Wednesday, May 25, 2011

Bend It Like Beckham


Dia tak power menggentel bola (walaupun dia power menggentel benda lain), dia tak power lari pecut deras-deras, tapi dia power sepak lengkung. Siapa lagi jaguh sepak bola melengkung kalau bukan Beckham? Dulu diorang kabor 'bend it like Beckham', ini hari ayat itu masih boleh digunapakai. Belum sampai tarikh luput. Baru semalam dia buat lagi..dia buat lagi..ya dia buat lagi. Berpuluh-puluh crossing cantik, long ball tepat dan sepakan percuma maut didemonstarsikan dengan cukup handal walaupun sudah makin digentel usia dalam testimonial match untuk persaraan Gary Neville. Budak-budak Kelas 1992 yang dilahirkan kelab Mengyu tampil bermain sebagai penghormatan kepada abam Neville. Antaranya adalah adik si Gary, Phil Neville, Giggs (juga si penggentel power di dalam dan luar padang), Nicky si bontot dan Scholes.


Apapun, Beckham punya lambungan bola yang menambahsedapkan game tersebut.

Selepas perlawanan Neville memberikan kata-kata akhir buat peminat-peminatnya, "sekali menggentel selamanya kita menggentel. Hidup kaki gentel!"

Ryan Giggs kerling tak puas hati. Terasa gamaknya.

7 comments:

MuzEe said...

gentel sampai stim

Nik Saiful Anuar said...

so, result ape mcm?? gua x up to date la lately nih, busy kononnye

WaiRai- said...

kepala Bebe mmg takde alignment gua tgk dari video tuh...

Linglung said...

Mengyu 2-1 Juventus

old_trafford said...

sebenarnya man united 1-2 Jeventus..

Cob Nobbler said...

beckham legend real madrid gak linglung..hahaha!

azfar hranica said...

dah lama x nampak phil pakai jersi man utd.agaknya kalau si phil bersara nanti nak ke everton buat match mcm ni utk dia??