Monday, August 22, 2011

Kelab Lakonan Barsampah


Kalau tak boleh play video ni, kopipes URL ni http://www.youtube.com/watch?v=dL7JVJoFvNI&feature=player_embedded. Kalau tak boleh jugak ko memang lemah..lemah..lemah!

Pos ini sekadar menambah cuka kepada pos Nami sebelum ini Tiki-Taka Dah Jadi Kelakar. Memang corak permainan Barca ni ada gaya dan berseni malah seronok ditonton ketika bosan dan tak boleh tidur di awal pagi ketika hujung minggu. Gua tak kesah Real hanya menang Piala Raja Sepanyol, satu-satunya trofi yang berjaya dogondol dan digomol oleh Casillas and the gang yang kemudiannya dihancurleburkan oleh Sergio Ramos yang suka bergurau tak tentu hala, kerana ianya adalah trofi halal. Kejuaraan dan kemenangan itu manis. Sangat manis. Sangat-sangat manis kerana menang denga Barca yang semakin gah dan semakin ego dan seolah-olah untouchable di padang bola.

Untouchable? Ada 2 maksud. Maksud pertama, sebab mereka ni suka sangat menang dan senang sangat nak menang ibaratnya menang itu hanya di celah bedah bagi pasukan Pep Guardiola ini. Maksud kedua pula tak lain tak bukan sebab budak-budak yang dikepalai oleh kereta kebal Sepanyol, Puyol ni langsung tak boleh kena sentuh. Kena sentuh sikit bergolek. Kena langgar sikit berguling-guling macam cerita hindustan part-part tengah bahagia di taman bunga. Itu yang kena sentuh dan kena langgar. Yang tak kenanya pulak, sudah pasti makin lebih bergolek-goleknya, makin menjadi-jadi guling-gulingnya. Kalau baru kena sentuh, kena langgar pun dah macam babi sembelit gayanya, macamana agaknya kalau kena tampar dengan Hulk Hogan? Mahunya menangis dalam jamban 3 hari 2 malam. Lemah..lemah..lemah!!

Sebelum tu, kenal ke tidak siapa yang gua sebut Hulk Hogan tu? Kalau tak kenal ko memang lemah! Lemah..lemah..lemah! Macam Barca..barsampah.

Gua dan Nami bukan nak serang kosong pasukan Tiki-Taka ni. Kalau rasa panas punggung tu tengoklah baik-baik video yang gua kepilkan bersama dalam pos ni. Tengok macamana Pepe didajalkan oleh Dani Faking Alves. Berguling-guling, bergolek-golek macam tenggiling. Lepas Pepe kena kad merah, molek-molek ada dia masuk semula dalam padang tersengih-sengih. Tersengih-sengih macam Poo Key Mark. Faking Alves! Haa, Poo key Mark pun tak kenal? Lemah..lemah..lemah!

Anak didik Dani Faking Alves adalah Pedro Si Pesakit Muka. Budak ini jenis lembik. Budak ini jenis bapok level paling gedik. Kena peteh di kaki, sakitnya di muka. Kena tolak kat dada, jatuh tutup muka. Bangang sekali dan sememangnya lemah..lemah..lemah! Budak-budak pesen macam ni orang kita panggil cengeng. Cengeng ni lagi bangang daripada bangang itu sendiri. Budak pesen macam ni selalunya ada di tadika-tadika dan sekolah-sekolah rendah, kena usik dek kawan dekat perut, dia pergi report pada cikgu kawan dia tarik kotey. Dia kata, "Cikgu, Salman tarik kotey saya 3 kali..kelechup..kelechup..kelechup dia tarik kotey saya cikgu...sobs..sobs..sobs!" Senario ini biasa terjadi di kalangan budak-budak kecil yang hingusnya masih dilap oleh ibu dan bapa. Budak kecil kita boleh terima, tapi kalau sampai ke tahap budak sebesar Pedro Si Pesakit Muka ni dah masuk level bangang yang paling agung. Lemah..lemah..lemah!

Mascherano pula apa cerita? Lemah..lemah..lemah!

David Villa si janggut manis yang racist itu pun sama, lemah..lemah..lemah!

Pique Si penunggang Shakira juga adalah pelakon sinetron padang yang berjaya. Tapi pelakon bolasepak mana ada yang gagah. Semuanya lemah..lemah..lemah!

Messi? Yang ini gua kecualikan. Dia sememangnya lejen hidup dan jarang-jarang sekali dia masuk kelas lakonan bersama rakan-rakan Barca yang lain. Tapi sekali-sekala tu ada la juga. Sekali-sekala tu kira pejam mata la kan? Macam pemain Singapura-pura seberang tambak Johor tu.

Dalam banyak-banyak pelakon Barca ini, gua vote Pedro sebagai pemain bola sepak yang paling lemah..lemah..lemah. Siapa pula lu punya pemain pilihan yang paling lemah..lemah..lemah?

Up to you la macha!

25 comments:

KhaiRin said...

lemah lemah lemau

Jarr said...

lemah syahwat kelab catalan ni...

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Pep dan Company jawab semua ini dengan mudah :

"ADA AKU KESAH?"

Biar lemah, asalkan semua piala disapu bersih.

KeCiK said...

Eh tak ada Sergio Busquets?

Tak kenal?

Lemah lemah lemah!

