Friday, January 6, 2012

2011 Dan Bola Sepak

Malaysia memulakan langkahan dengan gaya padu menyandang gelaran selaku Pasukan Paling Power Asia Tenggara dengan menjulang Piala Suzuki AFF menewaskan negara jiran yang amat kita sayangi, Indonesia. Ini berlaku lepas 14 tahun kita mengelamun dan melopong macam bangang. Last-last ada juga benda yang boleh dibuat bersorak dan jadi bahan sembang di warong kopi juga kedai mamak. Gua ingat lagi momen bulu-bulu roma meremang setiap kali 3 gol masuk menerjah gawang Indon ketika Harimau Malaya mengaum garang di Bukit Jalil. Momen di mana gua dan manusia bekulit harimau yang lain bersorak dan bertempik sampai hendak tercabut anaknya tekak. Kita menang 3-0 yang kemudiannya berkesudahan dengan agregat 4-3 selepas perlawanan timbal balik di Gelora Bung Karno yang menjadi lubuk buat Harimau Malaya kita. Dulu Harimau Malaya ni elok saja kita panggil Harimau Pondan jika dirujuk kepada cara permainan dan daya melawan, tapi sekarang baru nampak gaya-gaya rimau tu dah mula ada.

Sejurus itu, Subahan Kamal bersuara, "Ini baru permulaan je. Kita sebenarnya punya sasaran untuk membentuk sebuah pasukan yang benar-benar mantap dalam masa 3-4 tahun lagi. Kita akan cuba takluk kembali Asia seperti dulu-dulu.."

Ingat lagi? Bagus.


Dulu time main macam taik, syarikat kecik ke besar ke syarikat anak-beranak ke semuanya tak ada minat hendak menaja Liga Malaysia. Itu perkara biasa. Bila liga tidak power dan tidak menghidangkan aksi-aksi yang wow dan menyengat, maka tidak akan ada penonton yang mahu membuang duit sesuka hati pergi ke stadium. Jadinya stadium sunyi sepi. Yang ada hanya 2-3 orang yang duduk memaki hamun sesedap rasa. Bila ini berlaku, apa guna membuat tajaan? Siapa yang nak tengok brand kita? Siapa yang peduli dengan syarikat kita? Apa yang kita dapat? Ya, yang kita dapat jika kita syarikat yang menaja hanyalah haram jadah.

Namun, lepas dah jadi cempien Asia Tenggara, barulah ada 2-3 syarikat gergasi negara terkedek-kedek tampil memberikan tajaan. Astro menghulurkan tajaan bernilai RM120 juta setahun. Sebagai pulangan, Astro mendapat hak penyiaran sesuka hati mereka. RM100 juta kemudiannya diperuntukkan untuk pembangunan dan publisiti liga manakala selebihnya digunakan untuk dana Liga Super. Maxis juga masuk line sekali.

Baguslah.

Ini perkembangan baik yang berlaku pada tahun 2011.


Kehebatan Safee Sali membawa Harimau Malaya menjulang Piala Suzuki AFF tidak dilepas pandang oleh kelab-kelab dalam mahupun luar negara. Mana tidaknya, penjaring terbanyak kejohanan tuuuu bro! Berbadan tegap sedap-sedap main bola, berkelajuan kuda yang digeruni, berkemampuan menggelecek sikit-sikit dan yang paling power, dia punya penyudah! Finishing Safee Sali diakui berkelas tinggi dan antara yang paling berbisa di Asia Tenggara. Sudahnya SS berkelana menyarung jersi Pelita Jaya FC dengan gaji sebulan yang boleh tahan lebat iaitu lebih RM30 ribu. Pehh! Hari-hari makan ciken chop la gamaknya engko Super Safee.


Kelab lejen Argentina, River Plate turun divisyen selepas lebih 100 tahun bermain dan mengancam di liga paling pro Argentina. Kes macam Pahang Real Madrid Malaysia la ni gayanya, dulu cempien, sekarang sampah sarap!


Sana burung sini burung. Atas burung bawah burung. tepi burung kanan pun burung. Depan dan belakang di mananya burung? Ya, burung di kaki pemain bola. Seekor burung disepak oleh pemain bola yang kurang akal cerdas. Kerja pemain bola sepatutnya sepak bola tapi ini dah masuk lain punya level. Apa hendak jadi dengan manusia bernama Luis Moreno ni yek? Itulah bak kata gua, bolasepak dengan kejahatan dan kecurangan tak dapat di pisahkan? Curang? Hmmmm..


