Thursday, April 14, 2011

Jaga-jaga semua, jaga-jaga!


Impian pak arab tauke Man City untuk layak ke Champions League 2010/2011 ni berkecai hasil jaringan tunggal Peter Crouch. Gol ini juga mengesahkan Spurs menggantikan tempat Liverpool sebagai EPL top4.
_______________________________________________


Ketinggalan 0-3 dibelakang Young Boys (naib juara Liga Swiss), ketika itu penyokong MU,Chelsea dan Arsenal gelak berdekah-dekah terhadap penyokong Spurs. Penyokong Liverpool pula baik-baik saja, tak berani nak kutuk sebab tahu nanti akan dikutuk balik. Namun Spurs berjaya merapatkan jurang untuk tewas 3-2. Di White Hart Lane, hatrik Crouch dan sbijik dari Defoe membuktikan Spurs layak beraksi di persada tertinggi eropah.
_____________________________________________


Bertemu Inter di San Siro, Spurs terpaksa bermain 10 orang slepas Gomes dibuang padang. Habihnya 4-0 Spurs dibantai masa first half, namun kelibat Gareth Bale membuktikan Spurs tidak mudah menyerah kalah. Spurs tewas tipis 4-3 yg mana Gareth Bale menjaringkan ketiga-tiga gol tersebut. Ini adalah kekalahan termanis yg pernah dialami Spurs. Dengar kata semua player Inter berebut-rebut nak tukar jersi dengan Bale ni, ni cium bau peluh dia.

Di White Hart Lane, Spurs mudah mengatasi Inter 3-1. Juara bertahan la sangat. Keh keh.

_______________________________________________


Kekurangan ajar si Gattuso ni tak dapat membantu AC Milan menghalans kemaraan Spurs. Gol tunggal Crouch di San Siro menutup mulut pengkritik-prngkritik Spurs yg mengatakan;

"Kesian, baru layak second round dah nak kene jumpa AC Milan, kesian kesian".

Nah, hambik kau mulut-mulut pengkritik sekelian. Spurs berjaya mengetepikan Twente (juara Eredevise), Werder Bremen (jagoan Bundesliga) serta kedua-dua pasukan hebat dari Milan; Inter dan AC. Spurs memang power, no doubt.

___________________________________

Jadi gua rasa penyokong Spurs tak perlu sedih dan kecewa dengan kempen Spurs di UCL musim ni. Ya, spurs kalah di QF ditangan Real dengan satu agregate yang kurang disenangi. Tapi ingat, ni first appearance. Kalau kemunculan pertama pon dah sampai Quarter Final, gua syak musim depan kompem ke semi, ada rejeki ke final terus. Dan musim seterusnya, sah-sah jadi wakil eropah ke Piala Dunia Kelab. Jaga-jaga semua, jaga-jaga!

tunggu kehadiran trofi ini di White Hart Lane, tungggguuuuuuuuuu.

7 comments:

MOFASAD said...

sedapkan hati

Cob Nobbler said...

Cerita-cerita Berto ini seperti seorang loser berangan nak meminang Leah Dizon...kahkahkah!

Just in case,team London memang suwey di Champions League,kahkahkah!

Merseyside:5
Manchester:3
Nottingham:2
Birmingham:1

London - gah macam mana pun kotanya tetap takkan bawak pulang Champions League di bandar tu - kecuali final di Wembley..kahkahkah!

Berto said...

kurang ajar mereka berdua ni, keh keh

Admin RHK said...

Lebih baik Spurs dari bangau merah tu ...

aimannnnnnnn said...

spurs jadi contender pun okay. tak menang pun takpa keh keh

Hidup Sihat said...

yang penting bagi Spurs dapat tempat ke4 dulu season ni.

mirul said...

Spurs memang power..

Spurs memang power..

Spurs memang power..

Spurs kau selalu di hati..