Thursday, January 13, 2011

Cerpen Bolasepak:Taman Raya United FC


Seperti Johan Cruyff dan anaknya Jordi berlatih bermain bolasepak di masa senggang,Nordin dan anaknya membawa sebiji bolasepak untuk dimain.Taman Raya adalah taman yang baru dibuka di suburban bandaraya.Tetapi bagi Nordin,sungguhpun bekerja - cintanya terhadap bolasepak sangat mendalam.Begitu juga dengan anaknya Hamdan - dua orang anak beranak ini sangat mencintai bolasepak.Apa sahaja tentang bolasepak mereka akan cuba menghayatinya dengan penuh falsafah.Bukan sekadar beli jersi Manchester United kat Al-Ikhsan untuk menayang kepada rakan sebaya.Bukan - ia lebih dari itu.

Setiap petang,apabila pulang dari kerja - Nordin tanpa berkira penat terus sahaja mengajak Hamdan ke padang.Bermain bola walaupun berdua - di satu padang kosong di tepi rumah.Populasi Taman Raya yang bertambah - dari sebuah taman perumahan baru buka - dan kini mulai berpenghuni.Apabila Nordin dan Hamdan sedang berlatih - datang seorang bocah di tepi padang memerhati.Nordin memandang Hamdan.

"Pergilah ajak kawan tu main."

Hamdan hanya melambaikan tangan - dan sejak itu Rizal - bertiga mula bermain bersama Nordin dan Hamdan.Dan sejak itu,Alif,Kamal,Roger,Fateh,Sundram,Shahrul,Adam,Meng Chuan dan David sudah mula ke padang bermain bolasepak.Rata-rata mereka berusia 8 ke 10 tahun.Hamdan sudah mula memikirkan apakah ini langkah terbaik untuk mula memikirkan untuk satu kelab bolasepak di taman ini.Dari bertiang-golkan selipar - Hamdan membuat tiang gol dengan kayu.Mungkin tidak sekuat besi namun itu tidak menghalangnya dari bermain bolasepak.

Tapi seperti yang pernah dikatakan Karl Marx,material dahulu idea kemudian - tak guna bercakap tentang idea menubuhkan pasukan bolasepak kalau tidak ada modalnya.Mungkin tidak banyak yang dapat dilakukannya - tapi buat masa ini bermainlah dahulu.Datang pakcik jual air.Datang pakcik jual cendol.Datang pakcik jual goreng pisang.Dan ke padang - dan semakin ramai petang-petang orang turun ke padang - merancakkan ekonomi - sekali-sekala mereka hulur kepada Nordin kerana bersyukur ada peluang perniagaan.Dari tiga jadi sebelas kini dah boleh buat dua team.Jersi - tak payah poyo fikir pasal jersi.Apa yang diperlukan ialah sepasang kasut but murah yang berharga RM15.00 dan jiwa yang kental untuk bermain bolasepak.

Corak permainan yang dilakukan oleh Nordin menarik ramai perhatian.Lalu - pasukan jiran sebelah Taman Setia datang untuk buat friendly.Oleh kerana keseriusan Nordin - ideanya diterima ramai oleh penduduk Taman Raya.Masing-masing menderma not merah,hijau and biru - ada yang bermurah hati sampai sponsor beratus-ratus demi pasukan Taman Raya.

Hasil dari wang kutipan itu Nordin tak songlap macam YB selalu buat.Dia bina tiang gol besi,membeli jersi dan juga peralatan seperti bolasepak,bip dan macam-macam lagi.Dan semua ini datang setelah hampir 3 tahun Nordin train budak-budak tu main.Dan dengan mengkaji falsafah bolasepak Johan Cruyff dan Rinus Michels itulah - mengkaji untuk memanipulasi ruang padang serta mengkaji kekuatan diri sendiri.Dan hasil falsafah Johan Cruyff yang difahami Nordin itulah - Taman Raya membelasah pasukan Taman Setia.Di peringkat sekolah-sekolah - hampir semua anak didik Nordin bermain mewakili sekolah.Hamdan dah sampai peringkat daerah.Namun begitu - padang di tepi rumah Nordin - tak pernah mereka tinggalkan.Begitu juga dengan penduduk Taman Raya.

Tetapi takkan selamanya pemain ini akan kekal di Taman Raya - pemain datang dan pergi.Ada yang berpindah,ada yang masuk asrama,ada yang join mat rempit,ada yang masuk kes juvana - maklumlah,latar belakang banyak yang berbeza - tetapi Hamdan - dan Rizal kawan baiknya - seperti Cruyff dan Neeskens masih lagi berada di padang taman ini.Jika cukup wangnya mungkin Nordin sudah mula boleh berfikir untuk menjadi sebuah kelab bolasepak - walaupun amatur dan modalnya kecik namun dia tetap teruskan.

