Sunday, February 6, 2011

Comeback Of The Year? No?

GEEEEZZZAAASSSS!!!!!!!!

Mesti ramai yang kecah dengan cerita saka merah kena makan dengan serigala. Aku tumpang gembira. Aum! Mari kita imbas kembali sejarah pasukan Newcastle United dalam kisah konon dongeng yang tak banyak pasukan lain boleh buat. Baru awal tahun lagi ni awak, at least teman harap game malam tadi boleh dianggap sebagai game bersejarah dalam liga Premier League. Team effort. Dah banyak kali aku cakap dekat diri sendiri. EPL bukannya liga yang tertumpu kepada skil individu, langsung. Aku juga masih erpendapat bahawa, EPL adalah pentas teater penunjukan kebijakan strategi peneraju pasukan. Kunyah-kunyah chewing gum baca buku maxim pun tak guna bro. Aku memang tak berkenan dengan CR7. Baiklah. dua jenis contoh comeback paling menaikkan bulu roma.

2001, zaman superior Shearer. Ketinggalan 3 gol di belakang, tak ada hal bagi si tua bijak muka tenang Bobby Robson. The Toon dengan penuh kacak mengejar macam pacuan peluru dari kalashnikov. Padu dan rambang. Jenis cuba tak nak mengalah. Sayang sekali Newcastle yang sekarangnya tak mampu nak kumpul pemain-pemain semi-prolifik dalam pasukan macam Solano dan Dyer.

1997, Emile Heskey my ass. ini punya game pun sama. Meruntun jiwa dengan ketinggalan 3 gol dibelakang berbalas satu di awalan permainan. Watdehel man. Kau ingat The Toon ni urban legend sampai tak ada benda yang boleh dibanggakan? Shearer punya penangan ada macam Van Nistelrooy. Jenis ada di tempat yang betul dan tunggu nak taji muka goalkeeper. WATDEHEL! The best comback sebelum tibanya malam kegemilangan semalam. Masa ni aku rasa CR7 masih lagi dibuli dalam tandas sekolah. Jenis cakap besar macam sesetengah peminat team terdahulu beliau. Tapi aku masih sedih. Sedih dengan konsistensi pasukan yang diminati dari kecil lagi. Carroll, produk yang boleh juga dibanggakan. Harap-harap kau tak buat penyokong Liverpool ludah-ludah bekas team kau. Jaga diri.

Kepada Tiote, kau dah buat aku jatuh cinta.Pergi mati dengan tiga gol terawal. Gol kau dah buat Arsene Wenger balik rumah minum susu ibu. Lagi sekali aku nak tekankan, EPL tak menekankan skil individual. Aku harap semua yang selama ni duduk puja CR7 boleh bezakan antara permainan cantik dan lakonan yang cantik.

Banyak cakap pun tak guna. Aku tujukan lagu ini untuk peminat The Toon di luar sana.



5 comments:

Tengku Sidek said...

best comeback ever.. in EPL history (at least sepanjang aku hidup selama 28 tahun ni)!! Nolan pada minit ke-92 hampir saja melengkapkan cerita fairytale ni..Boleh tengok di 25 minit terawal, ada fans yang keluar dari tempat duduk..mungkin tak sanggup nak tengok magpies ni kene belasah smpai 12-0 kot..tapi Diaby turned game on!! Ref also jadi bahan pemangkin tambahan..but TIOTE!!! What a goal and what a game it was...!!

Oreo said...

Wuu,mati2 ingat arsenal boleh menang.

Tak sngka pulak boleh seri

Ibnu isa said...

nasib baik man utd xmenang..
kalau x xbest plak menang liga awa,2 ni.. huhu

Berto said...

epic game. sbagai penyokong spurs, puas aku puas, kah kah.

Ibnu isa said...

http://mohamadisamuddin.blogspot.com/2011/02/pembunuh-raja-epl.html