Wednesday, January 9, 2013

Luaskah kuasamu Johor?

Perlawanan Pahang menentang Johor Darul Takzim FC semalam tidak perlu diulas panjang. Dari Banjaran Titiwangsa ke Banjaran Himalaya, dari Gunung Tahan ke Gunung Fuji, dari Kuantan ke Malaga, angin sudah membawa perkhabaran keangkuhan Pahang ke seluruh dunia. Keangkuhan yang dinilai bukan melalui duit tapi keangkuhan sejati yang dinilai melalu mutu permainan yang berseni dan menarik.

Bukti keangkuhan Pahang dapat dilihat pada separuh masa pertama apabila sewenang-wenangnya memberikan pihak lawan kelebihan dua gol. Ini bukan kesilapan, ini adalah taktik. Taktik yang penuh dengan muslihat memperdayakan penyokong Johor dengan memberikan mereka harapan yang tinggi. Ketika Matyo meraikan jaringannya, rakyat Pahang hanya tersenyum. "Mentah", kata semua rakyat Pahang dalam hati.

Masuk separuh masa kedua, penyokong Johor yang datang dengan baju subsidi ke Stadium Darul Makmur terdiam, pemain Johor yang kononnya bertaraf bintang terdiam, Fandi Ahmad terdiam, TMJ terdiam, rakyat Johor terdiam. Mereka terdiam kerana baru mengenali tentang seni bola sepak sebenar yang ditunjukkan oleh Pahang. Dalam diam-diam mereka mula mengidolakan permainan Pahang. Rakyat Pahang pula hanya tersenyum nipis.

Liga Super Malaysia baru sahaja bermula. Dan rakyat Johor mula menyesal mengambil tahu tentang hal ehwal bola. Kami dari Pahang hanya mampu mengatakan...

LUASKAN KUASAMU JOHOR TENGKOROK AOK!





5 comments:

Unknown said...

Baru first game dah sembang lebat. Puiiii

Faiz Saaid said...

pahang kira kuat jgk,

SARS said...

Terasa umpama membahan MU pulak.

janxxx said...

suka dengan ayat last skali " LUASKAN KUASAMU JOHOR TENGKOROK AOK"..mmg terbaek!!

Unknown said...

pahang itu pasukan tulen bola sepak malaysia . pemain import hanya disimpan sebagai sub , main hanya untuk dibayar gaji sahaja . pemain Malaysia yang main untuk bola sepak . =)