Monday, November 26, 2012

Entri Rabak Malaysia vs Singapura.

Aku tau ramai yang kecewa tengok game semalam. Aku pun. Tak ada kata yang boleh aku gambarkan untuk nyatakan perasaan rabak aku sekarang. Mungkin tak seteruk masa terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia tahun lepas sebab biar apa pun kita masih ada peluang. Perasaan ni berbeza sikit. Tahun lepas, masa kita terkeluar dari Kelayakan Piala Dunia, kita main bagus. Nampak semangat juang pemain dan kesungguhan. Berbeza sikit tahun ni.

Kalau 2011, aku pulang dari stadium dengan rasa sedih dan rabak, semalam aku balik dengan rasa marah dan nak mencarut. Kenapa? Sebab kita main macam jahanam. Tengok pada corak permainan dah tau kita akan kena tibai. Apa masalah sebenarnya? Ada yang kata tak ada chemistry. Nak chemistry apa lagi kalau team ni dah dibentuk dari tahun 2009? Tak cukup ke 4 tahun?

Jurulatih dan pemain mahukan sokongan dari penonton? Kami dah datang dan berikan sokongan. Apa lagi yang korang nak? Tak guna kami bersorak sampai terkeluar anak tekak, kalau pemain buat buat pekak dan main macam tak ada otak. Kami dah berikan seluruh jiwa kami, tapi malangnya pemain main macam tak ada jiwa langsung. Tak bangga ke sarung jersi Malaysia tu? Ramai lagi pemain nak sarung jersi keramat tu tapi tak dapat. Ini yang susah bila ada sesetengah pemain jadi anak emas sampai tak boleh kena drop.

Sudah semestinya yang di aim adalah Safiq Rahim. Sebagai seorang kapten, dia gagal. Dia gagal menaikkan semangat rakan-rakan dan tidak mampu mengawal permainan. Bagaimana seorang kapten mahu menaikkan semangat rakan-rakan kalau dia sendiri tidak bersemangat dan cacamarba ketika bermain? Corak permainan dan hantaran Safiq Rahim mudah dibaca dan tidak kreatif. Terlalu one dimensional.

Rajagobal, formasi dan taktikal anda semua orang dah boleh tau. Jangan kata pihak lawan, peminat yang tak ada basic Sains Sukan, hatta budak sekolah rendah pun dah boleh tau pemain mana yang anda akan pilih dan taktikal apa yang anda akan gunakan. 4-4-2. Safee dan Mat yo kat depan, Kunanlan wing kiri, Wing kanan takkan lagi laju dari Kunanlan tapi mungkin pandai dribble. Safiq Rahim dan seorang defensive midfielder yang biasanya Amar Rohidan biarlah Kedah jatuh Liga FAM sekalipun Defender, seperti biasa 2 orang centre back, calonnya Aidil, Fadhli Shas dan Subra kalau dia tak injured. Fullback kalau defensive akan gunakan Bunyamin Omar atau dulu Sabre Abu, nak serang guna Mahali Jasuli. Fullback kiri, Azmi Muslim tapi kalau Asra tak injured, Asra akan main. Agak-agak ketinggalan, tukar wing kanan walaupun ketara striker dan Safiq Rahim yang macam bangang. Aku pun dah sampai boleh hafal substitution kau.

Ada yang kata ini sama macam tahun 2010 bila kita kalah opening game. Ya, mungkin betul, tapi bezanya adalah, pada tahun 2010, kami masih nampak semangat juang pemain dan terbukti bila kebanyakan gol yang dijaringkan adalah dari kesilapan pemain. Ditambah pula dengan kecederaan kepada key players yang menyebabkan Malaysia terpaksa bergantung kepada pemain muda. Masa itu kita ada elemen kejutan dan dilabel underdog. Tahun ini, kami tak nampak semangat juang pemain. Jiwa itu tiada. Terlampau mudah untuk Singapura menewaskan kita. Pemain seakan hilang punca dan tidak nampak pasukan yang hampir menewaskan Arsenal masa bulan puasa tahun ni.

Malaysia mungkin mampu layak ke semi-final bersama Singapura kerana Indonesia sendiri ada masalah kalau lihat pada permainan mereka menentang Laos semalam. Tapi perlu diingat, mungkin mampu. Kenapa mungkin? Ya, Indonesia nampak teruk, tapi itu kerana Laos bermain dengan cantik. Maksudnya, Laos mampu mengecewakan kita kalau kita terus bermain seperti semalam.

Kami masih yakin dan sokong Harimau Malaya. Tapi tak guna kami yakin dan sokong kalau pemain sendiri tak yakin dengan diri sendiri dan tak mampu memotivasikan diri sendiri. Mungkin stadium takkan penuh dalam perlawanan menentang Laos, tapi pemain tetap berhutang 2 big result dengan peminat. Tiada dolak dalik. Harimau Malaya perlu bangkit untuk mengembalikan kepercayaan kami. Ada 2 hari sebelum perlawanan menentang Laos, barisan jurulatih dan pemain perlu mengkaji permainan Laos dan bukan semata mata berehat sahaja. Sudah sampai masa kita tak terlalu bangga dengan 'kekuatan' kita dan mula bermain dengan menyerang kelemahan pihak lawan.

Bangkit Malaysia, bangkit.


4 comments:

aku. said...

yes...dari minit 32 sampai akhir aku penuh carutan terhadap mereka, tak terlepas yg paling utama Apek..lompat katak pon pemalas. paling loser.

Unknown said...

Lihat singapura bermain..simple je..main senang xyah nk lari2 bagai mcm kunalan tp xada hasil..apepasal last sub masukan azzamudin main cm? Apa yg ada dlm kepala otak coach gopal tuh..shakir, gary, bad..semua boleh nasuk utk wat perubahan..team ni ke yg raja gopal kata team utk afc 2015? Mmg xada haraoqn la dpt maduk

Dizzturbed said...

Rajagopal, your days are numbered. Your tactics are outdated. You are too stubborn to admit that you're wrong & a coward for blaming a player for the defeat. Football is a team game, and you are part of the team. FAM, upgrade OKS to senior team fast & reinstate yellow/black as the 1st team colours.

Dizzturbed said...

Rajagopal, your days are numbered. Your tactics are outdated. You are too stubborn to admit that you're wrong & a coward for blaming a player for the defeat. Football is a team game, and you are part of the team. FAM, upgrade OKS to senior team fast & reinstate yellow/black as the 1st team colours.