan terhadap bola sepak kita tergolong dalam cara yang tidak memberikan perkembangan baik dalam bola sepak kebangsaan. Bagi penulis, zaman lepas, zaman Malaysia layak ke Olimpik, zaman Malaysia menang pingat gangsa Sukan Asia, adalah zaman sokongan bola sepak yang sudah tidak boleh digunapakai dalam era bola sepak moden. Menggunakan cara generasi yang lama dalam memberi sokongan kepada bola sepak kebangsaan adalah tidak releven. Kita mahukan cara moden seperti sokongan Be The Reds dalam kempen Korea Selatan di Piala Dunia sebagai contoh. Yalah, kalau generasi lama itu adalah generasi berjaya dalam menyokong pasukan bola sepak kebangsaan, mungkin kita sudah lama ke Piala Dunia. Mungkin takkan ada terbitnya buku Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia.

Zaman gagal sudah berlalu. Zaman abah, datuk moyang kita telah tamat. Kini, adalah zaman anak muda, zaman kita yang tidak mahu mengulangi kesilapan dalam menyokong bola sepak kebangsaan secara khususnya. Zaman anak muda yang mahu meninggalkan tabiat makan kuaci sambil memaki di dalam stadium. Zaman anak muda yang tidak lagi mahu keluar awal dari stadium walaupun sudah tahu pasukan bola sepaknya pasti kalah. Zaman yang mahu mengajak seluruh rakyat lebih bersikap patriotisma melalui bola sepak kerana tidak semua antara kita layak menjadi seorang tentera. 

This is a new age of Malaysian football supporters. Ini adalah zaman penyokong berdiri 90 minit bersorak, chant dan menyanyi lagu yang menaikkan semangat, seakan merasai kepenatan pemain bola di atas padang. Jujur penulis katakan, walaupun kalah, tetapi kerana telah memberi sumbangan berupa berdiri 90 minit menyanyikan lagu semangat, perasaan kalah itu tidak sepedih sepertimana cara yang lama. Jika anda tidak percaya, terpulang. 

Kita mahukan FAM gentar dengan kuasa penyokong. Dan bagi penulis, Ultras Malaya adalah satu-satunya jalan yang akan merintis dalam melakukan perubahan terhadap badan induk tersebut secara positif. Kalian ingat FAM akan peduli dengan penyokong kuat maki makan kuaci tiup air-horn macam babi? Kita tidak mahu terus menjadi orang yang gagal seperti orang terdahulu. Lebih baik kecewa dengan kepasrahan, dari kecewa sambil mengeluarkan kata makian. Setelah 50 tahun dengan cara yang gagal dalam menyokong bola sepak, apakah kita akan terus gagal lagi?

25 comments:

lang said...

apa cerita pulak aku pernah dengar chant budak2 ultras yang ada terselit lirik2 yang tak sesuai seperti
"....(nama negara) anjing!..."
aku pernah dengar kat youtube.
Patriotisma?

afiqhakimi said...

sebahagian daripada anda tidak menyukai kami, tapi kami tidak kesah!

UM

same je kalo ko caci player negara..
patriotik ke?
provok dan psiko adelah senjata penyokong..

ko pon penah maen sukan kan?
kalo orang sokong ngan psiko ko, ape ko rase?

sendri mau ingat!

Aqram said...

kamu ingat ultras datang dari keluarga diraja kena bersopan santun setiap masa?

bahrain anjing, malingsia, indogs, sinagpoodah, chelsex, liverfool, krauts, yellow monkeys, negro.

itu dinamakan budaya provokasi (menganjing)dalam sukan. perkara itu normal. di dalam permainan bola sepak sendiri, pemain2 bola sepak akan turut memprovokasi pihak lawan.

oh ya, tarian haka (ragbi new zealand) juga adalah provokasi.

apa masalahnya? anda tak pernah bersukankah?

lang said...

kah kah tenang2. aku cuma memerlukan jawapan. dan aku tidak pernah mencaci pemain kebangsaan.

bagi aku Ultras Malaya ni bagus, nampak ada perubahan dalam scene bola sepak negara kita. aku tabik.

yang aku tak berkenan tu cara engkorang respon. contoh mudah, respon daripada afiqhakimi bila aku tanya soalan kat atas tu.

kita sama2 sayang pasukan kebangsaan kita kan :)

Ariffin Janal said...

chants ultras tak perlu jadi isu. diorang dgn cara diorang. 90minit diorang berdiri takde susahkan sape2.

org lain dgn cara sendiri, maki hamun player misalnya.

jgn persoalkan ultras kalau rasa berada dlm kelompok kedua.

