Monday, April 2, 2012

SOCCER KIDS



Semua sedia maklum, bahawa soccer kids sudah memasuki musim ke 4 pada tahun ini. Dan boleh di saksikan di tv 3 setiap hari ahad jam 7.30 malam

Jika di lihat rancangan ini, sudah musim ke 4 ia berlangsung, Secara tidak langsung telah mencungkil bakat bakat anak muda di seluruh malaysia dari selatan ke utara, timur ke barat.

Tapi pada pendapat aku, rancangan ini bagus untuk jangka masa pendek sahaja. Sebab apa? program ini adalah program bermusim untuk mencungkil bakat anak muda yang berumur 12 tahun kebawah.

Tapi, bila sudah ke penghujung musimnya, Di manakah anak muda ini pergi? Adakah kembali bermain di sekolah mereka ataupun ada antara mereka terpilih untuk bermain di sekolah sukan di setiap negeri mereka?

Pada pendapat aku, soccer kids ini sepatutnya sudah boleh di buat "akademi soccer kids" sejak 4 musim yang lalu. Seperti akademi akademi di luar, bakat anak muda yang sudah bersama soccer kids sejak 4 musim yang lalu haruslah di kumpulkan di bawah satu tempat dan menjadikannya sebuah pasukan atau kelab yang membawa imej soccer kids itu suatu hari nanti.

Kos berbelanjaan? rasanya tiada masalah tentang ini jika tv3 yang juga hos rasmi soccer kids menjadi penaja mereka dan sekaligus dari segi perniagaan, ia menaikkan rating tv3 itu sendiri kerana tv3 sudah mempunyai pengaruh yang kuat sekali di Malaysia ini.

Mungkin mereka melihat soccer kids ini dari sudut peningkatan rating dan keuntungan untuk tv3 itu sendiri. Apakata cuba fikirkan jika akademi ini terjadi dan menaikkan imej bola sepak Malaysia. Adakah tv3 akan menerima penghormatan paling tinggi juga buat peminat bola sepak di malaysia kerana bersama menaikkan mutu liga bola sepak di Malaysia?.

Kita tidak boleh mengharapkan FAM sahaja, sebab mereka sendiri gagal menguruskan sistem sekarang di wisma, apatah lagi mencari bakat anak muda di akar umbi lagi.



Cuba kita lihat video di atas ini, anak muda di bawah 12 tahun bermain bola sepak, sedangkan ketika mereka berumur begini, mereka sudah di ajar dengan sistem bola sepak yang sangat padu, di Malaysia? umur berapa baru nak merasa dengan permainan begini? aku rasa, masa aku main bola untuk wakil sekolah aku, aku tidak pernah di ajar dengan sistem bola macam ini. Sebab itu pentingnya berubahan sistem bola di Malaysia.

Kita berbalik kepada tajuk asal, soccer kids, Jika akademi soccer kids di tubuhkan, dan mereka mereka yang terpilih ini di ajar dengan sistem seperti di atas video ini. Rasanya imej bola sepak di Malaysia akan berubah.

Kita tidak tahu rezeki anak anak kita di mana, jika betul rezeki anak anak kita nanti kelak untuk bermain bola sepak, jangan di halang minatnya, mereka tidak belajar tinggi tinggi bukan menunjukkan mereka akan jadi orang tak berguna atau orang bodoh, Bermain bola sepak boleh memberikan segala galanya untuk diri kita sendiri dan anak kita sendiri. Malah penghormatan juga di beri oleh orang orang di sekeliling anda.

6 comments:

penulis.sahaja. said...

soccerkids. hurm betul tu. nice entry. Keep it up.

_akmalraman said...

game play Liverpool pun tak macam ni lah semalam.mohon kembali pada basic

_akmalraman said...

lagi satu,goal post tu tak boleh nak kecikkan lagi ke?hahaha.handallah bebudak ni

Adam said...

rasanya kalau tv3 buat team bola sepak hantar ke liga perdana/ liga super baru syok!

KhaiRin : anies said...

KK patut tgk game ni...sblm vs next team

sham said...

BRO...thanks for your comment and sudi mengikuti perkembangan rancangan soccer kids...utk pengetahuan semua..pelajar yg terpilih untuk memasuki soccer kids dari musim pertama sehinggalah musim ke 4 telah memasuki sekolah sukan negara mahupun negeri antaranya sekolah sukan bukit jalil,sekolah sukan tengku mahkota johor,sekolah sukan mutiara impian,penang free school,frenz football academy dan lain2. mereka juga sekarang sedang mengikuti liga piala president dan liga piala kementerian pelajaran malaysia. ramai yg mengcadangkan agar pihak tv3 menubuhkan academy soccer kids. sebenarnya itulah impian kami disini..untuk melihat generasi bola sepak kita setaraf dengan negara luar terutama united kingdom.tahukah anda bahawa sepanjang soccer kids ini berlangsung tidak ada satu pun pihak yg tampir untuk memberi tajaan penuh. kos yg pihak tv3 keluarkan adalah hampir 1juta untuk sebulan ..jadi cuba anda bayangkan berapa banyak yg perlu diperuntukaan untuk jangka masa panjang...kalau dibandingkan seperti thailand atau negara2 lain mereka mempunyai banyak NGO yg sudi tampil memberikan sponsor...sekiranya mengharapkan pihak tv3 sahaja ianya memang mustahil kerana untuk menubuhkan academy memerlukan kos yg amat-amat tinggi....secara terus terang..kami di tv3 tidak melihat ianya sebagai satu perniagaan...kami disini mengcungkil bakat dan menyediakan satu platform agar orang luar atau NGO dapat melihat bakat mereka dan memberikan tajaan mereka. namun setakat ini kami masih lagi belum menerima apa2. kalau anda menganggap usaha kami untuk mengejar rating atau satu perniagaan..anda memang silap...apa2 pun bro thanks for ur comment...teruskan memberi idea serta comment kepada kami...salam dari kami..team soccer kids...