Tangkap bola power! Tangkap makwe pun power! Hebak mu ni awe!

Apek sememangnya satu fenomena baru dalam bola sepak Malaysia. Kehebatannya memang sedap mata memandang dan lega hati berasa setiap kali dia beraksi mempertahankan gawang negara daripada dibolosi musuh durjana. Peluang gua menginterbiu Apek setahun yang lalu memang ibarat pucuk dicita ulam mendatang. Bagai anjing dengan bayang-bayang. Apapun, seplayboy mana pun Apek ni, dia tetap menjalankan tugas dan amanahnya sebagai kiper Malaysia dengan persembahan yang 1st class. Jadi Apek, ikok mung la nok main tino berapo rama pun. Loh gi.


Selalunya lembu dilanggar oleh kenderaan yang dipandu manusia, tapi kali ini akibat kecuaian Sergio Ramos yang eksaited hendak mampus selepas menang Piala Raja Sepanyol, piala itu dilenyek oleh bas. Tragis hendak mampus!


Manusia Shrek ini pergi menanam rambut di pertengahan 2011. Hasilnya memang memuaskan hati Rooney. Lepas ni boleh la pemain yang kacak sedikit ni kaler rambut jadi purple pulak. Baru silau mata kiper lawan. Kikiki. Ada duit semua boleh buat, ye dak? Setakat Yun Nam Hair Care tu dengan kedai-kedai sekali dia boleh bayar.


Amboi! Untung hendak mampus jadi pemain bola sepak Malaysia sekarang ni yek? Rozita Che Wan tu mak! Kalau time zaman gelap bola sepak Malaysia dulu memang haram jadah. Makcik cleaner berketurunan Bangladeshi pun tidak ingin bila diorat oleh pemain bola Malaysia ni. "Puuuii!" kata makcik itu.


Awak kenal 2 orang monyet dalam gambar di atas? Haa! Cuba teka. Ya! tepat sekali tekaan awak itu. 2 makhluk Allah berjersi biru di atas adalah manusia ciptaan tuhan yang punya kebolehan luar biasa untuk mewakili puluhan juta rakyat Malaysia menyarung jersi negara menentang musuh ketat yang powernya hanya bersandarkan kepada warga asing yang diberikan kerakyatan, Singapura. 2 insan power di atas bukanlah monyet seperti yang ditweet oleh bini kapten Singapura, tetapi manusia.

"2 MONKEYS IN THE PITCH!!!! BICYCLE KICK KONON!!! BOOOOOOOOO."

Booooo mok hang!


Selamat bersara sang lejen. Lincah mamat ini tidak usah diceritakan lagi. Jikalau diceritakan maka 7 purnama sekalipun ia tidak akan habis. Jadi tak payahlah, semua orang pun tahu. Si lejen ni menyumbang keringat terakhir buat negaranya dalam bidang bola sepak profesional ketika menentang Romania. Babai abam jongang! We gonna miss you...aaaaaaaaa lottt!


Sebuah harapan untuk masa depan. Dialah Kaka Malaysia! 

***Apa lagi yek? Bak datang la share share sikit.


5 comments:

Living Seed said...

merujuk pada temuramah Sokerleaks dan apek
"SokerLeaks: Jap, kemain setia dan yakin sekali gua tengok statement lu tu.
Khairul Fahmi: Bro, gadis ni la yang follow gua dari bawah. Masa gua main Piala Presiden dulu dia dah kenal gua. Masa gua tak tahu gua nak naik macam sekarang lagi dia dah sapot gua, apa nak lagi? "

- TECK juga last kali yg dipilih..

dear anies said...

malaysia vs 3 kelab BPL...

old_trafford said...

Manchester United kalah 1-6 ..lols

P/s Live online Piala Sumbangsih.
Live Streaming Kelantan Vs Negeri Sembilan 7 Januari 2012

Pe(m)kritik said...

bukan 120 juta setahun... 120 juta utk tempoh 4 thn. = RM 30 juta setahun

kalau 120 juta setahun liga M punya marketing dah patut taraf J league dah & clubs2 punya corporate sponsorship minimum RM 5 mils annually tanpa mengharapkan bantuan state govt..hehehe

-bream

Pe(m)kritik said...

lg satu nak tambah Malaysia menang AFF cup 2010, jadi x best la nak sepok gak menang tu sbg achievement 2011.
2011 tahun kurang menyerlah harimau malaya..(senior team)

tapi diganti Harimau Muda sea games.

:)