Thursday, March 8, 2012

Sorotan Kelantan di Kancah AFC




Gua power sebenarnya..



Perlawanan pertama Kelantan dalam AFC lawan dengan pasukan Navi Bank Saigon pada malam 7 Mac 2012, kelmarin. Ternyata The Reds Warriors sukar untuk menumbangkan raksasa Zaigon di tempat sendiri yakni di Stadium Bukit Jalil.


Separuh masa pertama menyaksikan, Angkel Bojan menurunkan empat pemain import yang katang dari segi fizikal tapi berat nanang dari segi skil. Tumpulnya penyudah Abe Dar dan Abe Woha dicemuh penyokong lantas mereka berteriakan supaya dihantar balik. Sungguh marah mereka malam tadi.


Banyak peluang keemasan yang boleh menjanjikan gol dilepaskan begitu saja bagi kedua-dua penyerang Kelantan ini. Ahhh..seteresssss ambo!


Separuh masa kedua menyaksian aksi yang hambar disebabkan Stadium Bukit Jalil dah jadi kolam renang. Kelantan mempunyai kelebihan disebabkan padang untuk menyerang pihak lawan air hujan tak berapa nak bertakung sangat. 


Yang ada bela hantu air memang peluang bermain dengan baik semalam. Pemain import Kelantan nampak terkial-kial main dalam hujan dan tompak air sampai bawak bola pun tertinggal.


Selain sukan bola sepak, sukan sumo dan muay thai ada juga malam tadi disebabkan padang yang licin. Abang pengadil terjatuh pun ada. Nasib baik pemain Kelantan tak bawa kad. Kalu tak memang foul.


Kemasukan Chanturu, Farhan dan Ramzul tak beri banyak impak besar. Dekat nak habis, Pasuan Saigon nyaris nak gol. Nasib baik Farisham Ismail cekap kasi klear..


Pembabitan Piya tak beberapa sangat daripada biasa, dan kepakaran Apek tidak diuji sangat. Tak peluang dia menunjukkan kepoweran dia menyelamatkan gawang depan makwe Vietnam.


Kesimpulannya, Kelantan sudah mensia-siakan peluang untuk dapat 3 mata penuh. Pasukan Saigon ni nampak tak hebat mana. Walaupun Kelantan banyak menguasai pemainan.Tapi takpa. Masih banyak lagi peluang.


Begitulah ulasan saya yang tak seberapa ini. Ada ternampak Danny X-Factor di kerusi VIP. Neelofa bila lagi nak turun sokong Kelantan? Kehkeh.









2 comments:

lang said...

Neelofa sibuk pam tetek omnomnom

Aziri Pauzi said...

At least takde la kena blasah macam team2 yang pernah beraksi di AFC edisi2 sebelum ni, ye dak?

or.. yang tarik diri teros dalam kancah AFC.. malas nak petik yeam mana kan..

Atleast derang dapat gak point.

Syabas utk Terengganu dan Kelantan. Moga dapat pergi jauh dalam kancah bola sepak ANTARABANGSA.

Gomo Klate Gomo. Peteh Gannu Peteh.