Sehinggalah pemaju perumahan mengambil tanah padang Taman Raya.Seluruh penduduk Taman Raya marah - tetapi undang-undang yang memihak kepada pemaju perumahan telah membenarkan pemaju membina tempat letak kereta.Selain itu penduduk Taman yang kian meningkat tidak memungkinkan pemaju untuk membuat taman rekreasi.Bagi mereka - keuntungan maksima adalah rukun iman mereka.Mereka tak peduli kalau generasi akan datang cuma tinggal generasi pemalas menghadap laptop atau sibuk mendownload lagu Justin Bieber sambil menayang iPhone terbaru.Mereka tidak peduli kalau skuad Harimau Malaya akan datang berada satu anak tangga dari pasukan tercorot di dunia iaitu Montserrat.Mereka juga tidak peduli kalau generasi anak muda ini bercita-cita nak jadi artis Akademi Fantasia,Mentor,dan apa lancau lagi berbanding bermain bola sepak.Yang penting keuntungan dimaksimakan.Tanah yang ada mesti rembat buat parking kereta,restoran McDogal atau pusat membeli belah.

Sepuluh tahun kemudian - Nordin duduk di kedai mapley menghirup teh o tanpa gula.Dalam usianya yang sudah mencecah umur 60 tahun kudratnya pun semakin menghilang.Hamdan pun sekarang dah kahwin dan ada dua orang anak.Dan Hamdan - tidak seperti ayahnya - tidak membeli but atau bola untuk anaknya.Mungkin kesibukan bekerja sebagai eksekutif syarikat pemasaran menghalang beliau untuk mesra dengan anak-anaknya.Anak-anaknya cuma mesra bila Hamdan beri wang.Nak bawa anak-anak main bola - padang takde.Masa takde.Anak-anak sibuk dengan iPhone atau paling cekai Nokia N Series.Tidak ada kenal Johan Cruyff atau Diego Maradona - tapi Faizal Tahir atau Justin Bieber.

Dalam hati Hamdan - sebenarnya dia patah hati.Dia tak mampu buat anaknya macam ayahnya.

Nordin pula duduk di kedai mapley.Dan sambil melihat gelagat anak muda dan orang ramai menonton bola - Manchester United sedang beraksi.Sambil si Javier Hernandez Chicharito menjaring gol - bising sorak sorai,si Nordin berfikir,kan bagus kalau mereka menonton di kaca TV menyaksikan Taman Raya United dari Manchester United?

Kerana Manchester United bukan milik mereka pun.Tapi apa yang mereka miliki - mereka lepaskan dan leburkan - yang nak dibanggakan tidak ada apa-apapun.

6 comments:

Anuar said...

klu la government mmg pk mcm ni since awal2 dulu.. klu la presiden FAM gune kuasa die utk buat mcm artikel ni..

mesti malaysia dh jadi pasukan yang disegani atleast kat peringkat asia tenggara..

Cob Nobbler said...

Anuar:

siapa Presiden Bola Sepak Selangor?
-Khalid Ibrahim.

siapa Presiden Bola Sepak Melaka?
-Ali Ketam.

siapa Presiden Bola Sepak Kedah?
-Zizan Dol Ajak.

siapa Presiden Bola Sepak Kelantan?
-Nua Musa.

Ali Ketam ni dulu main posisi mana?Khalid Ibrahim ni main berapa cap kat Selangor?Zizan Dol Ajak ni berapa biji gol dia jaring?Nua Musa ni dulu berapa assist dia?

Tak boleh jawab,kan?

i'msosupernotcool said...

kemain!
semua-semua, gua nampak anua musa yang paling true.
pedulik la dia parti ape pon,
tapi tang bola tu memang dia gempak.

PELAUNG PULAU said...

sial....tengok entri ni,gua teringat kisah gua. kat taman gua,gua baru duduk 3 taun... memula gua ngan jiran gua main bola kat padang kecik sebesar taman permainan kanak2.. lepas sikit2 makin lama makin ramai anak2 kecil umo dari 8 taun sampai 15 taun main sesama....

gua slalu beli bola..bola kalau murah takpe... ni bola beli kat al-ikhsan tu dah la 70 hengget...tapi pasal passion punye hal, gua tak kisah..lagipon budak2 tu takde duit..mak bapak diorang pulak jenis kedekut taik idung masin..kuar sesen pon takmo... apa ada hal..gua kua duit sendiri...

tiang gol gua harapkan dua batang pokok yang ntah macam mana cantik pulak membentuk cam tiang gol...tapi ntah ape sial pegi tanam pokok yang banyak duri2 tu..bila bola kene mesti bocor...


last2 gua bagi decent sikit..gua pi carik kayu buat dua tiang gol..ini passion kami..kitorang buat tiang gol pon sendiri je..takde net takpe..ape ade hal..janji ade tiang tepi ngan tiang atas..kalau takde tiang atas,bebudak slalu ngelat..rembat tinggi2 mesti ngaku gol..ataupon team yang disumbatkan gol tu mesti ngelat kata bola tinggi sangat...

tapi semua tu tahan 3 bulan je..lepas gua masuk spital sebulan..bila gua balik je tengok tiang sume dah hilang..gua tanya budak2 tu..diorang kata sebulan gua takde,sebulan diorang tak main..tiang2 tu plak ntah sapa tibai..gua memang fark sape tibai kayu tu... ni la antara spesis2 orang yang slalu membunuh minat bola anak muda....

sekian...gua emo...ape ade haaal

Hidup Sihat said...

sekarang pun sendiri nak main bola kena bayar. (futsal)

tapi nasib baik kat area shah alam ni banyak lagi padang2 permainan.

halimi said...

kalau nak main, dtglah sek 8 shah alam. main petang2