Monday, January 17, 2011

Tak Guna Cempien Kalau Hutang Keliling Pinggang



Sikalang aaa..lu minang,minang,minang,tatak kalah manyak bagus...tapi utang wa lu tatak mau bayar..lu ada itu anak amoi manyak cantik..kasi sama saya kasi setel hutang..amacam?

Oleh kerana Berto wakil Tottenham Hotspurs mendiamkan diri atas mulut-mulut fan Manchester United yang tak pernah pun tau apa kedai makan banger and mash paling sedap kat Stretford(taunya lepak mapley bising-bising depan TV je),eloklah aku - sebagai seorang simpatisan Spurs(kerana tinggal di Walthamstow yang jaraknya 3.7 batu sahaja dari Tottenham),mengulas bagi pihak beliau.

Semalam Tottenham menyerang dan menyerang tapi United bertahan dan bertahan.Mungkin kali ini tidak ada gol poyo Nani akibat Gomes yang tidak baca buku peraturan FIFA.

Atau mungkin Gomes tak faham bahawa pemain ke-12,13,14,dan 15 Manchester United adalah referee,dua penjaga garisan dan mamat pemegang nombor substitute.

Kali ini van der Vaart gagal menembusi van der Sar,Peter Crouch hampir-hampir dan Wayne Rooney masih gagal menjaringkan gol sejak kantoi threesome dengan pelacur.

Well,untouchables.Siapa tak bangga team tak pernah kalah - especially bila ada referee yang handy yang sudi membantu.Cuba bayangkan lu berjudi blackjack dengan ramai orang - tapi tukang edar kad tu sebenarnya member kau - macam tu la rasanya Manchester United dengan referee ni.Apa,tuduhan palsu?Alex Ferguson pun dulu kena sidelined ban dari padang?Ah - itu semua drama sandiwara semata-mata.

Hakikatnya Manchester United adalah kelab paling banyak hutang dalam dunia.Satu tahap hutang mereka adalah £1.1 billion(RM5.32 billion).Berapa pinggan nasi goreng kampung boleh beli ni?Berapa gelas nescafe o ais kau boleh beli ni?Berbangga rekod klasemen tanpa kalah tapi hutang banyak tu samalah macam Kak Joyah beli langsir,perabot baru dan rumah paling glamer kat kampung tapi bila orang ketuk pintu cepat-cepat kunci rumah sorok diam-diam.

Sebenarnya berhutang ni normal dalam kehidupan manusia.Siapa-siapa pun ada hutang.Gua dulu pun hutang dengan ex-girlfriend gua C$300 masa aku mula-mula menganggur dulu.Standard la berhutang tu.Tapi masa aku berhutang - aku duduk diam-diam takdelah aku sibuk nak beli BlackBerry ke,beli kereta ke apa lagi nak berlagak.Kalaupun kau menang sesuatu - sesuatu tu harus disambut secara diam-diam kerana malu dengan si pemiutang.

Tapi aku dah settle semua hutang maka boleh la aku berlagak ke apa,betul tak?Sama jugak dengan pelajar universiti - dah hutang PTPTN maka tak boleh bersuaralah menentang kerajaan(which by the way duit tu sebenarnya duit rakyat pun).Tapi aku tak nak mengulas isu ni - ini Sokerleaks bukan Politikleaks.

Anyway - ramai gak yang tertanya macam mana kelab paling terkaya di muka bumi ni dulu boleh jadi kelab paling banyak hutang dalam dunia?Macam mana dulu duit berkepok sekarang boleh jadi hutang berbillion-billion?Apa benda yang korang makan ni sebenarnya sampai hutang macam ni?

Aku pernah explain benda ni dalam blog aku dulu tentang hutang Man United,so aku eksplain lagi macam mana boleh jadi hutang tu.

Ramai yang cakap lepas beli player and that's it.Tak payah fikir lagi kos apa lagi.Sebenarnya selepas juara Premier League tahun 2007 maka sebenarnya masalah ini mula berlaku.Membeli player seperti Anderson dan Nani dengan harga 30 juta pound,kemudian membeli ayam patah kaki Owen Hargreaves harga yang undisclosed(difahamkan cecah jugak 20 juta pound),itu tak termasuk kena kencing dengan agen Carlos Tevez,Kia Joorabchian lagi dan itu satu hal.Tu tak termasuk kenaikan gaji Cristiano Ronaldo dari 80,000 pound kepada 150,000 pound,serta gaji mamat Shrek yang baru up gaji sampai 250,000 pound tapi gol sebijik pun susah benar nak score.

OKlah,pening kepala nak sebut-sebut nombor.Mari aku beri satu analogi yang bagi korang semua senang nak faham apa masalah Manchester United ni.OK - katakan kau nak beli motokar.Tapi kau sebenak apa haram pun tak tau pasal jual-beli motokar.Lepas tu,kau beli pakai hutang.Ini bukan macam kau simpan duit dan pakai duit kau untuk beli motokar - bukan,ini kau hutang orang untuk beli motokar.Lepas tu motokar tu okay - laju tu memang laju,tapi high maintenance.Kau tu cuma penganggur cabuk lepas universiti pemalas nak mampos cari kerja.Memilih kerja high class dengan harapan dapat kumpul duit dan kahwin bini macam Lisa Surihani.Dengan hidup tak bekerja,dengan high maintenance motokar kau - kau mahu terus mengekalkan motokar kau sebab itulah cara kau mengadjust Suriyati awek kilang Indonesia kat kilang elektronik Telok Panglima Garang.Tetapi kegagalan kau bekerja untuk mendapatkan wang menyebabkan hutang kau semakin meningkat dan meningkat.

