Friday, December 14, 2012

Entri Rabak Thailand vs Malaysia.


Kita gagal ke final. Kita gagal pertahankan mahkota kita. Kita gagal membalas dendam kepada Singapura. Aku rabak. Ye, aku rabak. Aku sedih. Aku kecewa. Aku marah. Dari saat ref melayangkan kad kuning kepada Fadhli Shas, aku dah mula maki ref. Kesalahan pertama pada minit ke-8. Terlalu awal untuk melayangkan kad kuning. Kesalahan tu sebenarnya cukup sekadar sepakan percuma dan amaran. Tapi pengadil nampak terlampau gembira untuk melayangkan kad. Tak lama selepas itu Mahali pulak dapat. Sama jugak, kesalahan pertama. Aku dah mula mencarut. Celaka betul ref ni. Dekat nak habis first half, bala menimpa. Fadhli Shas dilayangkan kad merah. Dari segi hukum, ya dia boleh dilayangkan kad kuning sebab cuba menanduk pemain lawan. Ya, bola sepak semakin pondan. Kesalahan bodoh sebegitu memang boleh dilayangkan kad. Itu satu hakikat yang perlu kita terima. Tapi jika ref bijak, dia tidak perlu layangkan kad, cukup sekadar amaran. Tapi mungkin ref ni gembira dapat kad baru, so dia pun layangkan kad kepada Fadhli Shas.

Bila mula saat ni, RG telah melakukan satu kesalahan. Satu benda yang RG ni aku nampak, adalah dia kadang kala terlampau yakin dengan pemain dan taktikal. Aku pergi friendly lawan PDRM. Dalam game tu, Raja cuba bermain dengan 10 orang. Apa yang menariknya, dia keluarkan Fadhli Shas, sama seperti apa yang terjadi dalam game tadi. Dia letakkan Amar di posisi CB. Sama macam tadi bukan? Adakah RG cuba copy apa yang dilakukan oleh Italy ketika berhadapan dengan Sepanyol di Euro 2012? Ada beza lawan friendly dengan PDRM dan perlawanan Semi Final menentang Thailand. Kekuatan pasukan dan tekanannya berbeza. Sepatutnya RG masukkan Faizal atau Zubir dan alihkan Bun ke tengah. Dalam perlawanan seperti ini, kesilapan taktikal membawa padah. Sama seperti ketika di SNBJ apabila RG cuba mencari gol kedua dan mengubah formasi ke 4-4-2 sedangkan 4-5-1 sudah cantik ketika itu.

Biarpun kita marah dengan ref, kita perlu salute Thailand. Mereka memang layak ke Final. Mereka bermain dengan hebat. Mereka menjaringkan gol dalam setiap game atau orang putih kata 'Scoring for fun'. Ya, mereka melayan kita dengan buruk dan juga mungkin kad merah Fadhli Shas memudahkan lagi kerja mereka, tapi mereka sememangnya kuat. Datsakorn mengawal permainan dengan baik dan Teerasil tenang di depan pintu gol. Thailand mempunyai keyakinan untuk menang. Mereka tahu mereka ada keupayaan untuk menang. Lihat hantaran mereka. Lihat cara mereka mengawal bola. Lihat first touch mereka. Lihat cara mereka membuka permainan, menukar dari satu side ke side yang lain. Mereka bermain dengan penuh disiplin dan keazaman. Tahniah kepada Thailand.

Kepada Rajagobal, sudah sampai masa pasukan dibina bukan lagi di sekitar Safiq Rahim. Dari perlawanan pertama, aku tidak melihat Safiq mampu memikul jawatan kapten lagi. Tiada kata motivasi, tiada inspirasi yang diberikan kepada rakan sepasukan. Bagi aku, sudah sampai masa posisi Safiq digantikan dengan Baddrul Bakhtiar. Baddrul rajin,kreatif dan pandai control tempo. Lihat saja Sukan SEA 2011. Bahkan, penyokong Indonesia sendiri mengatakan bahawa Indonesia perlukan pemain bijak seperti Baddrul. Sudah-sudahlah pilih anak emas tu. Kalau berani drop Safee, beranikan juga drop Safiq. Juga, hantarlah scout atau turun sendiri ke stadium melihat perlawanan liga. Baru tau siapa perform dan tidak perform. Turun juga ke match pihak lawan untuk melihat kelemahan dan kekuatan mereka. Ada masanya kita boleh yakin dengan pasukan sendiri, tapi bukankah lebih baik jika dikaji juga corak permainan pihak lawan? Pengurus ternama seperti Alex Ferguson juga turun untuk scout pemain dan juga pihak lawan, jadi kenapa RG tak nak buat?

