Monday, October 3, 2011

Liga Engleng Minggu Ini.......



Minggu ini menyaksikan derby yang sangat epik - Merseyside Derby - dan derby yang tak berapa nak epik sangat - North London Derby. Mari kita mulakan dengan derby epik iaitu Merseyside Derby.

Apabila ramai yang berkata Everton bakal memberi kejutan ke atas Liverpool di Goodison Park, itu adalah drama swasta pihak-pihak tertentu untuk menakut-nakutkan pendukung King Kenny. Tetapi itu semua hanya dongengan semata - Everton tidak mungkin dapat menumpaskan pasukan dari yang seberang dari Stanley Park ini. Ya, ada ramai fan Everton yang bitter dengan Liverpool sebab kegedebean pasukan merah ini telah menyebabkan seluruh England kena ban dari liga Eropah - termasuk juara liga 1985 Everton sebab Heysel disaster. Kami memang gedebe samseng hooligan - nak buat macam mana.

Walaupun Dirk Kuyt miss penalti - dan aku perlu bagi video belajar penalti macam Fernando Torres minggu lepas, tapi Andy Carroll dan Luis Suarez membuktikan Liverpool tidak lagi memerlukan Fernando Torres.

Sementara itu, kita cerita pula derby yang tak berapa epik iaitu North London derby. Sebenarnya Woolwich Arsenal ni bukan berada di utara London seperti yang ramai yang tahu - sebenarnya Arsenal ini adalah kelab di selatan London yang kemudiannya berpindah ke Islington. Tottenham Hotspurs yang dahulunya mahu berpindah ke Stadium Olimpik 2012 - hanya digagalkan oleh West Ham United dalam pembidaan stadium tersebut, kalau berpindah tak mungkin jadi Tottenham Hotspurs. Mesti jadi Stretford Hotspurs atau East End Hotspurs. Kemenangan Tottenham memang dijangka - kerana janji-janji Arsene Wenger untuk mempowerkan team dengan membeli Arteta dan Mertesacker memang janji-janji kosong seperti janji-janji Pakatan Rakyat terhadap rakyat Selangor.

Sementara itu...........



Berapa banyak ajen Mencester United nak dipasang dalam liga EPL ni brader? Tottenham soheh-soheh feeder Mencester United - asal lawan musuh Mencester United je power kemain - lawan Mencester United terus lembik. Ni Tony Fernandes ni beli QPR nak menambahkan pasukan ajen Mencester United jugak ke?

Agak-agak lah 6-0 kena kitai dengan Fulham. Berapa banyak duit MAS dengan Air Asia nak bayar gaji ni weh?

1 comment:

Lion-O (Thundercats) said...

for liverfool fans, this is how epl cup looks like:
http://t3.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcTeAoxYYcCqXyABakhnu3qUj_jIavK7kn-AGLoVp4SAmCyY1QKYmQ