Wednesday, August 17, 2011

Kisah Menyayat Hati Sebuah Kedai Gunting Rambut


Ini adalah sebuah kedai gunting rambut yang terletak di Tottenham, dimiliki oleh seorang penggunting rambut yg dikenali sebagai Aaron Biber (tiada kena mengena dengan Justin Bieber). Kedai ni telah beroperasi sejak berdekad lamanya mengambil kira bahawa Aaron telah menetap di kawasan ini sejak 41 tahun yg lalu. Kedai ini juga hanya beberapa jarak sahaja dipisahkan dengan gelanggang keramat Spurs dan gelanggang paling ditakuti Cesc Fabregas semasa masih bersama Arsenal, White Hart Lane.

Kedai milik aaron (89 tahun) ini memang sangat popular dikalangan penduduk setempat. Malangnya pada minggu lepas, Aaron terkejut beruk matyeh selepas melihat kerosakan yg telah melanda kedai beliau. Tingkap pecah, hairdryer dirosakkan malahan pemanas air(kettle) pakcik aaron ini juga turut dicuri. Semuanya berpunca dari rusuhan yg berlaku di London minggu lepas. Ironiknya, hanya satu sahaja barang aaron yg tak terusik iaitu gambar Peter Crouch yg telah ditandatangani sendiri Crouch.

Selepas melihat kerosakan tersebut, Aaron mengatakan beliau terpaksa gulung tikar terus perniagaan menggunting rambut ini kerana beliau tidak memiliki insurans untuk kaver semua kerosakan kedai ni.

Perkara ini telah mendapat maklumbalas pemilik gambar tersebut, Peter Crouch. Mengambil semangat Ramadan yg mulia ini, Crouchy telah pon mengunjungi Aaron untuk beri sokongan terhadap kempen yg telah dijalankan penduduk setempat serta dalam internet; "Keep aaron Cutting". Setakat ini, kempen telah mencapai kutipan sebanyak 35k pound sterling.

"Sabarlah orang tua, ini semua takdir" - Crouchy.

"Hang tahu sebab apa benda ni depa tak ambik? Sebab ni gambar hang. Lain la gambar bini hang si Abigail Clancy tu, benda tu pon depa nak hambat" - Aaron

"Atuk buat apa dengan gambar bini saya tu?" - Crouchy

"Errrr, Tak dapat body, dapat gambor pon jadi la. hehe" - aaron.

Bila ditanya macam mana Crouchy boleh terpotong rambut kat kedai ni, Crouchy mengatakan pada masa tu beliau memang memang mahu memotong rambut dan kebetulan beliau berada betul-betul didepan kedai Aaron, yg juga seorang penyokong Spurs. Pada kunjungan terbaru ini, Crouchy turut mendapat servis guntingan percuma dari Aaron.

"Nak buat style apa?"

"Mohawk. Sideburn x nak cukoq, belakang kasi V".

Baik hati jugak Crouchy ni, malangnya, dilaporkan hayat Crouchy di Spurs semakin sampai ke ujung selepas Redknapp mahu menjual beliau untuk memberi dana dan tempat bagi mendapatkan penyerang, sama ada Adebayor mahupon penyerang Costa Rica, Bryan Ruiz yg bermain utk Twente. Crouchy dikhabarkan akan bersama Wilson Palacios berhijrah ke Stoke City.

Jika benar berita ini, damailah kau disana Crouchy.

6 comments:

Wadi AR said...

berdamai lah

Jimmy Stracqualursi said...

gelanggan paling ditakuti cesc fabregas? hehe ye dok mung?

yids scung forever in our shadows

nasz playersz said...

crouch yg bek ati

LanChanG KuNeN said...

"Mohawk. Sideburn x nak cukoq, belakang kasi V". - hahaha..macam cilake..marah aidil zafuan lu tiru stail rambut die crouch oi..hahahaha.

KhaiRin said...

crouch ni mmg baek ati..ms kt liverpool dulu.. minta 1 autograph, dia kasi 20

Nazsabrina Iman Zulfikar said...

aku suka part abigail clancy and damai la kau di sana..hehehe