Thursday, January 6, 2011

Entri ulasan sepintas lalu

sepintas lalu mengenai game pagi tadi.

Manchester City mempunyai penjaga gol dan tiang gol yang solid dan memaksa Arsene Wenger memberi muka kepada Mancini.


Arsenal 0 - 0 Man City (sama sama steady)

Pengurus baru Aston Villa masih mengalami badi sebagai bekas pengurus Liverpool. Sekali lu terjebak dengan Liverpool,hidup lu memang malang.


Aston Villa 0 - 1 Sunderland (takde tarian dari  asamoah gyan jadi tak berapa steady sangat)

Bapak Leon Best memberikan nama yang cukup sesuai kepada anaknya dan menyebabkan West Ham terus berada di dasar liga.


Newcastle United 5 - 0 West Ham (Leon Best sorang je steady)

Skuad "Jangan Bruma Di Tepi Pantai" masih lagi dilambung ombak dan kali ini dibaham pula oleh serigala. Ancelotti mula merindukan Italy.


Wolverhampton Wolves 1 - 0 Chelsea (Sampai habis season gua syak Chelsea tak steady)

Roy Hodgson masih tidak serik-serik dan terus menunjukkan yang dia sememangnya "the special one".dikalahkan oleh Blackburn cukup membuktikan die pengurus yang paling tua yang paling bengap yang paling tak sedar diri,yang paling tak pandai buat muka comel dan yang paling special tentunya.

Blackburn Rovers 3 - 1 Liverpool (sape cakap Liverpool steady gua terajang)

Bolton dan Wigan pula bekerja keras untuk sama-sama mendapat 1 mata. Dengan Arsenal mungkin akan mengloankan Carlos Vela kepada Bolton,Bolton mungkin akan lebih steady pada masa akan datang.

Bolton Wanderers 1 - 1 Wigan (dua-dua team tak steady)

Biji emas terbaru Spurs Rafael Van de Vaart masih tidak cukup untuk terus memberikan senyuman senget kepada wajah Harry Redknapp.Redknapp masih terbawak-bawak dengan impiannya melihat David Beckham memakai jersi berlogo ayam dan tidak sedar David Moyes tersengih-sengih melihatnya.

Everton 2 - 1 Tottenham Hotspurs (tak cukup gigih untuk nampak steady)



Additional Time : Result pasal game Nottingham Forest takde sebab gua taktau spesies mane yang layan club ni..kalau ade tolong kasitau,nanti gua timbangkan balik.

11 comments:

Berto said...

spurs malas nak bersungguh sangat beat everton, nanti apa kata chelsea dgn arsenal pula, dah la potong ambik 4th place, takkan nak potong stim arsenal kat 3rd place pulak..x shedapp la buat jiran selondon mcm tu..ahakss

MATAHARI said...

keris kejang. tu Liverpool susah nak berlawan.

MOI said...

masam je muke laki aku pagi ni sbb celsi tapau lagi..hahahahahaha!!

poyotito's said...

Steady celah mana seri?
Kalah la steady..

Ariffin Janal said...

kasihan chelsea. ape khabar die kat n0 5 tu~

farhana [ana] said...

chelsea mcm berminat utk turun ke angka yg lbeyh bsr jep..! huahaha

Mohd Shafiq Izwan B Abdullah said...

teruk gile chelsea. apehal r? apepon idop MU!!

kembatolo™ said...

apehal arsenal maen taknak buat gol.
reti ke tak maen bola tuh.. hiah. emo terus wa. grr!

MOFASAD said...

LIKE komen poyotetek's

Cik Agogo said...

oh, mujur arsenal steady. hahah...

ajim said...

idop arsenal!ops sori.terangsang pulak.