Saturday, August 13, 2011

Tottenham

 Dont mess with Tottenham

Hebat betul Tottenham Hotspurs ni, game first season 2011/12 belum start tapi satu dunia dah heboh pasal Tottenham, gaya macam bakal menang EPL. Begitu lah hebatnya Spurs.

Tak payah la gua nak cerita lebih pasal riot kat sini, lu orang semua pon dah tahu semuanya berpunca pasal polis tembak mati sorang niggaz ni. Tapi itu semua versi media-media berhaluan kanan, lu orang tahu tak ada macam mana rusuhan ni boleh bermula dari pandangan beberapa orang pakar bolasepak eropah?

Ada 2 teori macam mana keganasan ini boleh bermula di Tottenham.

Pertama, kita semua sudah maklum Spurs adalah pasukan yg kuat, hatta lebih kuat dari Menyu, Menyiti, Cel-c, dan Lebepul. Asnel x payah cerita la, itu standart Norwich je tu. Jadi, Spurs yg begitu kuat ini pastinya menjadi igauan ngeri pasukan-pasukan lain. Senang cerita, memulakan aksi liga dengan bertemu Spurs di White Hart Lane bukanlah satu perkara yg ideal untuk sebarang pasukan. Itulah yg terjadi pada Everton, pasukan kendalian David Moyes ini begitu gentar bertemu Spurs, lalu, Everton telah melakukan perkara yg begitu jijik sekali iaitu mencetuskan huru-hara di Tottenham agar perlawanan pembukaan di WHL ditangguhkan. Dan mereka berjaya. Itu lah sebenarnya yg terjadi, rusuhan disini semuanya dimulakan oleh penyokong-penyokong Everton. Mereka datang dari Merseyside untuk membuat onar

Teori kedua; rusuhan dimulakan sendiri oleh penyokong Spurs atas bantahan terhadap penjualan perancang utama pasukan, Luca Modric ke Chelsea. Teori ini sebenarnya tak berapa boleh pakai sangat sebab Spurs sudah melalui banyak pengalaman menjual pemain bintang mereka ke pasukan lain, misalannya Berbatov, Carrick ke Menyu atau Robbie Keane ke Lebpol. Jadi teori yg mengatakan riot dibuat semata-mata untuk menghalang Modric berpindah adalah tak berapa nak boleh terima sangat.

Makanya, kita boleh simpulankan disini, teori pertama iaitu Spurs pasukan kuat dan ditakuti seluruh pasukan yg lain adalah sangat munasabah dan boleh diterima.

The next Shevchenko, Deco, Kezman and Torres (kalo betul dia pindah Chelsea)

Kembali berkisar pada kes Modric, bagi gua, dia memamg pemain yg bagus. Ada ciri-ciri seorang Messi, pantas dan bijak membawa bola. Sebab itu lah banyak pasukan mahukan beliau. Dan bagi gua, kalo Modric ni nak blah, jual je lah dia. Spurs dah boleh belajar masa jual Berba ke Menyu dulu, macam mana si Berba merajuk macam bapok siam nak blah dari WHL sampai prestasi Spurs begitu merosot waktu itu. 40 juta pound tu bagi gua dah kira banyak, boleh beli player lain. Beli Safee Sali ke, dia tu power ko tau tapi jangan beli Fakri Saarani la, dia tak power.

Dulu gua pernah cakap, Spurs kalo betul-betul nak jadi title challanger, jangan ada polisi jual pemain bintang. Tapi gua tengok Harry Redknap sebenarnya kurang ghairah untuk menjadikan Spurs pasukan pencabar kejuaraan dan lebih fokus untuk melayakkan team ke UCL walaupon dulu Redknapp dgn angkuh pernah berkata Spurs mampu jadi juara. Ini semua silap Redknapp jugak, gagal layakkkan team ke UCL musim ni, terus semua player nak lari. Nasib baik la gua dah tuit kat Bale,Van Der Vart dgn Sandro suruh stay. Jenis mendengor kata jugak depa ni. Dekat Modric gua tak sempat nak tuit, gua sibuk buat terawih.

Ya, ada sedikit nada kecewa disitu, tapi tak pa lah, gua dah biasa kecewa lagi-lagi lepas kes kecewa Malaysia kalah dgn Singapore. 

