Sunday, July 31, 2011

Malaysia vs Singapore- Ulasan Yang Penuh Kejujuran

Ok, seperti mana kita tahu dan tonton sendiri, Malaysia tumpas pada Singapura. Pasukan dari negara kerdil ini mampu sekali lagi menidakkan kemaraan kita. Kecewa bukan main. Itu saja gua boleh kabor. Gua menonton kedua dua game iaitu di Jalan Besar, Singapura dan Bukit Jalil. Game pertama gua menonton di kaca tv. Game kedua gua pergi Bukit Jalil dengan harapan Malaysia menang. Tanpa sangsi. Pada mulanya.

Malaysia bermula gopoh, bersemangat dan terkinja kinja. Ada time laju bukan main sampai tertinggal tingal bola kat belakang. Ada time laju sangat sampai terpassing pada pihak lawan. Lepas tu kejar serupa orang gila. Gua tengok pun penat. Dah dapat bola kemudian passing semula pada pihak lawan. Bagus. Aksi lipat pula memang cantik, tapi sayang bola jauh langsung dari kaki. Gua menjerit sampai kering kering tekak. Air pulak orang ramai pergi lempar ke padang. Patutnya lempar pada orang memerlukan serupa gua ni.

Gua tak tahu nak ulas apa sangat, apatah lagi Malaysia memang main tak bagus malam tu. Terlalu mengharap Safee Sali, Amirul Hadi yang entah hapa nak dibuat, mid field yang passing bersepah, passing kepada player yang dikawal sedangkan diri sendiri takda pressure adalah merupakan punca kepada main macam setan Malaysia. Berebut bola tinggi sampai ke sudah tak dapat. Kalau dapat pun, jenis tanduk kena sipi, tanduk meraban dan juga tanduk pejam mata. Habis cemana nak gol? Apa yang gua perhati, Malaysia sekadar berlegar legar dalam kawasan lawan kemudian bola entah ke mana. Lepas tu kejar ramai ramai macam kejar babi. Apa yang jelas, Malaysia bermain dalam tekanan. Ye laa, kalau gua pun tekanan. Tapi bagi gua, level level diorang patut dah boleh handle tekanan apa semua ni.

Kita tolak tepi hal lakonan Singapura, hal import apa semua. Hal itu terlalu babi untuk diceritakan. Sekarang kita cerita pasal kita, kenapa kita main tak bagus? Kenapa tak cari ruang sendiri kalau dah tahu kawan kita dikawal ketat? Ko rembat tak kuat ke apa? Gua tengok speed player memang mencanak canak perginya. Tapi sayang tak dapat dimanfaatkan. Defense pula masih lemah sehingga Apek terpaksa berkerja keras dan akhirnya lunyai. Kalau Apek tak bagus malam tu memang malu kita kena ratah.

Tapi dalam pada kekalahan tu gua dapat lihat satu perkara positif. Perkara yang penting bagi menaikkan bola sepak kita iaitu sokongan. Tapi tu la, menyokong padu macam mana pun, kalau main macam setan tetap macam setan juga kesudahannya. Namun, bagi gua adalah sesuatu yang manis bila stadium Bukit Jalil tu penuh dengan puluhan ribu rakyat Malaysia yang terjerit jerit menyokong. Mana dengan benderanya, mafla lagi, banner lagi, memang padu. Paling gua puji adalah bila mana Malaysia sudah di ambang kecundangan, penyokong masih bersorak walau masing masing mata dah berkilat. Gua harap lepas ni stadium Bukit Jalil penuh dan bergegar lagi. Tapi kalau boleh nak menang la ye dak? Kalau tidak sia sia saja gua panjat pagar masa nak keluar. Kalau tersangkut kaki seluar pada pagar tu tak ke bersidai gua tepi pagar?

***

Gua kesian betul tengok brader ni. Sebelum game hampa pasal tiket bini dia takda. Lepas game hampa lain pulak. Jadi kepada K Rajagopal and his boys, dont break this brader's heart anymore..


13 comments:

http://aniesandyou.blogspot.com said...

kami berkobar2 nk sokong HM.6.01pm kami da punch kad trus ke SNBJ.sempat conteng kt wall "pegi dgn harapan, pulang dgn kejayaan". tp end of the game... nk gak nanges tp pe nk buat.ckp lbh2 pon benda da terjd. hrp2 skuad olimpik bleh menutup 'lara' ni..

selamat berpuasa semua!

rashideeshukri said...

bila Jiayi lahanat tu skor, mata gua dah berair jugak. tapi gua tengok semua orang kasi semangat lagi. bila game habis semua berdiri kasi standing ovation tanda hormat, kasih dan sayang pada diorang.

bagi gua, gua melihat kekalahan ni dalam sudut yang lebih jauh. kita tak pernah tengok player Malaysia mata merah lepas game sebelum ni. kuasa penyokong dah kembali. tak mustahil kita jadi kuasa Asia balik lepas ni.

buat Singapura, tahniah. buat Malaysia, kita kena letak harapan. jangan jadi macam Singapore, boleh progress tapi takde support dari fans. mana pergi fenomena "Kallang Roar" time mak gua dulu?

Syafiq Joe said...

aaaaahhh tahi la.. sebab bola sepak malaysia, menitik air mate jantan aku.. dem la.. malu woo awek2 tgk..

tp paper pon, aku still bangge dgn #harimaumalaya.. lg bangge bile #khairulfahmi is the best goalkeeper in the region - espn star...

bole2 la kite tgk kehadapan pulak ye. base da ade, kene improve berterusan.

jgn di buai kejayaan lampau. pertahan sea games medal, aff cup.

Harimau Muda tgh mengaum d slovakia.. harap2 makin hebat la harimau malaya ye...

Ibnu isa said...

ermm rilex2.. tenang2... olimpik dulu.. xkn nk langkah world cup terus kn.. asia cup 2015 dult.. hee

cik 18 said...

betul2..bola passing kat safee sali yg asyik dok kene kawal..pass la kat org yg xkene kawal..lepas singapore gol je, xde hati nak tengok..hurm..xpelah, lesson utk malaysia..semoga terus suksess

haadziq said...

harap2 aku tak kena batalkan tiket ke london slps aku terpaksa membatalkan tiket ke brazil..

nu_Ox3r said...

ada bro sorg ni tny kat aku ad tiket lebih x masa ak tgh lepak2 bawah pokok sebelum masuk stad.salute!!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

a total disappointment. tapi sokongan tetap pada malaysia.

ijan de bunks said...

great atmosphere at SNBJ that night. bile lagi nak rase macam tu :(

Stammofa said...

knape Rajagopal sayang sangat kat player no 13 tu? Skor pon idak, maen tak le bagus mane.. kad merah je yg die skor...

kepada rajagopal, takyah la pakai no 13 tu lagi. bukannye best pon. Ashaari samsudin ade, tapi tanak pakai...ape da.. wat rugi je

poyotito's said...

itu gua sokong sangat. Ashaari jauh lebih bagus gua rasa. apa apa pun, gua puas hati dengan penyokong. teruskan menyokong bolasepak Malaysia, bolasepak kita!

Özgür Çek said...

yg pernah pakai no.8 dan no.9 tu lg aku xpuas ati...baru dpt wakil msia dh msk first E,kalau main mcm no8 @ 9 xpe la...ni main mcm yg pakai no.12 tu tah kemana

Ariffin Janal said...

gua mintak tisu kat mamak malam tu, bukan utk lap mulut, lap air mata. perghhh sayu derr