Memang dalam lumba kereta kau cempien,(Cool jugak perkataan cempien ni untuk digantikan dengan klasemen - baru ada jati diri sendiri),kau cempien lumba motokar tapi tiap kali kau menang je kerja kau bayar hutang.Dan kau bukan hutang Pak Long kau tapi kau pinjam Ah Long yang kenakan bunga 10 peratus setiap bulan.Jadi pada akhirnya,tak guna kau cempien racing motokar kalau akhirnya kerja kau bayar kat Ah Long.

So - pada akhirnya - sementara menantikan pak sheikh Qatar untuk bayar hutang si Glazer ni - cempien tanpa kalah pun apa nak heran.Cempien kalau hutang keliling pinggang pun tak guna.Lain la Daniel Levy seorang Yahudi yang bijak.Malcolm Glazer ni dah la Yahudi tak bijak,lepas tu pemalas pergi sinigog sembahyang kat Yawheh setiap hari Sabtu,Daniel Levy ada banyak back-up dari pelabur Yahudi yang bijaksana dalam bidang perniagaan ni.Si Glazer ni belajar malas,bapak suruh mengaji Torah pergi ponteng main guli tu yang bebal nak mampus.Lepas tu ada hati nak beli MU.

Jadi apa penyelesaiannya?

Selain mengharapkan saudagar Qatar untuk membeli Manchester United,peminat Manchester United sendiri pun boleh beli asalkan ada perpaduan ummah dikalangan kelab Setan Merah ni.Kata united - kenalah united benda-benda macam ni.Hutang Manchester United 1.1 billion pound - dikatakan penyokong Manchester United seluruh dunia ni berjumlah 300 juta orang.Biar aku lakukan sedikit calculation untuk fan Setan Merah ni.

1.1 billion pound bahagi 300 juta bersamaan dengan 3.60 pound.Ataupun RM17.40 sorang satu.Apa kata si deus yang hardcore MU ni ke,pergi calling-calling si Jorji,Fdaus Ahmad dan Nazri Sokernet ni buat kutipan derma sorang RM17.40 setiap sorang di kalangan fan MU.Pergilah kau dari Tanjung Bidara Melaka sampai ke Guangzhou,China,dari Seoul,Korea sampai ke Buenos Aires mintak amount ni.Jangan lebih jangan kurang.Lepas tu kau bagi sekelempuk kat si Malcolm Glazer pastu blah.Lepas ni boleh la korang ni semua berlagak - cempien tanpa hutang.Alah masa aku kat UK dulu 3.60 pound ni macam kudap-kudap je.Kau beli keropok potato chips je dah lepas.Bukan mahal sangat pun.Beli jersi ori kat al-Ikhsan mampu pulak.

Ada lagi satu inisiatif aku kepada fan MU untuk gembira - cempien tanpa kalah dan hutang.



Amalkanlah selalu lepas solat Subuh.Amin.

15 comments:

Unknown said...

ah.. dem.. jeles ngan MU
shiet tol, ko bias, hahahhaha

Leplep said...

kah kah kah kah kah!!!


sebab tu gua memahami bila Wenger cukup susah nak beli player..

Berto said...

RM 17.40??

kah kah,hatta rm5 pon aku rasa payah nak dapat dari depa ni

Cob Nobbler said...

kamon MU fans
kata peminat setia
panggil gua mat pelompat parti
mat ibrahim ali
hassan ali
zaid ibrahim ali
nami ali

takkan rm17.40 pun berkira?
demi kelab kesayangan - apa saja kan?

apalah sangat rm17.40
gua punya belanja sehari pun lebih dari tu

kahkahkah
penyokong setia
terai la buat satu solidariti
tabung united
kata united - mestilah bersatu
betul tak berto?

keli said...

Cube try mintak pusat zakat ok kottt....kikiki...
Gua bkn fan MU langsg bau2 bacang jaoh skali tp gua rase kalo jd cempien mslah hutang tu akn settle gak pelan2....jd sabor yer setan2 merah sbb gua fan liverpool prnh rase kalo kelab berhutang, tp skrg da setel yg x setel lg mslah prestasi.

Zaid said...

patutla. alex tak baca Ma'thurat pagi2.

Thaqif Ismail said...

hahhahahhaha.....Kayenye kelab nie.

talkIZcheap! said...

yang penting, atas padang tanpa kalah, atas table klase... opps, cempien... huhu

p/s: macam mana dengan hutang2 kelab lain yg jugak cempien di liga2 selain Inggeris?? Dengar kata Messi diarah jual anugerah Balon d'Or dgn set lego beliau bagi membantu kelab terchinta beliau...

PELAUNG PULAU said...

balik-balik teluk panglima garang..balik balik teluk panglima garang.. hahahaaha

wan_jb84 said...

ni ape cite ni?
masalah utama skang glazer xnak jual kelab wpn ade org nk beli..baru2 ni je yg nampak mcm berminat skit time pak arab nk beli 1.5billion tu..
wenger plak bukan xde duit nk beli player..arsenal mmg untung je tiap tahun sbb jual player..tp wenger je yg ngade2 xmau beli..

kareem said...

memanglah arsenal untung tp untung tu gi bayar utang buat stadium. skang ni pun utang buat stadium tu pun dah nak abes dah dsebabkan kecerdikan pelan bajet encik wenger.

Pa'tam said...

ni apacite budak mu sume senyap takde kemaluan? deus ngn pasad mana?

Anonymous said...

so....
maksud ko MU byk hutang sbb beli player?








LOL

Cob Nobbler said...

wanburn:bayar gaji pemain.
ingat tiap2 minggu tu tak keluar juta2 ke?

Anonymous said...

ooo..sbb bayar gaji pemain..so sejak 2007 la puncanya ni?aku ingat sejak glazer takeover da start byk utang..aku salah la ni?ok2..