Monday, October 3, 2011

Aku seorang Adebayor

Namaku Emmanuel Adebayor. Panggil aku Adi. Nak panggil Bayor pon boleh. Panggil lah apa saja, asal jangan panggil aku Frimpong; itu nama yg memalukan. Aku mula berkecimpung dalam bolasepak Inggeris pada tahun 2006, dimana aku berhijrah dari Monaco ke Arsenal, sebuah pasukan paling lemah di EPL. Aku tidak kesah bermain dipasukan yg sayur seperti senel, bagiku pengalaman yg penting buat masa itu. Kejuaraan kita kejar lepas aku dah established di EPL ni.


Apa cirit aku main dengan senel ni? Ahhh, menyesal aku.

Beberapa musim selepas itu (lepas namaku dah established), aku mula bosan berada di pasukan sayur ini. Aku merasakan aku tersilap langkah menyertai Arsenal. Usahkan menang piala, prestasi aku juga semakin menurun. Cilaka punya Wenger, ko buat aku macam K.Devan buat dekat player Selangor. Aku kecewa, aku angkat kaki menuju Manchester City. Dengar kabor gaji mahal kat sana.

Main la aku kat Man City. Kat sini musim pertama je yg aku seronok, lagi-lagi dapat menganjing fan senel. Hik hik. Orang ada tanya tak penat ke berlari punya jauh semata-mata nak panaskan bontot fan senel ni? Aku jawab penat la jugak, tapi berbaloi tengok budak-budak Arsenal ni berasap bontot. Macam mana muka berasap bontot? Ermmm macam mana yer? Haa, lu orang ada pergi tengok kat maple tak masa Asenel dilaukkan 8-2 dengan team seri dengan Stoke tu? Kalo ada, lu orang tengok mamat-mamat yg pakai jersi senel masa tu. Haa, tu muka bontot berasap la tu.

Hye Gooners?? Masih ingatkah saya?

Gua bosan duduk Mancester ni, tu sebab gua merantau kejap dekat Spain. Main dengan Real Madrid. Sedap jugak main sini, siap menang Copa Del Rey lagi. Tapi aku rindu la nak menganjing budak-budak Asenel, jadi aku pon balik la ke England. Lagi satu aku rindu suasana duduk London Utara. Aku pon cari la kelab-kelab yg ada kat North London ni. Ada dua, satu bekas pasukan aku yg lemah dan sayur iaitu senel. Gila apa aku nak balik main kat situ, dah la dengar kabor nak relegated. Puii. Aku pergi kelab yg digelar "King Of North London" pula, yg asenel tu "Rubbish Of North London".


Mulanya jersi Real ni gua nak letak nombor 82 (8-2). Tapi pikir-pikir balik, malas la. Kang tak pasal-pasal berperang pulak Britain dengan Sepanyol ni.

Kini, aku bahagia bersama Tottenham; sebuah pasukan yg hebat dengan mengalahkan Liverpool sebanyak 4 bijik. Ahh Liverpool pon tak hebat, tak ada guna aku menganjing team belasahan ye dak? Dan semalam, Spurs lawan Senel. Perlawanan yg menarik. Anak ikan Wenger ni ada tunjuk improvement la jugak, tapi sayur tu masih ada. Aku malas nak berlari jauh-jauh, tu sebab aku tak skor. Assist jadi la ye dak?

Aku harap aku akan terus bahagia di White Hart Lane. Cuma bila selalu shopping kat Mydin, aku selalu diserang puak-puak senel. Jenis berdendam rupanya diorang ni. Tapi lately ni dah kurang yg serang aku, sebabnya aku dengar ramai yang dah lari sokong Barca dengan ManCity. Baguslah, biar la mereka dianggap lalang, asalkan mereka tak terseksa sokong pasukan yg main Coca-Cola League musim depan.


 Ai bahagia disini. Begitu juga Gallas.

Sebelum mengakhiri tulisan, aku ingin berpesan kepada Safee Sali. Kalo Cardiff offer contract main dgn depa, hold dulu. Untung-untung Arsenal offer lu main untuk mencabar kejuaran Coca-Cola League tu. Tapi aku tahu, mana ada player nak main dengan team sampah ye dak?

Sekian, In Arsene We Trust!

10 comments:

Aixat said...

Nice..

Cob Nobbler said...

Ada empat - Barnet dan Leyton Orient.
Kalau kau mention "Kelab EPL di North London" bolehlah.
Tapi kalau kelab bola England ada empat.

Berto said...

ambik yg femes cukup la Nami. tp mmg Arsenel tergolong dlm Barnet dgn Leyton Orient tu

KhaiRin said...

hahahahahahha..kelab sayur..hahahaha sayur apa? hahahahah

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

hehhehehe ouch....
well i am spurs fan but..penat gak la nak mengejar mata yg last tu..walau dgn team sayur. but congrats to spurs team.

al-jambz said...

berdebar-debar jugak aku nak habiskan entri ni.

nasib baik Barca antara kelab pilihan para penyokong senel yang beralih angin.

mirul said...

Kelab London utara paling power ade 1 je.

Tottenham Hotspur.

yang lain lain boleh balik main liga kampung sendiri.

COYS!

ekabukanmakcikkau. said...

takpe takpe.

Ariffin Janal said...

Arsenal, Barnet dan Leyton Orient. takde beza, sama je.

r0ck1ngcrew pr0duct1ons said...

knapa tk letak 61 (6-1)