Tuesday, February 5, 2013

Yang tersirat di sebalik kes Nazmi Faiz

Isu Nazmi popular di media dan laman sosial. Semua orang terkejut dengan apa yang berlaku. Pemain yang dikatakan 'Wonderkid' dan bakal tonggak utama negara telah membuat satu keputusan yang membuatkan majoriti rakyat Malaysia terpana. Siapa yang tak terkejut bila dengar Nazmi quit dari SC Beira Mar dan join PKNS.

Isu ni sebenarnya bermula dari tweet nazmi sendiri. Segalanya bermula bila Nazmi tweet meroyan di malam hari. Mungkin dia tak sedar dia ramai followers. Semua pun terkejut baca tweet meroyan dia kepada makwe dia.Habis semua dia sebut, sampai nama Aidil Zafuan pun dia sebut. Tapi aku tak nak sentuh banyak pasal isu tu sebab itu wartawan hiburan dah sentuh banyak. Korang carilah sendiri kat majalah mana-mana. Adalah tu.

Pasal perpindahan Nazmi ni ramai yang pening sebenarnya. Masa mula mula cerita ni keluar, ada yang kata dia loan 6 bulan je sebab dari awal memang dah ada agreement kononnya dengan Beira Mar. Katanya Nazmi memang akan di loan kan balik untuk bermain dengan pasukan Malaysia untuk pertandingan di bawah AFC. Tapi, hakikatnya perjanjian yang aku tau adalah Nazmi akan dilepaskan untuk Sukan SEA, itupun hujung tahun ni. Apa pertandingan yang ada? Kalau ada pun, adalah Kelayakan Piala Asia untuk skuad senior dan Latihan di Australia untuk Harimau Muda. Takkan untuk kelayakan Piala Asia dia dilepaskan untuk 6 bulan. Nonsense. Kemudian, baru keluar berita sebenar. perpindahan Nazmi ke PKNS bukan pinjaman, tapi tetap. Nazmi sign kontrak dengan PKNS untuk 3 tahun dan takkan kembali ke Portugal lagi.

Maka, semua spekulasi pun keluar. Ada yang kata ejen Nazmi lipat dia, ada yang kata  SC Beira Mar tak ada duit, ada yang kata dia dibayar murah oleh Beira Mar hingga minta dilepaskan. Rumours pasal Beira Mar bayar dia 500 euro sebulan dan dia tak mampu bayar sewa rumah hingga dihalau keluar dan terpaksa menumpang di rumah rakan sepasukan.

Ok, ini maklumat yang aku dapat dari sumber sumber yang boleh dipercayai. Nak percaya atau tidak ikut korang. Pasal kononnya Nazmi dibayar 500 euro sebulan itu tak betul. Nazmi dibayar lebih dari itu dan agak lumayan, tak perlu aku bagitau berapa. Di sana Nazmi tinggal di rumah yang agak besar, tapi berseorangan. Tiada isu kewangan di situ. Kononnya Beira Mar melepaskan Nazmi kerana masalah kewangan juga boleh ditepis kerana untuk mengatasi masalah kewangan, kelab akan menjual pemain bintang mereka yang mahal, bukan pemain dari akademi. Dari sumber aku di Portugal (betul, tak tipu) peminat SC Beira Mar sukakan corak permainan Nazmi dan melihat Nazmi sebagai tonggak masa hadapan mereka. Ini bukan ayat nak sedapkan hati peminat Malaysia, tapi penyokong Beira Mar dikhabarkan marah dengan pihak pengurusan SC Beira Mar kerana melepaskan Nazmi. Satu je aku boleh cakap dan korang rumuskan sendiri, bukan SC Beira Mar yang nak lepaskan Nazmi.

