Thursday, December 30, 2010

Ini Tahun 2010!


sambungan dari entry "Itu Tahun 1992".

26 dan 29 Disember 2010 - hari dimana seluruh rakyat Malaysia riuh-pikuk di serata segenap negara.Dalam keriuhan tu - seolah-olah aku tengok rakyat Malaysia dalam kerinduan dalam menonton bolasepak sebenar yang klasemen tanpa bersandarkan pada kenangan.Ya - selalu kalau nak bercerita tentang bolasepak sebenar Malaysia yang klasemen - selalu mesti open cerita lama - sandarkan pada kenangan.

Ingin sekali gua menyentuh peristiwa yang berlaku kira-kira 18 tahun yang lalu.Kalau masa tu budak dilahirkan sekarang dia dah boleh bawak kereta.Ya - tahun itu Malaysia menang Piala Thomas.Lawan yang sama - Indonesia.Sememangnya dari segi politik dan sejarah - Indonesia dan Malaysia adalah rivalry yang cukup ketat sekali walaupun gua adalah peminat setia Nia Ramadhani.Indonesia dan Malaysia boleh gua katakan ada relationship yang "bittersweet" - rivalry hasil dari Konfrantasi Ganyang Malaysia Bung Karno,soal Pulau Sipadan,soal tarian dan kebudayaan,soal amah dirogol menteri sehinggalah soal laser.Semua benda pun nak rival.

Ya - Malaysia menang Piala Thomas tahun 1992.Ada aku selitkan cerita celoteh gua kat link kat atas.Ya - itu tahun 1992.Tahun Malaysia menang Piala Thomas.Bila kali terakhir Malaysia menang Piala Thomas?Yeah - I still can feel the hype there.

So - bila riuh-riuh tahun ni mengingatkan aku terhadap 1992 - menentang negara yang sama - dan menang - lantas aku terfikir,apakah skuad bolasepak negara akan jadi sama macam skuad badminton negara.Menang sekali Piala Thomas lepas tu dah tak menang-menang dah?Dan terus bersandarkan pada kenangan tahun 1992 semata-mata.At least videoklip "Jika Kau Fikir Kau Boleh" selama 18 tahun gua hampir muak tengok video Piala Thomas 1992 - kita dah ada hero baru - team bola sepak Piala Suzuki 2010.Kalau dulu hero kita Rashid Sidek sekarang kita ada Safee Sali.Atau Khairul Fahmi mat jambu(first time gua dengar goalkeeper lagi famous dari striker).

Sepanjang 180 minit ++ dua perlawanan akhir - di Bukit Jalil dan Bung Karno - gua hanya menonton di office.Gua tak tengok kat mapley,kat kedai tomyam mahupun kat restoran ayam penyet.Masa 1992 pun gua tengok kat rumah je sebab zaman gua darjah dua mak aku akan sebat aku kalau kantoi keluar rumah malam-malam.Dan ya - kita menang Piala Suzuki dan aku percaya piala ini akan diusung sana-sini seluruh negara - macam Piala Thomas.At least Piala Thomas Malaysia menang lima kali - ni baru sekali - and football is the most popular sport in Malaysia - gua rasa hype dan impaknya lagi besar kot.

Anyway pasca-menang Piala Thomas 1992 - gua tengok ramai anak muda,dari tadika sampai ke tua kehulu kehilir bawak raket badminton.Semua orang menjadikan badminton sebagai trend.Semua orang menjadikan badminton sebagai hobi masa lapang.Hampir 90 peratus member-member gua kat sekolah masa itu menulis "badminton" sebagai hobi masa lapang.Gua je loser mengumpul setem.Dan walaupun Piala Thomas adalah Piala Dunia manakala Suzuki hanya peringkat rantau ASEAN - gua percaya hypenya jauh lebih besar dari Piala Thomas.Despite masa Malaysia menang Piala Thomas 1992 - stadium bolasepak - terutamanya gua Selangor,masih lagi penuh walaupun masa tu relegate ke Divisyen 2.Oh ya time tu Pahang juara double Piala Malaysia dan Semi Pro.

Cuma gua harap lepas ni - sama seperti semasa Malaysia menang Piala Thomas - bolasepak tak ditinggal - macam tu jugalah rakyat Malaysia sekarang melayan badminton nanti.Dan gua harap sukan-sukan lain juga - macam hoki juga pun bagilah sokongan juga.Dan gua harap kepada fan Indonesia yang nak bitter rivalry tu sangat tolonglah jangan emosional sampai nak bermaling-maling bagai.In fact maling pecah rumah time raya kat Malaysia ni banyak dari negara mana - oops,gua malas nak cakap.Kang dianggap provokasi pulak.

Dan gua harap lepas ni - Malaysia tak perlu tunggu selama 18 tahun nak mainkan lagu "Jika Kau Fikirkan Boleh" dengan berlatarkan Safee Sali dan skuad bolasepak Piala Suzuki - macam 18 tahun yang lalu video Piala Thomas 1992 saja.Mana tahu - satu hari nanti hoki Malaysia dapat jadi juara dunia.Atau mungkin bola baling.Mungkin bola tampar.Ragbi?Kalau dapat body macam Jonah Lomu rakyat Malaysia ni boleh kot.

Tahniah dari aku kepada pasukan bolasepak Malaysia dan K Rajagobal sebagai manager.Honestly,gua rasa team macam Thailand sibuk angkat Bryan Robson,si Indonesia angkat Alfred Riedl,Filipina Mcmenemy,Vietnam pun ambik Portugal,Singapura lagi bangsat ambik pemain-pemain sekali import - dan juga tak lupa juga Cristiano Ronal..eh,Gonzales(itu kata Hasbullah Awang) yang merupakan dari Kabupaten Montevideo Propinsi Uruguay Selatan.Malaysia semua ambik dari local talent - termasuk K Rajagobal sendiri.Poyo jugak gua tengok team ASEAN nak berimport-import ni.

So - keep up the good work and remember,jangan jadikan Suzuki Cup ni macam skuad Piala Thomas 1992.Dapat Datuk,dapat tanah,dapat duit dapat kereta - last-last 18 tahun nak tunggu jadi juara - tak juara-juara.

p/s:We are the champions my friend,and we keep on fighting til the end.We are the champions,we are the champions,no time for losers because we are the champion - Farrokh Bulsara.

3 comments:

Amir Syahir said...

musim bola la pasni..keh2

aljambz said...

pesen nak promot blog seniri ni memang nak cari kaki.

Amir Syahir said...

kah kah kah.