Tuesday, June 14, 2011

Republik Sosialis Soviet Rakyat Merseyside - AFC Liverpool



Masa mula-mula aku google - apa menatang AFC Liverpool ni? Apakah AFC Asia cuba mengasaskan sebuah kelab Liverpool lagi di Asia? Aku menggaru-garu kepala seketika melihat AFC Liverpool ni. Rupa-rupanya bila click - ia merupakan sebuah kelab baru di Merseyside. Jadi kelab di Merseyside tidak lagi didominasi oleh Liverpool, Everton dan Tranmere Rovers semata-mata.

Jadi apakah ini satu tindakan yang sama sepertimana yang dilakukan oleh FC United of Manchester bila Malcolm Glazer takeover? Apakah fan-fan AFC Liverpool ini akan mengutuk pemain-pemain Liverpool yang kaya-kaya macam fan FC United of Manchester mencipta lagu mengutuk @rioferdy5?

Tidak, tidak. Kami Liverpool. Kami baik-baik saja. Bahkan Merseyside Derby pun kami boleh duduk sebelah-sebelah dengan fan Everton. Kami orang baik bukan macam bandar pencuri tayar Manchester atau hidung tinggi London.

The club was set up to provide a match-going experience for Liverpool fans who have been priced out of Premier League football. The club has adopted the same colours, fan songs and is based around the same community as Liverpool F.C.. The club is a non-profit organisation. The AFC Liverpool founder Alun Parry said "I've been going to Anfield since the late Seventies when I was six years old. A season ticket in the Kop cost £45 in 1985, today it's £650, which I know is a lot cheaper than some other Premier League clubs, but in inflation terms Eighties prices should equate to £98 today. He also stated that the formation of the club had nothing to do with the debated ownership of Liverpool. Parry stressed that the club was not to be estranged from Liverpool, but he hoped that it would look on AFC as a 'little brother'.

AFC Liverpool benar-benar lakukan apa yang Bill Shankly ingin lakukan - sebuah kelab sosialis. Kelab yang diuruskan sendiri oleh kelab, bermakna takde muka cukong atau pak menteri yang ada dalam kelab. Bermakna kalau kau nak uruskan kelab ni, kau nak jadi leader kau kena tanya semua orang dalam kelab.

Bila kelab diuruskan sendiri oleh peminat, segala kewangan pun datang dari peminat sendiri. Bergerak mengikut kemampuan. Hanya dengan cara ini sahaja boleh membuatkan harga pemain tidak ridiculous macam harga Bebe yang berjuta-juta pound tapi main hampeh. Cara mengharamkan pemilikan kelab seperti Sweden yang memang dah jadi sebahagian dari Soviet Scandinavia tu memang bagus. Tak guna menang Champions League kalau hutang macam Manchester United. Baik relax je macam Malmo FF.

Jadi - apa tujuan aku tulis benda ni kat Sokerleaks?

Aku mengharapkan ada orang yang sanggup mencontohi AFC Liverpool atau FC United of Manchester di Malaysia. Aku selalu dengar orang komplen - FAM bangsat, FAM celaka, FAM diktator, FAMA lebih baik dari FAM - macam-macam. Macam FC United, bila mereka menentang Malcolm Glazer mereka terus buat kelab FCUM. Macam AFC Liverpool, despite dorang ni semua masih berjiwa Mighty Reds tapi disebabkan globalisasi mereka merasakan sebagai rakyat marhein harus meneruskan Shanklyism - sosialisme melalui sukan bolasepak. Aku rasa Shankly dalam kubur terseksa tengok harga season pass kat Anfield tu. So, macam aku selalu cakap - change will not come from above. Nak mengharapkan Sultan Bola and co. ni menyelamatkan bolasepak negara macam nak mengharapkan dara Adinda Evans untuk diselamatkan.

Buat banner, berdemo, bakar bendera - buat je apa kau nak buat. Tapi ia tak jadi apa-apa kalau kau tak buat mereka jadi gerun - tubuh liga sendiri.

Macam AFC Liverpool ni - harga tiket mahal - buat kelab sendiri.
FCUM - tak puas hati dengan Glazer - buat kelab sendiri.

Kita patutnya - tak puas hati dengan FAM - buat je persatuan dan liga sendiri. Yang paling penting kita buat kerja kerana minat. Jadi website keputusan dan jadual perlawanan akan sentiasa terupdate dan tidak serabai. Barulah awesome.

9 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

nk buat boleh tp $$$$$$$$$

Yang best tentang Julai 2011

nerachacacamarba said...

FCUM?ironiknya mancs kutuk scouser dgn nama sc*m

Cob Nobbler said...

mancs ni memang maknusia ironik.

Juara paling banyak tapi penghutang terbesar.
beli player yang level2 divisyen tiga macam bebe harga juta-juta.
masuk stadium duduk diam-diam macam tengok theater.oh lupa theater of dreams - teater untuk bermimpi.no wonder senyap.
kutuk liverpool bandar penuh jenayah walhal manchester bandar kedua tertinggi jenayah belakang sheffield.kes curi tayar kereta kat manchester paling tinggi.

GGMU said...

karut.

Tengku Sidek said...

it's all about the money...

Nik Saiful Anuar said...

AFC Liverpool ftw

Cob Nobbler said...

GGMU:well ko tak pernah campur dengan gang2 FCUM mana kau tau mengarut?

try la join forum dorang.

kareem said...

try lu start amacam?

TOM KUCAR-KACIR said...

glory hunter..apa tau pasal apa yg diaorg buat..bukan anda di tempat mereka pasal anda hanya menonton di stadium astro..jiwa x sama mcm mereka yg di sana.