Monday, January 3, 2011

Sepak kuat pun tak guna kalau tak gol

2001.

Masa ini gua baru berumur belasan tahun lagi tak salah gua. Gua bersekolah asrama lagi masa tu. Walaupun gua masih belasan tahun tapi gua dengan bola sepak dah masuk kategori kacip. Entah macam mana ada satu petang tu asmara junior jadi huru hara. Gua yang baru balik kelas fardhu ain pun turut sama terbabit jadi huru hara juga.

"apa cerita woi..??"

"Petang ni Pak Ya buat selection bola dekat padang belakang bandor baru”, jawab satu kutu tingkatan dua. Siapa nak wakil sekolah pergi la.."

Mendengar saja berita yang sebegitu rupa, gua jadi auto semangat. Semangat Ronaldo dan Azman Adnan bersilih ganti meresap ke dalam jiwa gua.

“ ini hari dunia akan tahu siapa Ronaldo yang sebenarnya..!!”, kata gua sambil menyepak batu di tepi jalan. Memang stylo habis.

Sampai sahaja, gua terus memilih untuk beraksi di posisi midfield. Sesuai dengan gaya larian dan juga skill yang persis err.. kaka.

Ok lah. Dipendekkan cerita. Gua terpilih untuk mewakili sekolah. Tersengih-sengih balik jalan kaki menuju ke asrama. Sedih juga gua tengok muka kutu-kutu yang tak dapat. Ah tu la, siapa suruh lu kuat sangat belajar Matematik.

Disebabkan hari perlawanan dah dekat jadi coach gua iaitu Pak Ya membuat keputusan untuk menggandakan training menjadi dua sessi. Pagi dan petang. Dia punya training memang tak senonoh. Cemas-cemas pitam gua dikerjakan. Ke sana ke mari berlari. Bola tak dapat juga. Training punya training, hari kejohanan pun tiba. Gua haram tak berdebor masa ni. Dengan jersi sekolah bagi, kasut but bola pinjam kawan punya, kata azimat makwe gua semat dalam hati, gua masuk padang. Gua rasa macam semua orang tengok gua. Itu jam gua terdengar tuduhan-tuduhan rambang orang menuduh gua pemain import dari Italy. Jenis bergurau kasor.

Di awal perlawanan permainan agak seimbang. Kedua –dua pasukan saling berbalas serangan. Suara penonton (makwe) membangkitkan semangat Ronaldo gua. Itu jam gua main memang tak ingat dunia. Tak lama selepas itu jaringan demi jaringan dihasilkan. Baru je gol sebijik, dah tambah lagi. Memang solid habis pasukan. Dengan badan sekor-sekor macam setan size, lari pun laju macam setan, taktikal yang menjadi-jadi, memang mudah je menjaringkan gol.

Pritt..!!!Pritt..!!

Perlawanan tamat. Kesudahannya dia 12 gol berjaya dijaringkan. Satu dari pasukan gua dan sebelas dari pasukan lawan.

Komen para pemain.

“Ah ni semua makwe tu la punya pasal. Gua tengah sedap bawak bola duk jerit-jerit nama gua apahal..??”,Hasbullah. (Striker)

“ budak-budak diorang ini antara dua je aku ingat ni. Kalau tak dadah, pukau.”, Hafizuddin. (Sayap kiri)

“Cilakak..!! training sampai hitam-hitam muka. Kalu gua tau baik gua duduk dalam kelas belajar Nahu.”, Gua.

Tahun-tahun selepas itu perkataan bola sepak dan wakil sekolah tidak lagi meniti dibibir gua.

2011

Gua dipelawa untuk menjadi pengulas di sini, terus terang gua tak berkenan sangat dengan kerja kerja mengulas ni. Dah menda gua bukan reti sangat nak ulas ulas, tapi kalu kutuk dan bahan insya Allah tak ada masalah. Berbekalkan pengalaman mengutuk team sendiri selama lebih kurang lima tahun, jadi tak ada masalah rasanya nak teruskan kerja kerja menyakitkan hati orang seperti selalu. Dan ya, gua baru lagi buat kerja kerja menyokong team bolasepak secara serius, tak ada la true sangat seperti orang lain yang kecik kecik dah sokong Arsenal, baru tingkatan satu dah pandai sokong Manchester United. Gila. Dah tau tingkatan satu buat la cara tingkatan satu. Banyak lagi menda lain yang lebih sesuai dengan jiwa tingkatan satu seperti mengorat makwe, belajar hisap rokok dan juga menghafal doa qunut.

Seperti mana kita tahu semalam Liverpool menang dengan sungguh dramatik. Gua yakin semua fanatik M.U berasa terkejut dan tidak berapa seronok dengan kemenangan ini kerana tak dapat nak kutuk Liverpool. Tetapi hal ini tidak langsung memberi kejutan kepada penyokong Liverpool. Dah nama pun Liverpool, semua orang tahu tentang prestasi kejap power kejap palat diaorang. Terus terang cakap, gua dah naik lali kena kutuk.

Ok. Sekarang mari kita bercakap tentang Chelsea. Chelsea yang pada gua dulu punya la power tapi sekarang macam pandir dan kelakar. Chelsea yang seri dengan Aston Villa di gelanggang sendiri dengan ending perlawanan yang sangat tragis bagi Chelsea. Orang la kabor, gua bukan tengok juga, individu normal macam gua tak patut rasanya tengok game Chelsea. Daripada tengok game Chelsea baik lagi gua tengok Nightline. Di kesempatan yang ada ni gua ingin menyeru kepada semua penyokong Chelsea, sudoh sudoh la nyokong Chelsea tu, kerja sia sia semua tu, bawak bawak la sokong Felda United pulok..

Leaks minggu ini: Suatu ketika dulu, rembatan kaki kiri gua pernah mencecah kelajuan 160mph pada satu sesi perlawanan antara rumah sukan. Namun apa yang menarik, bola langsung tidak menghala ke gawang.

6 comments:

zarifahmr said...

gua chelsea beb. lu bagi sejuta pun gua tetap chelsea

Cob Nobbler said...

poyotito,itulah kata orang - kerana perempuan lelaki binasa.
sampai 10 gol kena belasah - keeper kau ni main batu seremban ke hape kat padang gol tu heh?

Anonymous said...

chelsea tetap gak digati gua beb. dari dulu, kini & selamanya.

Sandokhan said...

cool la artikel nie bro. Serius shit kelakar..kah kah kah!

Fnd Rocka said...

Pesen selongkar entri lama

Unknown said...

drpd chelsea bek selangor..