Dari semua info yang aku dapat, aku boleh katakan mental Nazmi tak cukup kuat. Untuk seorang remaja berumur 18 tahun, pastinya sukar untuk beliau berseorangan di Eropah. Tinggal seorang di rumah besar? rata-rata remaja Malaysia yang berpindah ke negeri lain pun boleh jiwa kacau, apatah lagi seorang budak yang berumur 18 tahun dan pergi ke Portugal dan tinggal berseorangan. Carlos Tevez dan Fabricio Coloccini pun boleh home sick, apatah lagi Nazmi. Jesus Navas punya homesick dulu lagi teruk, sampai nak main away game pun susah dan dia tolak panggilan ke Skuad Kebangsaan Sepanyol. Apakah tiada orang yang membimbing Nazmi di sana? Bagi aku, sepatutnya ada. Pentingnya seorang father figure untuk membimbing Nazmi di sana. Cristiano Ronaldo masa dia masuk Manchester United, dia ada Alex Ferguson dan Carlos Queiroz untuk jadi father figure dan bimbing dia. Kalau bukan pengurus atau staf kejurulatihan, pemain pun boleh main peranan, sama macam Cristiano Ronaldo buat dengan Nani dan Anderson masa diorang pindah ke Manchester United. Jesus Navas pulak, pengurusan Sevilla bawak dia ke sesi kaunseling dan bantu hilangkan homesick dia. Sekarang dia dah okay. Nazmi sebenarnya sunyi di sana. Itu yang jiwa kacau, ditambah lagi dengan masalah peribadi. Mungkin silap SC Beira Mar sebab tak detect benda ni atau Nazmi yang pendam sendiri.

Sekarang, kita hanya ada Fakri di Liga Portugal, Tam Shean Tsung di Shanghai Shenhua dan bakal ke Jepun adalah Wan Zack Haikal dan Wan Zaharulnizam. Semoga mereka tak sia siakan peluang ini dan dapat tingkatkan diri masing masing. Kita juga dah boleh berhenti mencemuh dan mengkritik Nazmi, tak membantu apa pun. Berikan dia bimbingan. Naikkan balik semangat dia. Ya, mungkin apa yang dia lakukan itu bodoh, tapi dengan mencemuh dia, itu tidak akan memperbetul apa yang telah berlaku. Mungkin suatu hari Nazmi akan dapat lagi peluang macam tu? Kita takkan pernah tau. Kita perlu terus membimbing dia dan harap dia akan mampu membantu skuad Harimau Malaya untuk capai kegemilangan.

6 comments:

Apostolos Velios said...

rindu nasi lemak.

Wahni Rizal said...

Fikir positif sudah lah..benda sudah berlaku...Doakan yang terbaik untuknya...dan untuk Malaysia semetinya.

jumari jipan said...

Homesick?. Kalau aku jadi nazmi, aku bawak je mak atau bapak duduk sekali satu rumah kat portugal tu.. Setel masalah..

pesfreak said...

ntahnye..cari la awek portugal ke..escort ke..hahahaha..duit kan banyak

Tensaikamen said...

Kalau benar nazmi tiada masalah gaji kerana dibayar lumayan oleh kelab dan juga dihargai peminat serta dinilai tinggi bakat oleh pihak kelab, semestinya nazmi ada ramuan utk mempunyai karier yg baik di sana. Tetapi jika benar masalah kesepian menghantui jiwa sehingga menjejaskan motivasi utk meneruskan karier di sana, saya menyalahkan pihak keluarga nazmi sendiri kerana salah seorang dari mereka tidak berkorban utk menemani dia di sana sekurang-kurangnya dalam tempoh setahun kerana umur belasan tahunadalah terlalu muda buat seseorang utk berseorangan di perantauan. Walaupon ada pelajar malaysia berkelana tanpa keluarga pada usia nazmi tetapi mereka masih ada rakan seperjuangan. Nazmi tiada. Untuk masa hadapa jika ada pemain remaja mendapat peluang di luar negara pastikan mereka ditemani ahli keluarga, pengurus peribadi yg dipercayai atau ada rakan seperjuangan. Untuk lebih mudah pastikan tawaran yg diterima datang dari negara yg mempunyai komuniti Malaysia yg signifikan seperti UK, France, Jerman, Spain dan Belanda.

jemik7div said...

kesian nazmi kena tibai...aku bru je lepak ngn nazmi kt sunway haritu..die blk malaysia sebab kelab beira mar tu byar die 2000euro je sebulan dala tu xbg rumah..korg igt 2000 tu ckup ke nk wat blanje sume..die hidup merempat kt sna..nk pegi training pun susah ..nk cari kawan xpandi bahasa portugal..baik blk malaysia de rumah dpt plk men bola..las2 die kumpul duit tros blk malaysia..“Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri"