Tuesday, January 4, 2011

10 sebab Korea Selatan bakal bergelar juara Piala Asia 2011

Saya memohon maaf kepada semua peminat Khairul Fahmi termasuk kepada semua pengulas Sokernet kerana memotong stim anda dengan menyiarkan entri sempena Piala Asia 2011 ini. Harap maklum


10 sebab Piala Asia 2011 milik Korea Selatan

1) Korea Selatan mempunyai nickname yang sangat awesome, Taeguk Warriors ,bukan tengkuk. Pasukan ini jauh lebih hebat dari The Red Warriors. Bila dilihat pasukan-pasukan lain dipentas Piala Asia 2011 ini, ternyata Korea Selatan memiliki aura tersendiri berbanding The Blue Samurai , The Socceroos,The Great Wall, The Green Falcons mahupon Al-Ahmar. Malang sekali Garuda tidak berada dalam senarai.

2) Selain digelar Pahlawan Taeguk, Korea juga digelar Harimau Asia. Mengambil kira kehebatan Harimau Malaya, rasanya mereka akan menuruti pencapaian yang sama iaitu muncul sebagai juara. Harimau Malaya juga tidak lama lagi akan kembali menjadi saingan Harimau Asia, dimana suatu masa dahulu, kedua-dua harimau ini mengaum sama-sama hebatnya.

3) Korea Selatan pernah menjuarai piala ini sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1956 dan 1960, jauh meninggalkan seteru politik mereka, Korea Utara. Oh ya, kem Korea Utara di SokerLeaks kali ni akan diwakili Daniel Sokerleaks, kerana cara kepimpinan diktator yang sama dengan Kim Jong-il

Ini bukan Ibrahim Ali, ini alter-ego Daniel SokerLeaks


4) Walaupun tanpa kelibat penyerang sensasi Monaco iaitu Park Chu Yong, pasukan ini masih memiliki Lee Chung Yong (Bolton Wanderers), Park Ji-Sung (ManU) dan Ki Sung Yueng (Celtic). Gabungan pemain berpangkalan di Eropah dengan pemain di liga Korea dilihat mampu merealisasikan impian jurulatih mereka, Cho Kwang-Rae.

5) Diundi sekumpulan dengan Australia, Bahrain dan India, tiada masalah bagi Korea ke pusingan seterusnya bila diukur pada prestasi Piala Dunia 2010, dimana mereka layak ke pusingan kedua berbanding Perancis yang tersingkir awal.

6) Ini tiada kene mengena dengan Korea Selatan, tetapi kami di SokerLeaks ingin mengucapkan selamat bertugas kepada   Subkhiddin Mohd Salleh dan Mohd Sabri Bin Mat Daud yang bakal menjadi pengadil dan pembantu pengadil di Doha nanti.

7) Tidak dilupa Ben Williams, jejaka Australia yang penuh kontroversi selepas melayangkan 3 kad merah kepada pemain Malaysia ketika Sukan Asia tahun lepas. Semoga Ben mengurangkan layangan kad kali ini.

8) Diharap tiada insiden laser-melaser di Doha nanti. Kalau terjadi juga, Korea Selatan memiliki senjata tersendiri untuk bertindak seperti Julia Perez.



i want nobody nobody but chewww




okey aku sempat tulis 8 point je, lagi 2  tak sempat sebab nak gi layan Boys Over Flower.

9 comments:

hiro said...

gadis layan korea suke lettew.

ika said...

chet . x le bla .

Anonymous said...

guafakta no.2 to plg cool

Wan Perlis said...

boys over flower hahahaha
salah 1 faktor lagi kerana pengurusan mereka lebih baik dari fam dan tiada sultan bola

farhana [ana] said...

smart ar alter-ego Daniel SokerLeaks ..wakaka~

Ariffin Janal said...

amoy2 tu mmg hot !

ajim said...

aku rasa korea selatan xleh jd juara r.blue samurai ade senjata yg lg ampuh.apa die?lu pk la sndiri..

talkIZcheap! said...

S. Korea FTW!!

Park Ji Sung is Asian Messi!! (He score more goal than Messi in WC!!)

Faiz said...

Boys over flower?
jambu gilak
kahkah