Wednesday, November 9, 2011

Kisah Bunga Poppi dan Jersi

 Poppy Flower

Hai. Tengah buat apa tu? Hirup sup gearbox ye? Alhamdulillah. Orang kata ratah sup panas-panas ni lagi sedap kalo dinikmati sambil membaca sokerleaks. Jadi disini ana (menggunakan kata ganti diri ana sempena Raya Haji) akan menge-leaks satu entri yg tidak ada kaitan langsung dengan bolasepak Malaysia. Tak pe la, bola Malaysia dah power, seri dengan Singapore. Ingat senang ke nak seri dengan Singapore? Singapore ada Jumaat Jantan tawww.

Kali ini ana akan berbicara mengenai bunga poppi. Bunga poppi adalah sejenis bunga yg biasanya tumbuh mengelompok di padang rumput atau pegunungan. Di Malaysia ana tak tahulah kalau Bunga Poppi ni boleh dijumpai, tapi seingat ana dikawasan Asia Tenggara ni, cuma Indonesia sahaja yg ada bunga poppi.

Bunga Poppy; salah seorang aktress yg membintangi sinetron Cinta Melody. Beliau membawakan watak sepupu kepada Melody yg sangat kejam; Jelita.


Itu bunga poppi di Indonesia. Di negara barat pula, bunga poppi (atau dalam bahasa omputihnya Poppy Flowers) adalah lambang penghormatan terhadap perajurit-perajurit yg terkorban dalam medan peperangan. Di England, poppy flowers sinonim dengan tarikh 11 November iaitu Remembrance/ Armistice Day; lebih kurang hari pahlawan jugak lah di Malaysia.

Kalau anda perasaan, kebanyakan kelab-kelab EPL memakai lencana/pin Poppy Flower ini di jersi mereka. Ini sejajar dengan langkah FA England yg menjadi antara penyokong utama British Armed Force. Pada awal musim 2009, Man Utd, Liverpool dan Bolton menolak pelawaan untuk memakai lencana Poppy Flowers ini kerana bagi mereka penghormatan terhadap askar-askar terkorban bukan berdasarkan menunjukkan lambang Remembrance Day ini semata-mata. Hal ini telah mengundang perspektif negatif dikalangan media dengan mengatakan kelab kelab ini tidak patriotik dan Maling! Maling! Maling!

Itu di England, lain pula di Scotland dan Ireland. Penggunaan Poppy Flowers ini dianggap sesetengah pihak sebagai salah satu bentuk imperialisme yg baru. Green Brigade, ultras bagi pasukan Celtic FC adalah penentang utama penggunanaan poppy flowers ini. Dalam perlawanan menentang Aberdeen, kumpulan ini memasang banner berbunyi lebih kurang macam ni la "British Armed Force bukan hero kami".

Dan bersempena friendly England-Spain ini, FA England mahukan pemain mereka mengenakan poppy flowers ini dijersi mereka. Namun, perkara ini telah dibantah oleh FIFA dan FIFA melarang sekeras-kerasnya perkara ini berlaku atas alasan SEGALA BENTUK MESEJ BERKAITAN AGAMA,POLITIK DAN PENGIKLANAN adalah dilarang sama sekali. Bagi ana, ana rasa FIFA tak perlu berkeras sangat pasal hal ni. Lagipon kalo England pakai lencana bunga poppi ni pon, bukannya boleh jadi kuat. Kemon,  ini England je la; sayur sayur sayur, sama macam Arsenal.


Jadi mungkin itu salah satu sebab kenapa jersi Malaysia tak ada lambang 1Malaysia, seperti jersi Kelantan. Jangan main-main, FIFA ni dia punya diktaktor sama macam FAM, pasal jersi pon depa boleh buat gila. Cameroon, pada tahun 2004 misalannya telah didenda 154,000 US Dolar dan ditolak 6 mata pada kelayakan Piala Dunia 2006 atas kesalahan memakai jersi mereka yg unik masa tu walaupon telah diberi amaran oleh FIFA. Jadi kemungkinan besar FA England tidak akan memakai poppy flowers pada game tersebut. Hal ini telah mengundang kemarahan veteran-veteran perang British yg merasakan FIFA tidak berhati perut. Ahh askor British ni, nama pon FIFA, abang kepada FAM, mana la depa ada hati perut, yg ada perut Blatter tu ada la.

Nampak macam biasa je kit Cameroon ni, tapi jangan silap, ini sebenarnya one-suit kit, lebih kurang macam jersi pelumba basikal dimana seluar bersambung dengan baju. FIFA hanya membenarkan jersi berasingan antara seluar dengan baju. Ini kalau Malaysia buat jersi macam ni, Matyo la yang paling seksi.


Dalam kes terdahulu, pemain Sevilla, Federic Kanoute pernah didenda Persekutuan Bolasepak Sepanyol atas kesalahan menunjukkan mesej sokongannya terhadap Palestine. Yang ni sejuk hati ana membacanya. Ramai orang cakap, Kanoute ni bagus orangnya. Alim, sopan, berbudi pekerti, malahan power bermain bola. Tapi tak berapa nak heran sangat, dia ex-Spurs. Yg pernah main Spurs semuanya baik-baik kecuali Berbatov dan Sol Campbell.


Mengikut peraturan FIFA, pemain yg menunjukkan slogan atau mesej tidak akan dilayangkan kad kuning .Walaubagaimanapon pemain yg melakukan perkara ini akan menerima hukuman selepas jawatankuasa perlawanan melaporkan kepada pengerusi pertandingan. Dan selalunya hukuman yg diterima agak berat .So, no booking during the match tapi at the end kena denda/ban perlawanan. Namun, selalunya pemain ini akan dikenakan kad kuning juga atas kesalahan membuka jersi. Berikut adalah kesalahan membuka jersi mengikut undang-undang FIFA yg melayakkan pemain menerima kad kuning:

Tapi kalau nak tayang jugak six-pack ente ente semua ni, ente boleh buat macam gambar bawah ni sebab yg ni tak akan dikenakan kad kuning:

 Selagi ente tak telakup baju tu kat kepala ente, haa ente masih selamat. Tapi bila kepala ente dah ditutupi, kad kuning la jawabnya. Jadi mohon yg ada sixpack je buat benda ni, kalo yg 1 pack tu tak payah la, buang karan je jawabnya.


Harap-harap Fakri Saarani tak buang jersi dia tayang body, nanti kena booking susah coach nanti. Itupon kalo dia boleh skor dan celebrate gol tu la. 

Walaubagaimanapon ada beberapa kes terpencil dimana pengadil akan menggunakan budi-bicara mereka bagi mengelakkan pemain dikenakan kad kuning. Ini berlaku kepada pemain Doncaster Rovers, Billy Sharp yg meraikan gol jaringannya dengan membuka jersi dan menunjukkan slogan "This For You Son". 2 hari sebelum perlawanan, anak beliau yg berumur 2 hari telah menghembuskan nafas terakhir. Respek kepada beliau yg tetap bermain walaupon diselubungi kesedihan, dan respek juga kepada pengadil atas sikap kemanusian beliau.

Panjang pulak entri ana kali ini. Dari hal bunga poppi sampai melalut pasal jersi. Apekejadahnya semua ini. Mungkin ana patut berenti disini dahulu. Akhir kata dari ana, semoga Malaysia menang lawan Indonesia nanti dekat Sukan Sea. Kalah lawan Kemboja dan Thailand ana tak kisah, tapi bukan dengan Indon. Kalah dengan Indon, fuhhh, mampuih ana nak berhadapan dengan garuda-garuda di twitter nanti. Sekian. wassalam.

5 comments:

Andy Carroll said...

ana rasa hukuman cm nie memang x ptut..FIFA nie terlalu berfikiran sempit!!

KhaiRin said...

smpi skrg sy masih x fhm, celebrate gol biukak jersi? mmm cer cite cer cite

lang said...

entri sebegini yang didambakan ana. dan lagi satu, apa yang tak faham nya dengan celebrate gol dengan membuka jersi wahai khairin?

baru setat tengok bola ke apa ahakss

KhaiRin said...

@ lang..ye la kenapa nk bukak jersi..kenapa x bukak kasut ke, bukak seluar ke..ops! bukak pe2 je la hehehehe

Nwx said...

tp england boleh pakai bunga popi kat armband. ok la tu, win-win situation. :)