Hazwan Arif said...

yg duduk makan kuaci pon duk mencarut sepanjang masa...yg bezanya,m diorg mengutuk pemain negara sndiri..


tapi betol, lepas bersorak tnpa hanti, aku rasa puas dan kekalahan smlm tdk terasa sangat kerana telah melakukan yg terbaik utk menaikan smangat harimau malaya...aaumm!!

azfar hranica said...

pembetulan pada perenggan ke 5 memang malaysia bangkit GBK untuk menang 2-1 tapi bukan jaringan khalid jamlus sebaliknya 2 gol tu jaringan LIEW KIT KONG.

khalid sebenarnya menjaringkan gol semasa second leg semi final tiger cup 2004 di bukit jalil pada babak pertama untuk malaysia mendahului secara aggregat 3-1 tapi dalam masa 35 minit di 2nd half indon bangkit dengan 4 gol dan pertahanan malaysia masa tu sebijik macam defend main semalam. ini satu lagi sejarah yang dilupakan

Mirrul said...

kalah pada Indon 4-1 separuh akhir piala tiger 2004,kemasukan Kurniawan pada separuh masa kedua memusnahkan segalanya.

berada di stadium masa tu lebih tertekan dari pengalaman pertama kali menonton dan bersorak bersama Ultras Malaya semalam.

selamanya HARIMAU MALAYA.

Aqram said...

azhar. yang lawan indon tu masa semi-final. lawan thailand tu masa peringkat kumpulan.

Mr. Schomey™ said...

liverpool da berapa lama guna cara menyokong guna chant, nyanyi ape semua, tapi tak menang liga gak. adakah menyanyi 90 minit tu boleh menjana semangat player? kalau tengok game semalam, gagal mungkin?

Hidemichi said...

perghh...tiup air-orn mcm babi! gua suka ayat lu.

namumora akime said...

@azfar, ko silap la..betol la kat perenggan ke 5 tu yg malaysia lwn thai masa group..menang 2-1..khalid jamlus skor 2 bijik..thailand trus out~

Wan Perlis said...

kemonlah

Kaca Mata Shahmi said...

Mr. Schomey : Liverpool mng 18 kali liga dan 5 UCL... ko nie fan chesex kew..??? or Manc U yang baru nk up..??

Aqram : Gua amat ske entry nie.... nice one kipidap...

MOFASAD said...

jangan poyo poyo, ultras biar dekat curva je, :)

tengok tengok said...

gua syak aqram nie dah isap kote komrad kepala bana,sbb tu dia tulis macam bangang...

KhaiRin said...

caci maki tu biar la berpada2..igt x de dosa ke ckp2 mcm tu?
apa2 pon..masih ada 3 game lg... apa2 je boleh berlaku
go HM!

Floppy Minister said...

Pendirian ultras x de la seteguh mane kan? kalu x teguh jgn panggil ultras.

Syazwan Marzuki said...

schomey kat old treped tak de chants ke? patut la dorang menang 19 kali epl ..oo sbb stadium dorang senyap & byk orang maki2 kot. tak pon bunyi air horn ke..(xslp aku epl teams x benarkan airhorn/bubujela masyukk)

sokernet >> belah sana shomey..so shomel lah ur name :)

Cik Hernie said...

kemon la Malaysian!

Pakcik Zul said...

apa cara sekalipun ada baik dan ada buruk.x semua penyokong yg makan kuaci tu x patriotik dan x semua yg menyanyi 90 non stop tu betul2 fanatik bola.bagi aku sebagai kita sebagai umat islam harulah ikut apa yg elok dan elakkan apa2 yg ditegah.x tau la plak islam benarkan pyscho war dgn gelar org anjing n what so ever kan.kok ye pun nak follow budaya chants luar biarlah disesuaikan dengan adat dan agama kita kat sini.nanti org tgok pikir lain pulak.kalo nak "x peduli apa org nak kata" pun berpada2.sekadar pandangan org makan koci main stadium dok diam2 layan bola.hehe

Kaca Mata Shahmi said...

xpayah nk sembang Islamik sgt la kalo diri sendiri x betol... mmg la kite nie bersopan santun... tp chants tu sendiri biarlah mengundang rasa gerus.... huhuhuhu... kalo sukan x boley meng'anjing'kan org maka arena politik boleh la meng'anjing'kan org dan memainkan isu2 sensitif..????

SangKunang said...

http://sangkunang.blogspot.com/2011/11/entri-gua-bangang.html

Pakcik Zul said...

saling tegur menegur ke arah kebaikan.xkan la kena jadi ustaz dulu baru boleh tgoq org kan..hehe.

nu_Ox3r said...

@azfar hranica

Tahniah kerana berjaya mengkepala banakan budak baru nk reti menulis ni.sejarah bola pn terkial2.hahaha

btw nmpk sgt penulis ni geng ultras