Thursday, January 26, 2012

Road To Wembley Dari Liverpool



Road to Wembley. Semakin hampir untuk menuju ke sana. 1978 kami menjulang Piala Telinga Besar di sana - di London Utara kami menjulang piala telinga besar ini - nak harapkan wakil London terutama di utara - tak payahlah.

Saya ingin menegaskan bahawa retorik dalam Road to Wembley untuk Liverpool tidaklah sekuat Road to Putrajaya Pakatan Rakyat, ini kerana di atas berkat pemerintahan Tuanku Al-Sultan Raja Kenny yang adil lagi bijaksana, telah membawa kejayaan bagi pasukan ini ke mercu jaya. Walaupun Carling Cup sesetengah orang dipandang lekeh dan hina, tetapi tidak mengapalah, perlahan-lahan, sikit-sikit lama-lama jadi power.

Dibawah pentadbiran Datuk Seri Steven bin Gerrard, 1Liverpool telahpun berjaya direalisasikan. Dan saya yakin dengan pencapaian ini, walaupun agak kecil, akan mampu memberi keyakinan kepada parti kami Parti Liverpool Malaysia akan menerima sokongan dari rakyat jelata.

Kami tidak memerlukan retorik seperti "anak Melayu anak saya anak Cina anak saya anak India anak saya" untuk membuktikan perpaduan kami, kami hanya cuma perlu kata "anda tidak akan berjalan keseorangan". Dan dibawah naungan Tuanku Raja Kenny, saya yakin, dalam masa akan datang, bila jersi pasukan kita akan ditukar kepada Warrior, atau bahasa Melayunya ialah Panglima - pasukan kita akan jadi gagah macam Panglima. Dan masa itu kita akan ludahkan kepada semua pembenci pasukan keramat kita.

Ayuh, kita laungkan, 1Liverpool untuk semua.



Undilah Parti Liverpool Malaysia. Anda tidak akan berjalan berseorangan.

8 comments:

KhaiRin - anies said...

SO CALON2 YB nyer goes to me rite? hehehe

mirul said...

kah kah kah

harap harap parti 1liverpool ni tak menerima nasib yang sama seperti parti kanak kanak 1 arsenal musim yang lalu.

kah kah kah

Nik Saiful Anuar said...

oh Wembley...we miss Wembley ground, its been ages

Xana Razak said...

YNWA!

r i J a L said...

bingai.. haha..

Faiz said...

YNWA!

Areez Syazwan said...

BOOOOO!!! YNWA : YOU NEVER WIN ANYTHING,,, YOU NEVER WEAR ADIDAS,,, BOOOO!!!

Cob Nobbler said...

Areez:GGMU apa?

Garu Garu Molest Unta?