Monday, May 16, 2011

From Anfield, to Amsterdam, to Glasgow and finally, San Siro.

Pedulikan pasal angka '19' ManUtd itu. Kenny Daglish ada misi penting untuk dilaksanakan iaitu membawa Liverpool ke persada eropah (Europa League) sekaligus mengesahkan status EPL Top-5. Menerima kunjungan Spurs, yg cuma menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir, ini diibaratkan bagai mengupas kacang tanah; terlalu mudah.

Tapi...


Sudah la kalah digelanggang sendiri, lepas tu tak main Eropah langsung, lepas tu tak jadi top-5, tapi yg paling haru, dirogolnya pulak si Lucas ni. Yang perogol ni pon satu, Lucas? Dah tak de mamat jambu lain? Carrol tu pon ganteng juga.

Ada hikmahnya juga Liverpool tak main Europa League. Boleh fokus kejuaraan EPL ye dak? 'Next Year is Our Year' ye dak? Kui kui kui.

Beralih ke Amsterdam Arena, kejuaraan Dutch Eredevise ditentukan pada perlawanan terakhir, dan kedua-dua pencabar bertemu antara satu sama lain. Twente FC, juara bertahan, masih segar dengan kejayaan mereka mengalahkan Ajax minggu lepas dalam Dutch Cup, nekad untuk mengekalkan kejuaraan mereka.

Tapi...

Ajax terlampau kuat untuk mereka.  3-1 dikokaknya Twente. 7 tahun gergasi Belanda ini kepingin kejuaraan liga, akhirnya musim 2010/11 ini menjadi milik mereka. Ajax kembali ke Champions League musim depan.

Ke liga Scotland, Celtic bersaing hebat dengan Rangers. Rangers sudahpon memenangi satu piala, CIS Cup, menewaskan Celtic 2-1 di perlawanan akhir, makanya memang Celtic perlu menang kejuaraan liga ini. Dan pada perlawanan liga terakhir mereka, Celtic menang besar, menewaskan Motherwel 4-0.

Tapi...

Kemenangan besar Celtic itu tidak dapat menghalang seteru 'Old Firm' mereka dari menjulang takhta liga. Rangers menang liga 'in-style' orang kata, bukannya seri 1-1 hasil bantuan penalti referee, ini mereka menang besar. Rangers tewaskan Kilmarnok 5-1.

Akhir sekali, seperti yang telah diketahui, gelaran Scudetto telahpon disahkan milik AC Milan minggu lepas selepas seri tanpa jaringan dengan AS Roma.

Tapi...

Bebudak Milan ni tak puas-puas lagi celebrate. Si Kevin-Prince Boateng ni, dia nazar nak buat moonwalk dance ala-ala Micheal Jackson kalau Milan menang Seria A. Dah kalau bernazar tu, mesti la kene tunaikan ye dak.


Boleh tahan jugak la si Kevin ni buat, tapi masih tak boleh lawan ke-awesome-man tarian robot Peter Crouch. Ok, itu sahaja laporan saya buat masa ini. Sekiyan.

P/S: pasal Arsenal kalah dgn Chelsea seri tu, gua malas komen. Kesian kat depa woi. Tak kesian ke? Lagi-lagi Arsenal. Keh keh keh. 'In Arsene We Frust' bak kata Nami.

4 comments:

mirul said...

takde komen sangat gua nak letak pasal liverpool lwn spurs tu..

gua dah agak dah memang SPURS menang punye.

Thanks Howard Webb.

COYS!!!

Faiz said...

yang howard dok anti sgt kat liverpool pasai apa?!

geram ngat aih!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hahaha in arsene we frust :P

RABUN said...

mamat bogel tu aku kompius skit, sama ada penyokong spurs yang berbanga tayang ayamnya...atau penyokong setan merah yang perangai memang macam setan hahaha