Aku juga tau akan mula suara suara yang suruh RG panggil Nazmi Faiz untuk main. Tidak. Jangan panggil dia lagi. Dia masih dalam proses belajar di Portugal. Dia belum naik ke 1st team Beira Mar lagi. Biarkan dia di sana. Kalau nak panggil, panggil Irfan Fazail. Letakkan Irfan,Badd dan Gary dalam satu team. Sukan SEA 2011 dah nampak betapa hebat kombinasi 3 pemain ni.

Ya, aku boleh tulis panjang lagi. Aku boleh membenci. Aku boleh mengeji. Tapi cukuplah. Aku tau, marah macam mana pun, Harimau Malaya tetap team aku. Aku tetap akan turun ke stadium. Aku tetap akan sokong. Kepada RG, repairlah team ni sebelum kelayakan Piala Asia 2015. Banyak benda nak kena repair ni. Kalau kau nak orang sokong Malaysia dan percayakan kau, droplah anak emas tu.


10 comments:

korie hensem said...

seriusly , i like ur review,

matang!

Kidxx obito said...

agree

Kidxx obito said...

shafiq tu mcm ade masalah peribadi dilua padang la aku tgk.tgk mimik muka pun dah tau kurang keyakinan diri and mcm ade masalah.yes memang patut tuka selagi die tak tingkatkan mutu bola sepak dia, team hancuh. sokongan moral sebagai kapten takden, players lain mcm tak semangat bila tgk shafiq down.

Wahni Rizal Abdullah Kamal said...

Moga Raja baca post ini!

pesfreak said...

safiq dan amar..2-2 ni drop la lepas ni..kalo perform baru panggil balik..
sebenarnya safiq/amar tak layak langsung main utk aff kali ni...masak la DTFC..hahaha

Sham Khalis said...

safiq, amar, baddrol...mcm hampehh.. passing tah hape2 jer.. midfield malaysia tak reti control n hold bola..tp terus pass ke depan dgn harapan mat yo akan lari mcm hamster kejar bola.. mmg kena drop 3 ekor tu..tp selagi rajagobal ni ada takleh la..kena drop king gobal ni dulu.. tgk midfield filipina lg best control ball..

zulhilmi said...

badd pun dah tak on form sekarang...main macam hilang punca, samada untuk team Malaysia ataupun Kedah...mungkin faktor terlalu kerap ditukarkan posisi (kejap main wing, kejap main striker, kejap main att mid, kejap main def mid...nasib baik keeper je tak pernah ada coach cuba try dia lagi) menjadi punca kekeliruan identiti posisi bagi baddrol bakhtiar...

ai said...

posisi badd selalu berubah..tak penah tetap setiap game..

asrap virtuoso said...

Drop Safiq Rahim aku setuju, tp Baddrol ganti dia? Tidak! Aku ingat lagi tweet aku mlm tu... game dah 25 minit, Baddrol Bakhtiar dah sentuh bola belom?... makin lama game makin teruk, bila sentuh bola pon passing hancus... positioning & takling lagi la teruk... aku x ingat 1st atau 2nd goal... tp Thailand dpt counter attack berpunca dari Badd meluru nak tackle tp apa pon x dpt... kalo x dpt tackle bole sekrg2nya tackle org dpt foul...nih dua2 x dpt, then Thailand counter & goal

romyldinho said...

betulkan kalau aku silap..tp gharry tk main sukan sea yang lepas - @romyldinho