Thursday, June 2, 2011

FIFAK.



Rata-rata semua dah tau siapa menang.
Sebelum pemilihan pun dah tau siapa menang.
Dah kalau satu je calon - mestilah menang.Tak payah mengundi pun takpe.

Aku pernah dengar dulu masa pilihanraya djaman Madey - kalau malam pilihanraya tu kau tido besok kau bangun bukak paper mesti BN menang.
Kebarangkalian BN menang tu 99%.Tu dululah.
Sekarang mungkin 95% gak.

Ni bukak blog politik,ni blog bolasepak.
Tapi kalau dah satu calon je yang bertanding - dah konfirm-konfirm la calon tu menang.
Sepp Blatter boleh duduk kat rumah makan keropok losong yang digoreng oleh isteri tersayang dengan secawan kopi pakai kain pelekat.
Tak payah nak pakai blazer suit semua bagai.Dah tentu menang.

So - what the hell?
Terus terang - aku lagi benci Hammam dari Blatter.
Dia lagi bangang lagi korup.
Jack Warner?Jack Sparrow gua kenal la.
Jack Wilshere pemain Arsenal tu gua kenal la.
Siapa dia ni?

FIFA kini adalah sebuah entiti yang tidak ubah seperti Republik Demokratik Rakyat Korea.
Demokratik - atas nama rakyat Korea.Tapi calon sorang je.

Bila semua rakan-rakan mengkritik FAM - rupa-rupanya ada entiti lagi besar yang maha hodoh lagi maha membodohkan.
FIFA ni lagi bebal.
So - what's our football future now?

FIFA hari ini sudah dibajak menjadi sebuah entiti korporat kapitalis yang menindas.
Tak caya cuba tengok apa sudah jadi kat World Cup 2010 Afrika Selatan.
Modal stadium Afrika Selatan pergi loan dengan Bank Dunia,IMF.
Belum cerita hutang macam-macam bank lagi.
World Cup 2010 berlangsung gilang gemilang.
Penuh orang pergi Afrika Selatan macam orang Afrika datang Cheras.
Mereka yang ke Afrika Selatan menonton bola,mabuk,yamseng,hotel,pergi cari pelacur - semua ada.
Dah habis World Cup,segala keuntungan tu pergi ke FIFA.
Afrika Selatan terkitai-kitai nak bayar hutang.

Aku pernah cakap dulu Brazil dalam keadaan bahaya.
Ini kerana IOC - badan Olimpik tu pun boleh tahan puaka.
Ini dapat dilihat selepas Winter Olympics Vancouver 2010.
Member gua yang duduk sana tau betapa banyak IOC swindle.
Kawasan pergunungan habitat orang Asli kena rembat atas nama Olimpik - pesta keamanan,kononnya.
Akhirnya kawasan dirembat jadi kawasan pergunungan ski - jadi orang Asli hidup bergelandangan.
Memang dapat kawasan baru tapi takkan sama dengan kawasan asal.

Brazil jadi tuan rumah World Cup 2014 dan Olimpik Rio 2016.
Selang dua tahun buat kejohanan besar - maka banyaklah kehancuran ekonomi bila dua entiti FIFA dan IOC datang.
Banyaklah pokok hutan Amazon ditebang.Manusia takde oksigen lagi nak bernafas.

Anyway,ada berbillion peminat bolasepak.
Semua nak succumb dengan FIFA.
Same goes with Malaysia - semua nak succumb dengan FAM.

For me it's simple - to save our game,we have to play the game.
To make sure them - are not playing this game anymore.
Sukan ini sukan proletariat.
Kalau macam ni kita hanya jadi tukang sorak.Kita mungkin jadi ultra,mungkin penyokong,mungkin bakar flare,mungkin beli jersi ratus-ratus di Adidas.
Kita jadi hamba sistem.

Reform FIFA dan FAM?
Kirim salamlah.
Billy Bragg penyanyi sosialis pernah bercakap,"change will not come from above".

So kalau kau rasa nak tengok bolasepak sebenar,
Petang-petang cuti,kalau senang,
pergi kat padang awam berhampiran(jika ada - sementara masih ada sebelum developer datang merembat tanah)
Pergi tengok kanak-kanak main bola.
Bermain lumpur,bermain bola,kaki ayam dan baju tak seragam.
Tidak ada gaji juta-juta ditawarkan.
Tidak ada penaja yang akan menaja mereka.
Bahkan ada yang pakai 'tiang' gol selipar je.

Tapi mereka bermain untuk minat mereka.
Demi sukan yang mereka cinta.
Demi kepuasan bila mereka menjaringkan gol kemenangan.
Demi tangisan bila mereka kalah.

Why not kita sokong pasukan taman perumahan kita dulu,
Kita sorakkan pasukan taman kita.

Kerana permainan kita sedang ditadbir oleh mereka yang tidak berminat main bola.
Tapi main wang,main politik,main wayang.

6 comments:

MOFASAD said...

belah meru ni kalau ada game dekat taman meru 4 petang2 hujung minggu mesti ramai orang tengok. perghhh...

Admin RHK said...

Nak follow bola budak2 remaja M'sia boleh surf http://www.jfl.my U12 dah habih sekarang U14 sedang berlansung ada sapa2 dari sokerleaks yg cover?

Blog aku cover utk team RHK shj, boleh layan kalau mau http://rhkfc.blogspot.com

Mofasad, apasal kau pakai bra kaler lain2 ?

wanbu said...

pas nie aq nak bako flare masa budak taman aq main bola la....

Cob Nobbler said...

Ce terai ultra-ultra negeri datang tengok liga kampung - bawak gendang,bawak konfetti,pastu bakar flare - macam yang kat Denmark Berto bagi link tu,amacam?

Baru ultra!

Tengku Sidek said...

Sukan bila dah campur politik dah tentu main wang!..buat duit beb..susah nak cakap bila kita bercakap pasal duit..bila kt bawah kita memang bercakap menggunakan akal sepenuhnya tapi bila di atas..politik dan wang boleh buat kita goyang..sedang kan orang yg jelas islam pada pandangan mata pon jelas2 tak tahan dengan godaan politik+ wang..inikan pulak kapiaq!

keli said...

Gua paling seram kalo jadi refree kat liga kampung ni..kakakaka.

Meru memang best tempat diorang. Penoh dengan pendekar2 Jawa. kakakaa...