Sunday, October 23, 2011

Sonny Wool vs Paul The Octopus

Hai. Saya datang lagi. Asyik-asyik saya je kan up entri, mesti boring. Hihihik. Peduli apa saya, tenet tengah laju, baik saya up entri dari tengok porn ye dak? Baiklah kali ni saya takde la nak cerita pasal bola sangat. Hal ehwal Piala Malaysia saya serahkan kepada penulis-penulis lain yg masih mempunyai wakil dalam kejohanan tersebut. Penulis kem Selangor tak payah la tulis, sayur betul lawan Terengganu. Memalukan Lembah Klang je.

Cakk!! Name titew Coni.

Sempena final Piala Dunia Rugby, saya perkenalkan Sonny Wool si biri-biri ajaib. Siapa Sonny Wool ni? Sonny ni seekor bebiri chumel yg ditugaskan untuk meramal keputusan perlawanan rugby ni terutamanya yg melibatkan pasukan AllBlacks. Bebiri chumel berusia 3 tahun ni dinamakan Sonny sempena dengan nama pemain sasa New Zealand; Sonny Bill Williams. Sonny ni dah convert jadi Muslim tahun 2008 dan merupakan Muslim pertama mewakili AllBlacks. Takbir, Allahuakbar!! Bagaimanapon Sonny masih menyimpan tatunya dan mengekalkan nama Sonny beliau. Ye la takkan nak tukar nama jadi Sani kot, marah la owner Sani Express. Hikhik. Ok, #lawakhambar.

 Ni siapa pandai-pandai lukis janggut kat Sani ni? Marah Ultras AllBlacks kalo depa tahu!

Ni apahal saya cerita pasal manusia ni. Kembali kepada topik asalan iaitu bebiri Sonny ni, beliau telah berjaya meneka keputusan dengan tepat untuk semua perlawanan AllBlacks. Walaubagaimanapon, rekod Sonny sedikit tercalar di peringkat suku akhir apabila Sonny dengan jayanya gagal dalam ramalan suku akhir antara Wales-Ireland, France-England dan SA-Australia. Gagal!

 Salah satu ramalan Sonny yg gagal.



Senang kata Sonny ni macam Paul The Octopus, cuma rekod Paul lebih cantik berbanding Sonny (Paul betul 100% dalam semua tekaannya di Piala Dunia 2010).  Macam Paul jugak, Sonny tidak terlepas dari ancaman bunuh. Justeru itu Sonny dijaga dan diawasi dengan rapinya bagi mengelakkan beliau dikorbankan lebih-lebih lagi raya haji dah nak dekat ni.  Cara Sonny meneka sama sahaja macam Paul, beliau akan makan makanan yg terletak pada bekas yg dipilihnya. Dekat bekas tu ada bendera pasukan. Untuk final kali ini, Sonny telah memilih AllBlacks sebagai juara. Menurut sumber kami lagi, Sonny juga turut memilih Pahang sebagai juara Liga Premier musim depan.  

RIP Paul The Octopus (26102010)

Sedikit info mengenai mendiang Paul The Octopus, 26 Oktober ini genaplah setahun pemergian beliau. Patutnya saya up entri ni hari Rabu, tapi pasal taknak berebut dengan Wordless Wednesday blog lain, saya up hari ni la. Dan untuk Euro 2012 ni, akan ada pengganti kepada Paul iaitu Paul II. Sama ada Paul II berjaya meneka dengan hebat sama seperti Paul yg sebelum ini, itu kena tunggu 2012 nanti. Tapi dijangkakan Paul akan memilih Belanda sebagai pasukan pilihan. Apa? Spain, England? Italy? France? Puii, tu semua sayur. Jerman je la tak berapa nak sayur sangat. Ah, perasan lahir kat Europe pulak saya ni. Tapi nak buat macam mana, negara saya balik-balik Sukan SEA dengan AFF Cup. Untungla kalo dapat merasa Piala Asia.

No comments: