Thursday, May 12, 2011

InfoLeaks: Groundhopping

OK, kita redakan sejenak pasal FAM ni. Bukan apa, kompelin banyak-banyak pon, pimai pimai tangtu jugak FAM ni.

Sekarang kita cerita pasal EPL kejap, cerita pasal Man City.

Ok, sebagai mana yg telah diketahui, Man City berjaya menggondol tempat ke-4, bermakna mereka bakal bermain di Champions League, itu pon kalau lepas qualifying round lah. Makanya Spurs tak dapat mengulangi pencapaian bergaya musim lepas mereka. Alah, tak de hal lah tak dapat main UCL, Liverpool dengan Juventus pon bukan main UCL pon musim depan (ok, ni memang aku sedapkan hati je).

Ada siapa perasan tak fan City punya celebration kalau team diorang score? Mereka akan menghalakan badan ke arah bertentangan dengan padang. Kemudian secara rhtym, mereka akan berlompat-lompat?


Cara celebration ini dipanggil 'Groundhopping'. Fan City mula meraikan gol dengan cara sebegini ketika Man City bertemu dengan Lech Poznan dalam Europa League. Mereka menyaksikan betapa uniknya cara penyokong Lech Poznan ini memberi sokongan kepada pasukan mereka. Sebab itu lah 'groundhopping' turut dikenali sebagai Poznan Dance. Maka, sejak itu penyokong City menggunakan kaedah 'groundhopping' bila City menjaringkan gol, termasuklah ketika menewaskan ManUtd di semi FA Cup dan perlawanan menentang Spurs di Eastland.

Ada satu kisah menarik pasal fan Man City ni masa perlawanan bertemu Spurs. Seorang peminat City, telah diserang. Dan menariknya, beliau diserang oleh 2 orang penyokong City jugak. Dan yg lebih menarik, beliau diserang kerana tidak mempunyai accent Manchester. Keh keh. Aku tak tau pulak accent Manchester macam mana. Pasal apa dia tak tahu dialek Manchester ni, wallahualam.

Kat Malaysia benda ni payah nak terjadi. Ada ke orang Kedah tak gheti cakap utara? Ada ke oghe Kelate dok boleh kecek Kelate?

Dan 'groundhopping' juga merujuk kepada satu term dalam bolasepak iaitu menghadiri seberapa banyak stadium untuk menonton bolasepak. Jadi jika korang dah selalu pergi stadium, mungkin korang boleh teruskan ber'groundhopping' ni, tapi ingat basic rules dia; 'datang stadium dan makesure tengok bola'. So kalau korang pergi Old Trafford tapi just berkunjung sahaja dan tak tengok game secara live didepan mata, itu tak dikira 'groundhopping' okeyh.

Setakat ni aku dah ber'groundhopping' kat Stadium Bukit Jalil, Stadium Shah Alam, Stadium UiTM dan Stadium Kajang. Ok, Stadium Kajang tak boleh kira, sebab aku pergi bukan tengok bola, tapi tengok BigFoot lenyek kereta. Ala dulu-dulu kan ada pertunjukan trak BigFoot lenyek kereta. Yuols? Ada yg dah 'groundhopping' kat oversea?

Itu sahaja InfoLeaks buat masa ini. Saya sudahi entri ini dengan video 'Poznan Dance' dari fan Lech Poznan, pencipta 'groundhopping' dance. Hujung minggu ni boleh tengok live 'groundhopping' version Man City, itu pon kalau diorang skor lawan Stoke City kat Final FA Cup ni. Sekiyan.


10 comments:

MuzEe said...

macam xde kenengena je perkataan tu dengan cara cenggitu, baek letak back dance ke wave back ke..

Hidup Sihat said...

sebut pasal Lech Poznan.

tengok video ni. padu.

http://youtu.be/26Ju8-AzH6I

Nik Saiful Anuar said...

good info mate

Özgür Çek said...

wow pelik betui cara celebrate...

Sandokhan said...

celebration nie, kalo buat ramai-ramai..mmg lawa.

hiro said...

cc: peter croch.

mat said...

Back in Front..menandakan bahawa pasukan mereka kembali mendahului lawan..

Jimmy Pastore said...

ohh yeke patot la pun, nais entri weh. keep it up.

Yua said...

ek eleh berto.. nk sedapkan ati, taruk nma liverpool kat situ.. xpatot.. xpatot..

Cob Nobbler said...

Groundhopping kat Stadium Merdeka,Stadium Shah Alam,Stadium Kajang,Stadium Bukit Jalil,Stadium Kubu Melaka,Stadium Larkin Johor,Stadium Bandaraya Penang,Brisbane Road,Leyton London.

Melawat ziarah je di Emiriates,White Hart Lane dan stadium Julesotten Stadion Belgium.