Tuesday, May 29, 2012

Euro 2012 - Stadium Of Hate - NSFE (Not Safe For Evra)

Sebagai fan Argentina, aku sebenarnya tak ambik pot pun pasal Euro 2012. Tetapi bila dah ada kejohanan besar macam ni, walaupun tidak ada pasukan yang disokong, aku tengok juga. Macam Champions League la juga, mana ada Liverpool, tapi aku tengok juga.

Anyway walaupun tidak ada pasukan kegemaran, aku cuma mengharapkan Belanda untuk layak ke final dan menang. Mungkin kerana gol Dennis Bergkamp tahun 1998 menentang Argentina yang walaupun mengecewakan aku, tapi sebab gol itu cantik, aku jadi respect dengan Belanda. Atau mungkin rival utama Belanda ialah Jerman, kerana aku tak suka Jerman sejak 1990 - di mana Rudi Voeller diving dan Jerman menang penalti lawan Argentina di Italia 90.

Anyway, itu semua tak penting. Yang penting adalah kejohanan Euro tidak akan berlangsung dengan aman. Semalam ramai kawan-kawan dari UK tweet tentang dokumentari di BBC - Stadium of Hate. Dokumentari ini adalah tentang racism dan anti-semitism yang sungguh kuat di Eropah Timur. Poland dan Ukraine adalah tuan rumah tahun ini - jadi aku rasa elok juga kalau korang tengok ni.

Ah sebelum tu, sacrebleu Patrice Evra! Kalau dengan Luis Suarez pun kau dah hati pisang, kalau pergi sini alamatnya tak payah mainlah.

Kesimpulannya, racism ni ada di mana-mana. Cuba nak halang, cuba nak basmi, tapi ia tetap akan ada. Bak kata George Carlin, "in World War 2, Nazi Germany lost in war, but fascism wins".

Kalau Evra main juga, apa aku boleh katakan, bonne chance.



3 comments:

Awan said...

i see.. so this proves it. yenuwas are indeed pro-racist

Cob Nobbler said...

awan:yes - we are pro-realist
besides - i can call man united an islamophobic club too
when was the last time man united players from muslim?

none.

islamophobic club, is that fair i call man united like that?

be a realist, racist is everywhere - including in our own country.

talkIZcheap! said...

LOL! Butthurt lagi ke pasal kes evra-suarez tu?? :p