Berto said...

itu video tarak boleh play la

Watzxandro Zachary said...

esa la org bukan peminat sesebuah kelab tue.. ada2 je cara nak mengomen org tp nak buat mcm mana.. kebebasan bersuara.. pk2 balik, buat blog mcm tue, ada ke kelab or pasukan tue ambik kisah? ada pep, messi, iniesta, xavi n etc tue baca? sdg...kan fan tweet dia pun, dia xdapat nak reply kat twitter dia sendiri, nie plak nak baca blog mcm nie.. bagus buat blog mcm mana nak memeriahkan hari kemerdekaan yg akan datang nie.. ada lg feadah.. kurang jalur gemilang dikibar kalo xperasan.. lemah.. lemah.. lemah..

azxej said...

gua nk join merasap merapi gak...alkisah ak tjuk vid tu kt fans barca.. pas tu solan ak.. adkh barca plukan ni utk mnng? iye fans barca mngaku dan ini adlh slh satu tetek (ok taktik) utk barca mnng..
sbb barca akan mgunakan tktik ni bila lwn team y bsr/power.. sbb itu senjata rahsia dorg...dan xlupa provokasi y mlampau sma ada dtgh pdg atau diluar pdg... bro mcerano tu kt lverpol kental gagah bai kat barca trus jd auuwww...

box boy said...

kelab lain mampu nak menang?xmampu kan?beli palyer mahal2 tp xmampu pun x guna..hahaha...org yg tulis bnda ni sbnrnya lemah lemah lemah..hahaha..xmampu tgk barca menang..

Linglung said...

Watzxandro Zachary - ye la ye la, bukak la blog cerita kemerdekaan pulak. Abang-abang bukak pos ni takde niat pun nak suruh pep guardiola dan anak-anak dia baca..bangang tahap benak bebal kau ni. Ni ulasan dan pandangan. Kalau semua kritikan nak expect org yg dikritik tu baca, takkan ada la blog, suratkhabar, berita, tv, dan benda alah media ni semua..Haihh..lemah..lemah..lemah!

Nik Saiful Anuar said...

Barca da overrated ni, tiap kelab ade naik trn, tggu je mase

Linglung said...

berto - layan videonya di sini:

http://www.youtube.com/watch?v=dL7JVJoFvNI&feature=player_embedded

ahmad fathi said...

kalau dah tak suka, macam-macam hujah dan alasan di utarakan...pfftt!!

ENCIK TIKUS said...

lemah.. lemah.. lemah !

linglung nanti dah lepas malam pertama gua nak tahu cerita lu lemah atau tak..

lemah.. lemah.. lemah !

Ariffin Janal said...

bero. gua vote mascherano. serious!

Solahuddeen said...

lose respect kau tahu.

Watzxandro Zachary said...

Encik Linglung yg "bijaksana", xsuruh ko n anak2 ko baca pandangan aku pun.. bangang2 gak, tp tetap gak ko beri respon n baca pandangan ku.. lg la banggang tahap dewa.. pandangan aku, sukati aku la.. xcakap pun blog tue salah.. biasa la org "bijaksana" katakan.. bukannya paham..

p/s:jangan lupa suruh org kampung n jiran ko baca pandangan aku.. tp jangan la ko kutuk diaorg banggang coz baca pandangan aku.. sebab ko sendiri pun baca pandangan banggang aku gak kan.. lalalala~ LOSER~

talkIZcheap! said...

Busquet ke Pedro?

Lemah, lemah, lemah!! ha-HA!

Takde sape kisah camner satu-satu team tu menang, main kasar ke tak, dive ke tak...

Tapi masalahnya, Barselona ni hipokrit tahap dewa! Kata nak main cantik, tapi dia yang pergi dive melampau2, provok ref lagi, luar padang bukan main, "kami bermain bola sepak sebenar," "TIada pasukan yang boleh menang dengan bermain bola sepak dengan barselona.." "Kemenangan kami ialah kemenangan kepada bola sepak" dsb, tapi last-last, nak kena dive jugak? Kalo kena takpe la jugak, ni yang terang2 tak kena, camner?? huhu...

In conclusion, yer, Barca main cantik, tapi yang cantik cuma Pedro, Xavi, Iniesta, ngan Messi... maybe Villa sekali-sekala, tapi Barca jugak main kotor...

Main kotor takde hal sangat sebenarnya, RM pun terpaksa main kotor jugak bila dah takleh sekat Messi, tapi at least diorang tak kata yang "Kelab kami tak akan bermain kotor, kemenangan kami ialah kemenangan kepada bola sepak" or something like that...

Barka, barka... :p

Linglung said...

Watzxandro Zachary - satu je aku nak tanya...baru baca blog ni ke? padanla sentap semacam...lemah..lemah lemahh!

Watzxandro Zachary said...

a'aa.. sebab blog nie lemah.. lemah.. lemah.. salah.. yg buat blog nie.. lemah.. lemah.. lemah.. sapa yg reply balik tue, dia terasa lemah la tue.. sapa makan cili rasa pedas.. hehehe.. :P

ahmad dhani said...

lemah..lemah..lemah pengulas nie! kahkahkahkah...

wan_jb84 said...

ramai fan barca ke yg baca ni?mcm 1st time je baca blog ni..ke blm baligh lagi?

Ariffin Janal said...

tak payah nak gaduh. tak suka baca blog ni, angkat kaki buat blog sendiri. pastu baca sendiri dan komen. standard la menganjing2 ni.


nak jaga hati sangat baca paper, itu kalau taknak #sakitbontot la team favourite kena menganjing. kalau tabah, baca blog. baru feel yaww~

Linglung said...

lemah..lemah...lemah fans barsampah ni. bakar sikit dah sakit jubur. elok pergi makan taik kalau tak boleh bergurau.

tak suka blog ni pun hari2 dia masuk dan komen..kahkahkah!

lemah..lemah..lemah!

deus X machina said...

haa sini pun gocoh juga, gocoh gocoh

Cob Nobbler said...

fuck tit-ki taka.