Monday, May 2, 2011

Glückwunsch Dortmund!

Headlines akhbar Bild; "Viel schöner als Kate" (lebih manis dari Kate - ala bini si Prince William tu la).

Dekat Kicker pula menyebut lebih kurang 100,000 manusia dari seluruh pelosok Ruhr berpesta meraikan kejayaan Die Schwarzgelben (The Black Yellows). Tiada kekacauan berlaku, cuma ada beberapa kes pergaduhan antara penyokong yang mabuk sesama sendiri, biasa la, Jerman dengan beer, mana boleh berpisah ibarat ManUtd dengan Howard Webb.

Dortmund mengesahkan kejuaraan Bundesliga mereka setelah menumpaskan Nurnberg 2-0 didepan penyokong sendiri di Signal-Iduna Park (dahulunya dikenali sebagai Westfalenstadion) , ditambah pula pencabar terdekat Bayer Leverkusen tewas FC Koln 0-2. Ini adalah kejuaraan ke-7 untuk Dortmund, namun mereka memerlukan satu lagi kejuaraan Bundesliga untuk menambah 1 lagi bintang ("Verdiente Mesitervereine") diatas lambang mereka. Sebagai perbandingan, Bayern ada 4 bintang, so tarak hal lah! Untuk info lebih lanjut pasal bintang ni, sila baca entri ini.

Akhirnya, bini Jurgen Klopp ni dapat merasai kembali nikmat berkasih sayang setelah satu musim laki dia busy manage team dia ni.


Kevin Großkreutz menunaikan nazarnya untuk membotakkan kepala setelah memenangi kejuaraan.


Begitu juga dengan Mutt Hummels. Bukan rezeki untuk Ayu Raudah dengan Zaquan Adha nak buat macam ni nanti sebab Jang dah jauh ketinggalan dalam Liga Super.


Sesi melempar tuak


The Unity - Dortmund Ultras. Dekat Germany ada free standing area. Dan Signal-Iduna Park ni adalah stadium terbesar sekali di Jerman, almost sold-out every game. Di Malaysia, Stadium Shah Alam antara stadium yg terbesar digunakan dalam MSL, tapi yg datang? Lu tanya la mopasad sendiri.


Juara bertahan, Bayern Munich pula ketika ini semakin steady dalam pemburuan tempat ke-3 yg menjamin slot ke qualification Champions League setelah kembalinya Robben dari penggantungan. Bayern mengamok di Allianz Arena, 4-1 membantainya semi-finalis Champions League; Schalke.

Jadi sebagai penyokong Bayern, saya mengucapkan tahniah kepada Borussia Dortmund. Hampa memang layak menang, konsisten dari awal sampai habis musim, tapi musim depan tak dapat la der, Bayern ambik balik title tu.

__________________________________________

Sementara itu di Barat Daya Jerman, iaitu negara yang bersempadan dengannya; Belanda, kejuaraan liga Eredevise bakal ditentukan di perlawanan terakhir musim ini. Dan lebih manis, kedua-dua pencabar kejuaraan akan berentap sesama sendiri! The perfect way to decide a title race! FC Twente (71 mata) pendahulu liga akan menentang Ajax (70 mata) di Amsterdan Arena. Aku harap Astro akan tayang, plis Ananda Krishnan, pelissss!

Dan sebagai pengulas kem Spurs, aku tak nak cerita banyak pasal kekalahan tempoh hari, yg aku dengor, Manuel Neuer nak main kat Spurs kalau tak jadi ke Bayern, ganti si Gomes telur tu. Gomes dengar kabor dah jadi duta kain pelikat cap gajah terbang. 

Sekiyan.

9 comments:

Özgür Çek said...

1st..

mirul said...

tahik gomes nih..macam maca boleh slip pulak bola tu..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhh..

tahik tahik!!!

MOFASAD said...

wahahaha

link "ni" tu takde papepon

Özgür Çek said...

link tah pape

Tengku Sidek said...

Man u dengan Howard Webb..yes i like..kalau Shinji Kagawa tak injured masa Piala Asia lepas..mesti dia antara pemain yg akan memburu kasut emas ataupun antara pemain terbaik Liga Jerman..YNWA

Berto said...

cilakak punya link, merapu-rapu betul!

OK, dah betulkan dah, sori semua. Sila baca bahagaian komen link tersebut. Sekiyan

FARHANArazaki said...

bahaha.link tak tahannnn

rashideeshukri said...

Bayern last-last minit baru nak perform. aku ingat diorang mogok sama itu Van Gaal la, macam Kopites mogok sama itu Hodgson jugak la.

semua kelab besar ada problem camtu ke? mana yang tak orgy dengan diorang boleh pakat-pakat tendang camtu je.

Berto said...

@rashidee

mungkin la, ramai player Bayern berbulu dgn Van Gaal ni. Van Gaal kena blaja dgn SAF lagi utk mengsteadikan diri