Tuesday, April 24, 2012

Seputar Dunia (April)


Ya, bersama kembali dalam segmen Seputar Dunia. Sebenarnya aku pon tak tahu entah wujud ke tidak segmen ni. Aku main sebat je. Memaparkan hal ehwal bolasepak terpilih di sekitar dunia.

Pertama sekali mari kita ke Sepanyol. Dalam perlawanan antara Sevilla menentang Levante, penyokong tuan rumah rasa bengkek yg amat selepas perlawanan pasukan mereka pada hari itu terpaksa dilewatkan bagi memberi ruang kepada "El-Classico" bersiaran. Hal ini sangat merugikan mereka kerana waktu asal perlawanan tersebut waktu 'primetime'. Jadi apa yg mereka buat untuk menunjukkan protes terhadap keputusan itu?


Ya, mereka melontarkan bola tenis kedalam padang. Nampak comel juga sebenarnya.Tapi mengapa bola tenis? Bukan bola ragbi, bulu tangkis, atau besi lontar peluru? Ya, sebenarnya penyokong Sevilla meniru perbuatan yang dilakukan fan Basel 2 tahun lalu, dimana perlawanan Basel terpaksa ditangguhkan untuk memberi ruang televisyen tempatan menyiarkan game tenis ATP Basel yg melibatkan Federer dan Djokovic. Jadi diorang baling la bola tenis tanda protes.

Jangan risau, dekat Malaysia takkan terjadi. Kalo game Liga Super bertembung dengan Anugerah Bintang Popular sekalipon, rakyat Malaysia sudah tahu untuk memilih menonton Neelofa atau pon Effa Owana!

Ke Serie A. Rasanya ramai yg dah tahu pasal geng ultras Genoa masuk padang tu. Benda ni sebenarnya menunjukkan betapa kuatnya pengaruh penyokong terhadap sesebuah pasukan. Kapten Genoa, didesak ultras untuk mengutip semua jersi rakan sepasukannya selepas dipaksa menanggalkan jersi mereka; atas alasan "they dont deserve to wear the shirts" setelah dibantai 0-4 oleh Siena dalam 1st half


Dan dapat dilihat hanya seorang pemain yang berani bersemuka dengan geng ultras tersebut iaitu Giuseppe Sculi; dipercayai cucu kepada salah seorang mafia terkenal Itali. Patut la berani semacam. Mafia-mafia pon main bola ek? Tapi kat Malaysia pon sama, ramai je budak-budak bola join 3 line.

Insiden ini menyebabkan Genoa digantung beraksi di gelanggang sendiri sehingga tamat musim.

Ke Jerman, Borussia Dortmund mengecapi kejayaan merangkul "mangkuk salad" Bundesliga buat kali kedua berturut-turut.

Haa, dah menang nak tunggu apa lagi, romen la sepam dua!

(Dari kiri; Moritz Lietner, Jurgen Klopp selaku pengurus dan Matt Hummels. Gangbang!)

Berbeza nasib dengan 2 pencabar terdekat, Bayern Munich dan Schalke 04. Kedua-duanya mengalami konflik dalaman selepas pemain bergaduh sesama sendiri. Di kem Bayern, laporan akhbar jerman menyebut Ribery menumbuk Robben ekoran ketidakpuashatian masa game UCL tempoh hari. Walaubagaimanapun, Ribery telah pon didenda dan kedua-duanya kembali berbaik semula. Selepas menjaringkan gol kemenangan menentang Bremen sabtu lalu, Ribery terus berlari ke arah Robben yg duduk di bangku simpanan dan bersalaman tanda bermaaf-maafan. Alolo sweetnya. Ini menandakan Real Madrid akan kalah semi UCL nanti.

Keh keh, Robben ni macam cuak-cuak je bersalam dengan Ribery tu.

Schalke juga mengalami masalah yg sama. Huntelaar bergocoh dengan Jermaine Jones pasal rebut air time training. Cilaka betul, apahal semua nak bergaduh dengan player Belanda ni? Tahu la tahun ni Oranje menang Euro.

"Fakyu Jones". "Butopakhang Huntelar"

Kita ke Argentina pula. Jika anda berkelapangan ke Buenos Aires, jangan lupa singgah ke Hotel Boca Juniors. Terletak 4 km dari La Bombonera, hanya mengambil masa 11 minit untuk ke gelanggang keramat pasukan Martin Palermo, Juan Roman Riquelme dan Diego Maradona ini.



Harga paling murah ditawarkan adalah 150 US Dollar untuk satu malam. Ya, harap-harap ada team Malaysia buat macam ini jugak.

 Dan akhir sekali, apalah gunanya bersembang lebat pasal bola luar tapi tak sentuh langsung pasal bola tempatan. Menjelang perlawanan persahabatan menentang Sri Lanka nanti, dua orang kuat "FAM" mengeluarkan kenyataan bernas kepada media.

 Ah, patutnya Dato' Judin, tapi aku malas nak edit balik. Ala lagipon din tu bleh refer ke Judin dan Midin. Samo jo.

Baiklah, itu sahaja segmen Seputar Dunia kali ini. Untuk lebih laporan bolasepak antarabangsa, bukaklah cenel Astro manakala untuk lebih laporan bolasepak tempatan, pergi lah stadium dekat rumah engko. Sekian saja dari saya, kita kembali ke studio.

6 comments:

Gambit said...

KAHKAH "Jangan risau, dekat Malaysia takkan terjadi. Kalo game Liga Super bertembung dengan Anugerah Bintang Popular sekalipon, rakyat Malaysia sudah tahu untuk memilih menonton Neelofa atau pon Effa Owana!"

nzmy dzul said...

nice info bro! thnks!

KhaiRin : anies said...

hahahaha ranking x penting..x penting x penting ahahahaa

FahmiRoslan said...

nice entry bro...keep it up...

Jimmy Stracqualursi said...

marco rossi pun ade gak masa bersemuka ngan ultras tu. padan muka genoa, tahun lepas kemain suka sampdoria relegated, korang pulak la merasa harap nye

Fitri K. said...

eh, cantik header. baru perasan.

harap-harap org 'tuuu' pun perasan juga le. biar dia sedar diri sikit. main bola xde kena mengena dengan darjat mahupun pangkat. oppss~