Sunday, January 16, 2011

MERAH MESTI MENANG




Hari ini hari minggu. Gua keluar dating dengan awek pakai baju warna MERAH. Awek gua pun pakai baju warna MERAH tanpa disengajakan. Lantas gua pergi ambil dia di rumah. Jelas gua ada ciri jejaka pilihan. Rumah dia berwarna MERAH juga.

Gua sempat buat-buat kesah tentang kesihatan mak dia. Darah MERAH mak dia kurang berkhasiat. Darah rendah. Gua tak pasti nak gelak atau nak simpati.

Adat orang berkapel, makan kentaki memang wajib. Restoran kentaki warna MERAH memang ajak berkelahi. Bagilah warna romantik sikit. Tapi gua tak kisah pun. Sebab warna MERAH, memang kesukaan awek gua.

Lepas makan, gua bercadang nak tengok filem Melayu. Tajuk 'Selangkah Ke Alam MERAH'. Sambungan cerita 'Dua MERAH'. Boleh tahan gampang ngeri.

Selepas main raba-raba dalam panggung, gua hantar awek gua balik rumah. Kereta Evo Lancer MERAH berlari laju. Awek gua pula senyum manja. Muka puas dan stim.

Memang sah pagi ni MERAH menang. PUTIH tadi memang celake. Gua terpijak tahi cicak yang hitam PUTIH masa tengah bersiap. Dekat kereta gua ada setompok warna PUTIH tahi burung. Gampang.

Akhir kata, MERAH mesti menang. Nanti Manchester City kerek pula dapat teraju liga.

MERAH= Manchester United.
PUTIH=Tottenham Spurs.


Masa Tambahan:
Ini hanya rekaan sahaja. Tiada kena mengena dengan yang hidup mahupun yang mati. Dengan Fasha Ainsanda lagi tak kena mengena. Tapi celake juga Tottenham. Nak tulis Tottenham pun gua kena rujuk Google. Keh Keh Keh.


4 comments:

Shafiq Izwan said...

HAHAHHAHAHAHAH! apepon idop merah, hehe!

Berto said...

putih itu suci, merah itu daki

the sun said...

betul. sekarang pun van de vart dah cukup angkuh.

nyzm said...

kahkahkah terbaik hiro!