Thursday, May 5, 2011

Kami Manchester United Yang Famous dan Hebat Ke Wembley

"Dengan Arsenal saja-saja kalah, tak boleh??"

Fikirkan main bertahan saja, rupanya sampai empat gol disumbatnya. Jenis tak beragak-agak budak-budak Manchester ni. Tak respek langsung kat Raul Gonzalez. Puiiiih....

Apa pun, Manchester United melangkah ke final Champions League pada 28 Mei ini di Wembley. Ya, Manchester United yang famous lagi hebat ke Wembley. Wembley ni dah boleh kata port wajib tiap-tiap tahun bagi M.U. Tak pergi untuk FA, pergi untuk Carling Cup. Bab piala tak usah nak tanya la, dah boleh pindah ke gudang dah kalau nak simpan piala. Bukan macam ada satu kelab tu, dah bermusim tak menang piala. Tak habis-habis dengan propaganda "this is our season". Puihhhh lagi.

M.U akan bertemu kelab dari Sepanyol, Barcelona yang pernah mengecewakan M.U di final Champions League 2008/2009. Barca memang susah, memang hebat, memang liat. Tapi, ini M.U, mana mungkin pisang berbuah dua kali kan?

Glory Glory!!!!!!

7 comments:

sephia said...

ini perkara biasa haha

Kelab Bolasepak RHK said...

Tenyeh Chelsea dulu weekend nih ...

Firdaus Alim said...

Same Jer..Possesion sah2 barca pegang..nanti kalau kalah akan kua alasan alaa at least lepas final.tim lain ade ke..phuii

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Tahukah anda, kita sudah tahu Juara Eropah?

Manchester United?

HAHAHAHAHA!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

I am a Barca fan. Barcelona mmg hebat..tapi selagi belum beraksi..kita tidak boleh merendahkan lawan.
Never underestimate ur opponent.

<----henchik ikang said...

haha..yg ats ne ckp die fan barca..logo profile pic spurs..booo..Lalang..

Nik Saiful Anuar said...

tp season ni firasat aku mengatakan man u bakal cupless, ntah la, firasat je kot