Wednesday, February 23, 2011

Penyokong Misi Olimpik Harimau Malaya


Malam ini mari kita menyokong, jangan sekadar menonton. Pesen yang menonton sambil layan kuaci masa game itu dah biasa. Pesen yang datang 'menyaksikan' game sambil belek-belek handphone itu juga biasa. Pesen yang mencemuh, memaki, mencarut dan macam-macam benda palat lain lagi itu juga super biasa. Cuba buat benda yang tak biasa dan yang tak selalu ada pulak, barulah kemas! Apa kata kita hadir, berikan sokongan biar semua yang beraksi atas nama Harima Malaya atas padang ini malam ada lebih tujahan untuk beraksi lebih mantap. Sokong ada macam-macam jenis, ada jenis menyanyi, ada jenis berjoget, ada jenis buat formasi, koreo apa jadah haram semua, macam-macam.

Pos Deus pasal Pengacau Bola Sepak sebelum ni ada yang komen katanya dia bukan datang nak menyanyikan lagu sokongan untuk pasukan negara, tapi nak menyaksikan kebangkitan bola sepak Malaysia. Gua cakap tak payah nak buat susah la. Kalau lu jadi pemain bola kat tengah padang, ada sepuluh ribu penonton datang menyaksikan lu main tapi duduk tercongok diam sunyi sepi, apa cerita? Sebagai pemain, lu boleh rasa semangat lebih dari mereka? Tak berapa nak rasa. Kerja penyokong yang bersemangat menyanyi tak henti-henti tu tak lain tak bukan untuk bagi feel dan semangat tu sampai kepada pemain yang tengah beraksi. Pendek cerita, penyokong dan penonton adalah dua spesies berbeza.

Apapun, datanglah menyokong mahupun menonton ini malam, berikan sokongan untuk menjayakan misi skuad bola sepak kita melangkah ke Olimpik. Jangan la bila dah cempien saja baru nak mengaku sokong bola sepak  negara. Siapa lagi nak sokong negara sendiri kalau bukan kita? Ini malam Malaysia lawan Pakistan. Jangan ada yang pergi stadium hoki ingat ada game hoki pulak sebab Pakistan main. Memang orang Pakistan terer main hoki dan handal jual karpet, tapi gentel bola pun dengar cerita mereka mahir. Nak tahu lebih dalam pasal Pakistan dan bola sepak, datang beri sokongan di Stadium Shah Alam ini malam. 

Auuumm!

9 comments:

Woofer Storm said...

harimau malaya mengaum la mlm ni..

zX said...

kite bako je

kite bako je flare itu ..

Cob Nobbler said...

awek-awek pakistan cun weh..kahkahkah!

Azfar Ridhwan said...

aku tau skuad olimpik mesti bawah 23 tahun. tapi tak silap aku boleh amik 3 pemain melebihi had umur kan? Patut amik Shahrul Idlan Talhah at least la..

bukan ape, pertahanan kite ok cuma penyerang tumpul sket. Walaupun Pakistan ranking rendah, tapi penyerang kite Fakri Saarani (N9) dan Shakir Ali (Kedah) tak score lagi utk team negeri masing2 tahun ni..

Syafiq A. Ghani said...

pak2 menteri masuk stadium konpem2 free, pastu time tgk bola dok sembang pasai urusan kerja(x settle2 gak masalah). sambil2 sembang, sambil2 pekena kuaci 10sen.. pastu abis game, komen kata penyokong ultras adalah pengacau bola sepak~

Azfar Ridhwan said...

Aku dah agak penyerang tumpul. Hah. Patut lawan 10 orang boleh gol. Ceh. Nasib baik midfielders boleh score..

Tengku Sidek said...

Honestly Pakistan bukanlah lawan sebenar kita..next round barulah kita akan tahu sejauh mana kekuatan pasukan Olimpik ini..Even ramai kata bekalan 2 gol belum cukup..tapi bagi aku...MALAYSIA WAJIB MENANG..tak boleh tak pegi next round walau apapun alasanya..pendek kata tak da alasan!..Go Malaysia Go..nasib baik bola tak da penalty corner..kalau tak masak kita..hahaha

htt://tengkusidek.blogspot.com

komeng said...

suka hati la nk weat apep un kt stadium nak beromen ke apeke..ko bangang ke bebal mcm babi ???

keningparut said...

marah beno si komeng.hehe