Thursday, February 17, 2011

Bersaranya Seorang Lagenda

Antara lipas kudung paling femes di dunia satu ketika dahulu. 

Kelincahan beliau terutamanya di penghujung tahun 90an dulu sering membuatkan ramai menjerit 'wow!'. Ketajaman penyudah beliau di depan gol sering membuatkan kiper pasukan lawan berkata, "ah babi!". Kehandalan beliau juga membuatkan ramai budak-budak yang duduk asrama pada tahun 1998 fly keluar hostel nak tengok abam Ronaldo ini main masa Piala Dunia 98, termasuk gua. Power tak usah cakap, gentel bola pesen melekat dekat kaki, gila babi mamat ni.
.

Beberapa hari sudah abam Ronaldo original ni dah mengumumkan untuk bersara. Menitik juga air mata beliau, emosional tu derr. Salah seorang lagenda hidup yang pernah bermain dengan Real Madrid dan berjaya mengucup piala kejuaraan La Liga di tahun pertama beliau dengan Los Blancos. 2004, hat-trick beliau membenam cabaran Mengyu di suku akhir Champions League, itu gua tak boleh lupa. Pemain yang menggemari masakan ibu ini juga pernah 3 kali ditabalkan pemain terbaik dunia oleh FIFA, hebat kemain!

Obesiti membataskan kelincahan beliau selepas cedera lama sakit lutut.

Gigi ke depan bukan penentu masa depan pemain bola sepak.

Layan video ini untuk mengimbas ke'wow'an beliau. Sokerleaks mengucapkan selamat maju jaya kepada abam Ronaldo, dirgahayu Ronaldo!


Nama penuh: Ronaldo Luiz Nazario de Lima
Nama glamer: Ronaldo
Nombor fevret: 9
Kelab: Cruzeiro (1993), PSV (1994-1996), Barcelona (1996-1997), Inter (1997-2002), Real (2002-2007), Milan (2007-2008), Corinthians (2009-2011)

9 comments:

LoStGuErReRoZzZ... said...

Fesss... mmg legend... Hailss Ronaldo!!!

Berto said...

selain mempunyai skill yg awesome, Ronaldo gemuk juga mempunyai rambut yg awesome ketika piala dunia 2002.

CR7 ada bran buat rambut mcm dia ni?

Яafi Ahmad said...

bgi gua Ronaldo brazil jek yg legend....takde ronaldo lain dh...

PELAUNG PULAU said...

ronaldo penah menang cl ke?

hiro said...

cayalah ronaldo.

Linglung said...

ronaldo tak pernah menang CL, cuma gua ingat hat-trik dia waktu kalahkan Man U 2004 dulu masa quarter..terbaekk itu jam!

Nik Saiful Anuar said...

selamat bersara, pasni harap jd manager berbakat plak

Ariffin Janal said...

wa tacing derr die bersara

azfar hranica said...

fakta: ronaldo pernah bermain utk ac milan musim 2006-2007 musim yg mane ac milan menang champions league tapi ronaldo x dapat medal kemenangan sebab x beraksi sebarang perlawanan pun