Dan Chelsea juga turut menawarkan Yossi Benayoun sebagai pakej pembelian Modric ni. Dengar kabor Redknapp bukan main minat dengan dia ni. Satu je gua mintak kat mamat Israel ni, kalo kompem dia main untuk Spurs, baik ko main sungguh-sungguh dan sepower mungkin, kalo tak memang gua buat banner "YOSSI YAHUDI MABUK MINUM TODI". Ko ingat tu Yossi, ko ingat!

 Ko jangan mengada-ngada Yosi, belum main dah menangis macam Nani. Aku lempang jugak ko nanti.

Alang-alang gua dah lama tak menulis ni, gua bagi sedikit prediction paling jujur mengenai EPL musim ini. Bagi gua, pasukan pencabar kejuaraan hanyalah terdiri daripada 4 team; MU,ManCity,Chelsea dan Liverpool. Prediction gua sedikit berbeza dari Shebby Singh yg mengatakan Arsenal masih akan tersenarai dalam Big4 dan Liverpool masih akan menghuni diluar kelompok Big4.

Bekas pemain kebangsaan. Salah seorang penyokong Spurs di Malaysia; Sherbegeth Singh. Juga salah seorang pundit paling selalu merapu dalam buat prediction.

Bagi gua ManU walaupon sudah kehilangan beberapa tonggak, mereka masih pasukan yg kuat dengan tenaga-tenaga muda. ManCity pula pasukannya solid dari segenap posisi, tambah plak si Nasri nak pindah sini. Chelsea dengan pengurus yg baru dan kuda tua mereka mungkin agak lembap sedikit tapi masih mampu berpewatakan sebagai juara manakala Liverpool di bawah kendalian Daglish adalah Liverpool yg baru dan mungkin tahun ini adalah benar-benar tahun mereka.

Arsenal?? Pfftt, macam gua cakap tadi, ini team baya-baya Norwich dengan Swansea je. Fabregas dgn Nasri blah, gua tak nampak ada karakter juara pada pemain Arsenal. Cuma yg membezakan Arsenal ni dengan team-team bukan Big4 ni adalah Robin Van Persie. Tak ada RVP ni, bai-bai la Arsenal.

Spurs? Jujur gua cakap, dapat top5 musim ni pon dah kira bagus. Walaupon begitu, gua masih tetap dengan pendirian Spurs adalah pasukan paling ditakuti dan disegani di EPL, kalo tak masakan team opponent sanggup hantar penyokong pergi merusuh semata-mata nak tangguhkan game ye dak?

12 comments:

ijan de bunks said...

pfffftt. dreamer

Cob Nobbler said...

mengarutlah teori kau ni.

kau ni baru lepas yamseng dengan yahudi mana ni berto?

kahkahkah!

talkIZcheap! said...

nak cerita pasal Modric tu, ceritalah terus pasal Modric... tak payah la nak merapu-rapu riot sana-sini, teori itu ini, Spurs team kuat ke, everton takut la, apa la...

ha-HA!

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

ya kalau si youssi ni jadi penyebab spurs kalah..memang aku santet.
and aku pun join kau berto..buat banner..

Berto said...

hehehe...

ini teori Freemason!!

Zaid said...

teori ketiga:

perkataan "Tottenham" dalam bahasa Uzbeskistan Barat bermaksud "aku Islam"

perkataan "Hotspurs" dalam bahasa Papua bermaksud "aku sembah Allah"

setelah mengakui hakikat ini, warga2 Yahudi Tottenham telah meriot dan akan berkempen supaya nama kelab Tottenham Hotspurs ditukar.

AyaM_AyaM said...

berto..ak rase ko bkn fan spurs btol2 r..nme team pn xtau..nme spurs bkn tottenham hotspurS..tottenham hotspur je nme team ni..

Berto said...

gua tambah s tu bukan apa, nampak skit glemer tu

Cob Nobbler said...

Berto,ayam kuasa dua dah sound anda,ini buleh merosakkan kewibawaan anda sebagai fan Hotspur yang berjaya..

kahkahkah!

AyaM_AyaM said...

ak nk sound ko dh lme dh sbnrnye..wt malu je kot ckp mnt spurs tp nme team pn x tau..hihi..ak rs beter ko wt entry psl asal usul nme tottenham hotspur r sb ko pn br tau nme sbnr team ko mnt kn..haha..

KhaiRin said...

lek la berto..terawih mggu ni sure genap 20!

Berto said...

ayam: nanti gua cuba selidik. trimakasih kerana menegur