Wednesday, June 1, 2011

Melentur buluh biarlah dari rebungnya

Ini video pasal UEFA yg men-transferkan satu game U-14 di Denmark menjadi satu game ala "final Kejuaraan Eropah"; lengkap dengan penyokong, konfetti dan post-match interviews. Lebih kurang sbijik la macam final kat TV yg kita selalu tengok tu. Ini dilakukan bersempena dengan kejuaraan Euro U-21 yg bakal berlangsung di Denmark.


Dan ni satu lagi video. Macam mana ultras Lech Poznan menghidupkan atmosfera sebenar bolasepak eropah pada satu perlawanan bawah 12 tahun. Thanks @Hidup_sihat sebab kasitau pasal video ni.


Apa yg aku nak nyatakan disini, mungkin FAM, MSSM dan kita sendiri boleh cuba apply apa yg UEFA dan fan Lech Poznan buat ni untuk bagi pendedahan dekat budak-budak muda ni. Atmosfera bolasepak sebenar ni secara tak langsung menaikkan spirit bebudak ni. Mungkin dari situ tiba-tiba terkeluar skill power macam Messi. Mungkin juga bila flare dibakar, bebudak ni sepak kemain padu macam Safee Sali, mungkin. Mana tahu kan?

Aku ada dengar hari tu Ultras Kedah siap datang bagi sokongan kat team Kedah untuk Piala Kementerian Pelajaran. Ini sudah cukup bagus. Budak-budak muda ni mesti bertambah semangat lagi untuk main. Bukan nak cakap apa la, aku tengok benda-benda macam ni kat belah Utara memang havoc. Sokongan penduduk setempat memang memberangsangkan. Dekat area Lembah Klang pulak, aku rasa agak mengecewakan. Jadi sudah sampa masanya kita menyumbang sesuatu kepada pembangunan bolasepak negara, ini salah satu caranya. 

Lepas ni aku nak try cover pasal team- sekolah yg power kat KL. Victoria Instituiton? RMC? Setapak High-School? Cochrane? Raja Abdullah? Convent Bukit Nenas? Mana yg betul-betul power ni weh?


8 comments:

Redz da Tsar said...

Pehhhh

Tengku Sidek said...

Hard to get it done but not impossible..If politics got involved nothing can change..Bola sepak tu sendiri kena jadi satu budaya sebelum kita mengharapkan sesuatu yang luar biasa!..but bro..both video SUPERB and TERBAIK!

Cob Nobbler said...

Bukit Nanas kau nak buat apa..cari awek lettew..kahkahkah!

adre said...

tiket jgn mahal la..kalau org tua main pun org tak pergi sbb tiket mahal, inikan kanak2..

azfar hranica said...

support ssbj sudah bro! diorg jugak pelapis skuad bolasepak skrg ni. kalau nak harap sekolah lain mcm rmc tu diorg suke ragbi.

Berto said...

@Nami

CBN tu buat jadi pom-pom girl. kah kah. jd WAGS pon ok jugak

@adre

aku rasa free je nak tgk budak2 ni main. tak tahu la ada tempat yg kenakan tiket utk tgk budak2 ni main.

zu said...

lu nak harapkan FAM buat macam ni?
lu jangan macam-macam.
lu orang macam la tak tau perangai FAM tu macam mana kan..

kareem said...

mase zaman gua, sekolah bandar tun razak agak power mase tuh..xtaula sekarang..