Saturday, January 1, 2011

Undian Piala FA


Semasa majlis undian Piala FA tadi, turut kelihatan Presiden FAM Seumur Hidup. Cuba teka saya yang mana satu?kikiki

Selepas sidang media mengenai pengumuman wakil untuk kem Chelsea, saya bergegas ke Wisma FAM di Kelana Jaya untuk menghadiri majlis pengundian bagi Piala FA 2011. Piala FA merupakan salah satu kejohanan dalam kalendar FAM yang dimulakan pada 1990. Juara pertama Piala FA ialah Perak manakala pada edisi tahun lalu dimenangi oleh Negeri Sembilan selepas menewaskan Kedah menerusi penentuan sepakan penalti.

Pusingan pertama akan bermula pada 19 Februari 2011, manakala perlawanan akhir dijangka pada 11 Jun 2011. Juara bertahan, Negeri Sembilan, naib juara, Kedah serta semi-finalis tahun lalu Selangor mendapat bye pada pusingan pertama. Pada pusingan pertama, pasukan-pasukan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu Kumpulan A dan Kumpulan B. Memandangkan saya dalam mood kerajinan, saya akan menulis jadual penuh bagi aksi untuk pusingan pertama.

Kumpulan A
KL Pos vs Kuala Lumpur. (Pemenang akan bertemu Negeri Sembilan di pusingan kedua)
MP Muar vs PKNS Selangor
Pahang vs Sabah
PDRM vs Perak
Melaka vs Sime Darby
ATM vs Sarawak
USM vs Terengganu
Kumpulan B
Johor Melodi Jaya vs Harimau Muda B (Pemenang akan bertemu Selangor di pusingan kedua)
SDM Navy vs Harimau Muda A
Pulau Pinang vs Johor
Johor FC vs KL SPA (Suruhanjaya Perkhidmatan Awam saya rasa ni, bukan spa urutan)
T-Team vs Kelantan
Perlis vs Felda United (Pemenang akan bertemu Kedah di pusingan kedua)

Dalam banyak-banyak pasukan, pasukan Johor Melodi Jaya membuatkan saya tidak mampu untuk menahan gelak di majlis undian. Terbahak-bahak saya gelak mendengar nama tersebut sehinggalah pihak keselamatan mengugut untuk membawa saya keluar jika tidak berhenti gelak. Nama sungguh tidak komersial langsung, macam mana mahu menarik penajaan.

Di kesempatan tadi, saya sempat mendapat maklumat penting mengenai siapakah bakal penaja baru untuk Liga Malaysia 2011. Sudah ramai yang tahu bahawa TM tidak akan menyambung kontrak penajaan pada 2011. Antara nama yang keluar ialah sebuah syarikat telekomunikasi terkemuka serta sebuah syarikat penerbangan murah. Nama Herba Prima Marketing dan Metrowealth turut disebut sepintas lalu oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi FAM tadi. Saya mewakili SokerLeaks mendoakan semoga Liga Malaysia mendapat penajaan yang lumayan, dan kalau boleh yang sedap-sedap didengar namanya. Tak sanggup saya membayangkan Liga Malaysia dikenali dengan nama "Herba Prima Marketing Liga Malaysia 2011".

Apa pun, sokonglah bolasepak tempatan dengan datang ke stadium. Takkan nak harap Indon kontrak yang akan memenuhi stadium kita, ye dak?

5 comments:

Amir Syahir said...

Syarikat Pengangkutan Indonesia-Malaysia Haram Besekutu Liga Malaysia 2011.

sedak juge.

Cob Nobbler said...

OK - gua rasa tindakan Daniel menggelakkan Kelab Melodi Jaya adalah tidak berpatutan kerana kita harus menjaga etika kewartawanan dan menjaga nama Sokerleaks.

Sebagai bantahan - gua akan mengulas dan memimpin kem Melodi Jaya.Kita tengok je la nanti.Layaaaaaaaan...zaaassss..

Anonymous said...

erk. aku tak nak dR.
aku botak jika itu naik

AlexiaAqram said...

ni apahal nak gelak2 Johor Melodi Jaya?

tak tahu pasal johor melodi jaya jangan nak gelak2.

johor melodi jaya merupakan antara pasukan paling true kita ingin kan.

korang asyik sembang nk tukar Ipoh FC lah, Shah Alam FC lah.

then, Johor Melodi Jaya mcm tu lah. Pasukan yg di bina dari sebuah kelab bola sepak kawasan perumahan Taman Melodi Jaya.

sekian.

Anonymous said...

Sekurang-kurangnya Melodi Jaya berbahasa Melayu. Bukan macam kelab lain. FC la Rangers la Derby la. Poyo ar lu mat!