Tuesday, March 29, 2011

Seputar Dunia

Sempena minggu perlawanan antarbangsa, gua korek duit tabung adik gua sendiri untuk terbang ke seluruh dunia dengan harapan dapat menyaksikan aksi-aksi power pemain antarabangsa. Mula-mula sekali, gua terbang ke Cardiff, tengok Wales bertemu Engleng.

"Amboi Capello, mata tuju kat mana tu? Mana la kapten lu si terry tu tak gila seks, lu pon sama je.

Engleng mungkin power dalam game tersebut, tapi seperti biasa, Engleng ni time qualification je power, time Euro nanti paling jauh pon sampai quarter je gua berani bet. Lagi satu, abam Gareth Bale tak main, itu pasal depa senang sikit nak menang.

Dari Cardiff, gua tumpang bas pergi London, pergi Emirates Stadium, tengok Bagpipes lawan Samba kejap.

2 gol dari Neymar, aksi memberangsangkan dari beliau walaupon terdapat gangguan perkauman daripada beberapa orang penyokong Scotland. Dengar khabar lu nak pergi Chelsea next season? Dengan adanya David Luiz dan Ramires, gua rasa memang tak ada masalah lu nak main kat sana nanti. Tapi,

sebab tu lecturer gua cakap jangan kopipes sangat wikipedia ni masa buat esaimen

Gua tumpang lori bawak beras dari London pergi ke Madrid, tengok juara dunia, Spain beraksi lawan Czech Republik.


Ucapkan tahniah kepada David Villa, top scorer baru Spain (46 gol) yang berjaya memecahkan rekod abam Raul Gonzales (44gol). Sementara itu, striker baru Chelsea yang tak score-score lagi tu cuma menduduki tangga ke-5, dengan jaringan sebanyak 26bijik.

Gua tak sempat bermalam di Madrid, nak kejar teksi pergi Celje, Slovenia. Gua nak tengok Itali main macam mana.


Itali terpaksa mengharapkan pemain bukan kelahiran tanah Rom, Thiago Motta (mamat ni menang Piala Konfederasi 2003 bersama Brazil) untuk menjaringkan gol kemenangan. Ketandusan pemain-pemain muda menyebabkan Persatuan Bolasepak Itali (FIGC) mahu meniru pendekatan yg dilakukan FAM iaitu meng-setup satu team Under-21 bermain di Seria B, sama seperti Harimau Muda A beraksi di Liga Super dan Harimau Muda B di Liga Premier.

Masa kat Slovenia tu, ada sorang pakcik ni nak pergi Hungary. Gua merayu-merayu nak tumpang dia pergi sana, team feberet gua main bai (Malaysia tetap team no.1 k).

Tiada dalam gambar; Kuyt,Affelay dan Van Persie.

ORANJE BOVEN! Belanda memang power habis. Gabungan jaringan dari pemain Spurs (Van Der Vart), Liverpool (Kuyt), Barcelona (Affelay) dan Arsenal (Van Persie) membungkuskan Hungary didepan penyokong mereka sendiri.

Alang-alang dah sampai kat Hungary, gua singgah Luxemborg, tengok Les Blues main.

Alahai, game dah habis masa gua sampai situ. France menang 2-0. Gua malas nak ulas sangat game ni, gambor pon tak sempat snap. Yang gua tau Frank Ribery dengan Patrice Evra kena boo dengan penyokong sendiri. Lawan team ranking 117 tapi menang 2-0, memang la kena boo.

Kawan gua Claudia Schiffer hantar SMS kat gua, dia tulis Germany menang 4-0 lawan Kazakhstan. Gua balas 'k' je. Sebenarnya gua suka jugak Jerman menang lagi-lagi bila Muller dengan Klose skor, mintak-mintak la power diorang dengan Jerman menjelma bila main dengan Bayern.

Gua ambik flight, terus terbang ke USA. Lionel Messi dengar khabar nak score 8 bijik kat sana nanti.

"Gua ni hebat kat Barca je, main dengan Argentina bila la nak power?" - Lionel Messi,2011.

Argentina sekadar seri 1-1 dengan USA. Tapi bila dipikirkan kata-kata Nami, "USA kuasa dunia, seri pon kira ok la tu" ada betulnya. USA pon gua rasa bakal jadi kuasa bolasepak dunia dalam beberapa tahun akan datang.

Habis satu dunia gua jelajah, terasa nak makan murtabak Singapore pulak. Jadi gua singgah stadium Jalan Besar, tengok Harimau Melaya beraksi lawan Etolie FC. Satu je gua suka pasal Etoile FC ni, gua suka penaja diorang, Ayam Brand, sardin depa memang shedap!

Tenang semua tenang! Malaysia masih power walaupon seri.

Gua tengok Malaysia memang main lawa, lagi-lagi time counter attack, fuh dah macam Belanda gua tengok style passing one-two. Goodjob King Gopal! Cuma banyak chances tak disempurnakan sehabis baik. Defend juga boleh diperbaiki, penat agaknya time 2nd half tu. Main dekat padang tiruan, orang kata cepat penat. Apa-apa pon syabas untuk pasukan negara.

Gua dengar Torres dengan Suarez dah goyang bila sebut nama Asrarudin Putra Omar dan Mahali Jasuli. Haa, jaga-jaga la lu dua orang, main kat Malaysia nanti siap-siap la kena seligi. Jamie Carragher dengan John Terry pulak sebuk google pasal Matyo dan Safee Sali. Haa chuak le tewww.

Sebut pasal Safee, gua terus pergi Kalimantan, tengok abam Safee beraksi dengan Pelita Jaya, lawan Bontang FC. 2 gol abam Safee bagi habaq hang!

background music berita Indonesia ni layan jugak ye dak?

Penat gua merantau minggu ni. habis tengok Safee main, gua teringin nak makan ikan terubuk, jadi gua niat nak singgah Sarawak kejap, bukan jauh mana pon kan?.

Sampai kat sempadan baru gua perasan passport gua hilang, demit. Sampai sekarang gua ada dekat sempadan ni. Harap-harap Putera UMNO dapat tolong gua bawak balik ke semenanjung. Alamak lupa, skarang Sarawak tengah demam pilihanraya. Lama lagi la gua kat sini, haihhh.

8 comments:

Khuzrin Kamarudin said...

Mak aih... puas hati baca entry ni.. superb saiyan bai...!!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

sampai ati kamu pecah tabung adik kamu hehehe

Nik Saiful Anuar said...

mak ai berto, lu world trip x sampai smggu, abis cover smue tmpt, hehe

p/s: x kn sokerleaks x de dana peruntukan kot, lol

aimannnnnnnn said...

entry paling aku suka setakat nie :)

Mira Yusoff said...

Haha terbaik laa entri ni .

Torres tu dah boleh bungkus dah aku rasa . Grr .

Apa-apa pun , King Gopal lah the best !

pex91 said...

ha3..good job bro.. :)

kareem said...

lu sangkut kt sempadan mana?sabah-sarawak?

fizi said...

sejak bile la, neymar maen man u...napok no wikipedia nipu...