Thursday, November 24, 2011

Budaya-Budaya Bola Sepak Petang-Petang Yang Membuatkan Bola Malaysia Menjadi Bangang.

1. Turun petang-petang nak pakai full-suit Manchester United. Tapi, main bangang jugak macam mamat tenuk angkasa ni. Tu tak termasuk lagi pakai boot mahal 6 stud tapi main dekat padang kebun sawit atau sawah padi.

2. Main bola gol kecil. Tanpa penjaga gol. Lepas tu bila friendly, sepak bola tak nampak tiang gol. 

3. Masing-masing nak ngelak jadi penjaga gol. Apasal ntah. Takut bola laju katanya. Ooo, bola laju.

4. Tak boleh nak body-contact sikit. Mesti nak mengamuk. Tak boleh jentik sikit, nanti adalah yang cakap tak semangat kesukanan lah, tak sokong lah, apalah. Boleh blah lah.

5. Terlalu berfutsal sangat. Asal ajak main padang, bagi alasan takde boot. Kalau dah selalu berfutsal, bila lari keliling padang 8 round keluar lidah unta. Orang suruh change side. Dia sepak bola tak sampai setengah padang. Lepas tu senyum macam tak buat salah.

6. Main bola di padang tapi pakai bola saiz 4. Ni lagi satu kes bangang tak ingat. Lepas ni penutup botol dengan tin coke pun boleh jadi bola agaknya.

7. Main macam anak ayam. Bola ke kiri, semua ke kiri, bola ke kanan semua ke kanan. Semua keliling bola. Lepas tu bila dah penat, ajak main galah panjang. Jadah.

8. Tidak kenal potensi diri dalam posisi permainan. Lebih sesuai main defend, tapi mengada nak main flanker. Lebih sesuai jadi budak milo, tapi nak jadi coach. Tengkorak kau.

9. Amalan gaya bola England yang keterlaluan. Suka sangat main long-pass berbanding passing set-piece yang mudah. Bila kejar tercungap-cungap. Tak dapat, tunjuk tanda bagus. Yang tukang hantar kata winger tak kuat lari. Yang winger kata macam nak mati kejar bola macam ni.

10. Main padang kecil. Tapi sepak bola kalah padang Wembley. Bila sepak, melambung entah ke mana masuk semak. Tergendala 15 minit sebab nak cari bola dalam longkang.

11. Degil. Jenis striker degil. Dah tahu 5 match sebelum ni tak perform-perform. Nak jugak jadi striker. Tahan maki punya ini orang.

12. Tamak. Suka solo tapi langsung takde hasil. Gentel-gentel, sangkut. Gentel-gentel, sangkut. Dah lah sangkut, pemalas nak kejar balik. Apa pun tak boleh.

13. Orang lain main bola pakai kasut. Kau sorang main kaki ayam. Kau ingat kau adik-beradik Bonai?


Yang lain korang sambung lah sendiri

















why so serious?

18 comments:

Siti Payung said...

sepak tonjol boleh tak?

mdfaizal said...

aku terasa aku terasa. hahahaha

dear anies said...

asik sepak ke laut...tingkap umah, cermin kete jd sasaran..hapa ko igt free??? (mrh kt bdk2 blkg umah yg slalu men futsal tp xde kesedaran sivik!)

Zaid said...

dah tau Maghrib pukul 7, pukul 6.45 baru nak start main. lepas tu dah azan, tak reti-reti nak berhenti main.

AlexiaAqram said...

@schue

sepak tonjol tapi gol. itu takpe.

@mdfaizal

pernah alami?

@khairin

mohon perhambat.

@zaid

ha, ni satu lagi budaya yang patut di tenuk terbangkan.

Ali Sabki said...

Point yg last2 tu memang betul. Tahan maki la ini orang.

SangKunang said...

WHY SO SERIOUS....

kehkehkehkehkehkehkehkeh...
memang LEAKS laa ko nih..

namumora akime said...

hahaha..pengalaman admin ke ni?

lagi 1, main perasan bagus..orang ilang bola marah2, die sendiri ilang bola sengih2

Ariffin Janal said...

kes budak2 taknak jadi keeper tu memang WIN! semua tempat macam tu, cilake.

Klinik Bolasepak Remaja said...

Satu lagi, suka sgt main bola 30 sebelah, main pdg kecik plak tu. Tak reti nak organise main 5 a-side setiap 3 or 5 minit tukar.

zulhilmi said...

kes xnk jd keeper ni sbb:
1. x berpeluh..kalo berpeluh pun sikit..x puas main..
2. bdk2 yg main bola tu pun bkn semua shoot on target..dlm 10 kali shoot..1 kali je on target..
3. kalo baru lepas hujan pdg berlumpur sapa nak jadi keeper??..bdk2 lain elok je balik baju kotor sikit je,keeper balik kena marah dgn mak sbb baju kotor sgt..

Aimi Nadirah said...

point 11 mengundang nampaknya haha:D

penglipurlara said...

ajak friendly..dah nak start game baru perasan team xcukup player..pastu terhegeh-hegeh tangkap bangla suruh main.

Unknown said...

kawan aku budak rugby..skali dia kene turun padang sbb xcukup orng nk main bola.dah la jd striker..skali sepak..bukan nk masuk gol..sepak punya la tinggi dpn pintu gol.dh mcm sepak bola rugby..

Xiǎo Xìngyùn 小幸運 said...

Kami yang perempuan pun tak main bola ayam. Ada keeper. Mohon yang lelaki lebih gojes.

kering said...

Gua sambung sket ble x?hehehe..

1)Main petang2 tp mcm main final..
Esok ada game,member x ble main sbb injured psl yg takik dia tu men opponent side mase main petang2..Akibatnya team kalah sbb byk pemain injured dek ragam pemain sendiri..
2)x ble kena tegur,merajuk,campak jersi..nasib baek x der jawatan dlm FAM..
3)Masuk padang,terus buat corner kick,penalti..padahal mase main,dia main back jer..x pulak naik atas mase corner kick..
4)Men sambil jd refree..org bola kena bahu,dia pekik handball..bila tang dia bola kena tangan,dia kata ballhand..
5)Main xnk turun bila kena counter attack..bila gol,marah2 sambil cekak pinggang..
6)main pusing sana pusing sini,bola kt situ jer..sudahnya sendiri hilang bola sbb terlebih pusing..
7)Bg bola x sampai2..bila org tegur,dia jwb bola tu x der mata..yg sebenarnya yg bg bola tu yg buta..
8)Main smpai Azan Maghrib..sudahnya x semayang maghrib,sbb pekena teh kt kedai lps main bola..

mindproject said...
This comment has been removed by the author.
devilz said...

ha3 kat mane2 pun jadi cam ni
tapi aku rasa masalah mcm ni bkn kat malaysia je.
kat negara luar pun sama gak
kat sana pun ada main petang2....