Friday, February 11, 2011

Safee Sali Is Always Be A Lejend.



Sokerleaks:Apa perasaan anda bila Safee Sali bersama team Pelita Jaya nanti?
Ali Raouf(bukan nama sebenar):Perasaan saya amatlah bangga sebab penjaring gol terbanyak Suzuki Cup bersama kami.

(Sebenarnya dialog ni aku tetambah je sebab aku tanya dia - dia jawab balik "kari apa?ayam ka ikan?Dialog ni saje je aku tetambah so Daniel Sokerleaks nampak aku buat kerja)


Derbi Lembah Klang datang lagi.Seperti Manchester Derby - Manchester United dan Manchester City - begitu juga dengan Selangor dan Kuala Lumpur.Kedua-dua pasukan ini pernah berkongsi stadium keramat Stadium Merdeka - dan kalau aku tak silap aku,masa aku kecik dulu bapak aku bawak tengok Derbi Lembah Klang ni dalam Piala Sumbangsih Haji Ahmad Shah tahun 1990.Time tu aku 6 tahun aku tak ingat result dia sampai aku kena google baru aku ingat - keputusan 0-0 dan Selangor menang menerusi sepakan penalti.Apa yang aku nak ceritakan ialah semasa itu rivalry Selangor dan Kuala Lumpur sangat kuat - lebih kuat dari Selangor-Kedah,Selangor-Perak atau Selangor-Singapura.Selangor-Kelantan,Kelantan?Masa tu team tu hanya power kat Piala Emas Raja-Raja.

Anyway pengalaman aku tengok Derbi Lembah Kelang sangat cool.Berusia 6 tahun - papa payung aku burger yang tak sejuk serta air kotak.Burger kat stadium sekarang hampeh - dah la daging nipis sayur pulak sayur bila dia bagi.Oh ya tak lupa Fisherman's Friend.Lagu team KL - Kuala Lumpur Menyinari Hidupku dichanting kuat-kuat oleh sebelah kiri stadium.Sebelah sana penuh Merah Putih.Di sebelah Selangor pula bila time lagu "Merah Kuning Lambang Kebanggaan" sambil pegang mafla macam The Kop kat Anfield.Cool sial.

Masa tu Kuala Lumpur skuad yang power.Aku masih ingat lagi Razip Ismail,K Kannan,Fandi Ahmad,dan juga Malek Awab.Oh tak lupa juga abang Subadron Aziz yang pernah kawin artis dulu,sape eh nama bini dia?Pelik orang Malaysia ni lagi kenal artis dari pemain bola - gua terbalik pulak.

Anyway pada perlawanan Selangor-KL ni adalah farewell party untuk hero Malaya Safee Sali sebelum bermain di Pelita Jaya.Buat pengetahuan Safee Sali pernah bermain untuk kedua-dua pasukan ini - macam Carlos Tevez dan Peter Schmichel la ni.Walaupun rivalry tapi masih lagi orang Selangor kerja Wilayah macam aku ni ha.Tapi orang Wilayah jarang aku dengar kerja kat Selangor.Pfft!Anyway aku rasa Safee Sali layaklah untuk diraikan bukan saja fan Selangor tapi fan KL as well.Tak fair la legend dorang gak tu kan?

Tapi kalau nak samakan Derbi Lembah Klang ni macam Manchester derby memang boleh,cuma satu la - at least KL pernah menang piala Malaysia 3 kali serta Piala Sumbangsih sekali - Selangor jangan cakap la - 32 kali menang Piala Malaysia - seluruh Malaysia digabungkan jumlah juara tu pun tak boleh beat Selangor lagi.Manchester United pulak dah juara Premier League 18 kali,Manchester City pulak dah tak pernah menang piala selama hampir 43 tahun - walaupun duit masyuk.

To Safee Sali,all the best you in Pelita Jaya - and jangan asyik turun Kramat Tunggak je kerja.Oh by the way in case korang tak pernah pergi Jakarta - Kramat Tunggak adalah kawasan pelacuran terbesar di muka bumi - kalah penjajah dia kat Amsterdam tu.Awek dia lagi cun - pesen Nia Ramadhani pun leh dapat.Harga,bisa diatur dong!

OK ini Sokerleaks bukan Youjizz.

Anyway,good luck to Safee Sali and all the best to Lembah Kelang Derby - diharap kedua-dua Ultra dapat meriahkan suasana untuk farewell Safee Sali.

Nyanyikan lagu "Safee Sali Is Always Be A Lejend" itu lagi!

4 comments:

pex91 said...

wahaaha..first..
youjizz 2 menda pa?

Cob Nobbler said...

pex91:try la bukak.

Berto said...

sebagai anak kelahiran KL tapi membesar di Selangor, gua berbelah bagi sbenarnya nak sokong mana, tp x pa lah, mana menang pon team gua jugak, kah kah kah

Unknown said...

farewell to safee sali, hope for the best outcome to malaysia squad