Wednesday, April 25, 2012

Anti Football is The New Football?

"Terima kasih kepada akak netball sebab mengajar saya cara-cara menjaringkan gol satu masa dahulu" - jerit Torres selepas menjaringkan gol, semalam.

Bermain dengan 10 orang, menentang Barcelona, dengan dua central defender - Gary Cahill yang injured akibat kecederaan hamstring, dengan John Terry yang kena red card akibat lakonan dramatik si Alexis Sanchez (tolak sikit ke depan tapi jatuh ke belakang dengan lakonan kesakitan yang amat berkesan - itulah yang powernya pemain Barca bila berteater), Roberto di Matteo tidak ada pilihan lain - selain menjadi taktik paling Italia - iaitu catenaccio, iaitu defend, defend dan defend.

So, apa menatangnya catenaccio atau orang panggil sekarang - anti football ni? Anti football ni orang yang benci football ke macam bapak Ramli MU ke? Anti football ni adalah satu taktik yang mengekang dari segala jentera serangan. Pasukan yang gila menyerang macam Barcelona, Man United atau Arsenal cukup benci dengan lawan yang guna taktik yang sungguh Italia ni. Catenaccio ini adalah taktik yang digunakan oleh manager Internazionale, Helenio Herrera ketika menjuarai European Cup tahun 1964 dan 1965. Dengan kemenangan 1-0, atau 2-1 sudah cukup. Prinsip Herrera adalah prinsip mudah dan simple, kau score banyak mana pun, kau main cantik mana pun, point tetap 3 points, kalau kau main cantik tapi kalah, kau tetap kalah.

Prinsip ini kemudiannya didismissedkan oleh puak-puak dari Rinus Michels yang memperkenalkan Total Football, satu falsafah dimana pemain bolasepak haruslah dibebaskan dari sebarang kerigidan. Kalau Helenio Herrera mementingkan keputusan menang atau kalah, tak kira berapa keputusannya, Rinus Michels memikirkan bahawa "permainan bolasepak sudah hilang serinya jika keputusan menjadi ukuran utama berbanding dengan kegembiraan bermain bola itu sendiri". Ketika ini sudah ada falsafah-falsafah tentang bolasepak, seperti juga dalam seni (kalau belajar seni, kau dengarlah expressionism, impressionism, puak futurism berdebat dengan Dadaist, Marcel Duchamps dan yada yada yada), begitu juga dengan Eropah. Mereka bermain bola pun ada falsafah juga.

Jadi bermula bila Rinus Michels menjadi manager di Ajax pada tahun 1965, Rinus mengubah falsafah bolasepak di Eropah dari catenaccio. Seperti terpengaruh dengan Rinus, di tebing sungai Merseyside - Bill Shankly juga mula mengubah Liverpool, cuma bezanya dia tidak ada free role seperti Rinus "Total Football". Di Liverpool, Bill Shankly memperkenalkan taktik yang digelar "pass and move" yang kemudiannya diwarisi Bob Paisley seterusnya menjulang tiga kali European Cup - setakat ini hanya Bob Paisley sahaja yang pernah lakukan, ada besar kemungkinan abang Jose Mourinho boleh lakukan perkara yang sama tahun ni selepas Pep gagal semalam.

Cerita taktik catenaccio mati sekitar tahun 1970an bila Total Football naik, dan Total Football pula mati bila Rinus sudah pergi ke Los Angeles Aztecs dan Liverpool dengan taktik pass and move mereka, dan sekitar 80an - kebangkitan pasukan kelab England yang menyaksikan deretan 1977-1984 - cuma sekali sahaja pasukan bukan England yang menjuarai European Cup(Liverpool 1977, 78, 81, 84, Nottingham Forest 1979, 80, Aston Villa 1982), yang jelas dipengaruhi dengan taktik pass and move.

Zoom out 20 tahun later, kita mendengar satu falsafah baru dalam bolasepak - tiki-taka - yang dicetuskan oleh Barcelona, dan pasukan Sepanyol dalam Euro 2008 dan World Cup 2010. Dengan kejuaraan Euro 2008, dan World Cup 2010 serta kejayaan Barcelona tahun 2009 dan 2011 dalam UEFA Champions League, kita merasakan tiki-taka adalah taktik yang hampir mustahil untuk ditewaskan pada masa ini. Abang Jose pun sampai nak pecah kepala nak deconstruct taktik tiki-taka, tapi dia sendiri pernah temui taktik "ultra-defensive football" semasa semi-final menentang Barcelona, ketika beliau bersama Internazionale.

Jadi, apakah anti-football yang orang kata membosankan, sebab tak ada gerak serangan, defend memanjang, "parking bas" ni adalah satu taktik yang jelik dan bosan?

Bagi aku tidak. Jika kau tonton perlawanan Barcelona vs Chelsea sebagai seorang yang neutral dan tidak menyokong mana-mana macam aku semalam, kau nampak the art of defensive football. Walaupun tidak ada libero atau sweeper macam taktik catenaccio, tapi aku masih nampak Didier Drogba semalam macam bermain sweeper. Untuk menghalang gerak serangan bertalu-talu Barcelona, come on, you don't have to be a Chelsea fan to admire the way they defend. Cuma kadang-kadang Bosingwa yang careless serta Ramires kadang-kadang leka, aku tengok Frank Lampard lebih kental jadi defender dari jadi midfield semalam.

Jadi aku baca entry ni semalam (Jakarta Post : Negative football) dan aku rasa aku setuju dengan pandangan ini. Mungkin kalau kau menyerang je tapi kau tak tahu the art of defensive, mungkin game akan jadi hambar. Atau sebenarnya seperti yin dan yang, kau perlukan satu benda yang balance untuk menentang satu dominan. Dalam menghancurkan hegemoni tiki-taka, mungkin apa yang Jose Mourinho pernah buat dulu, dan kini Roberto di Matteo lakukan, adalah benda yang terbaik.

Sementara itu, King Kenny kena tengok balik video-video Bill Shankly pasal pass and move.

7 comments:

miestuff said...

Always save the best for the last.-Torres.

Unknown said...

tak bestnya tengok bola yang macam tu. lepas score satu. defend. memang la nampak the true defence there. but kata both team star. nampak sangat la chelsea memang takkan boleh lawan barca. hanya boleh harap score then defend. betul kan.

jinkalewa said...

sejak bila pulak mu main cam arsenal&barca? hahahhahaha

haziq said...

score and defend are the essence of football. kalau kau score memanjang tapi tak boleh nak defend pun tak guna jugak. Cube tgk time chelsea kalah dgn arsenal 5-3 dulu. Masa tu AVB bodo konon2 nak bajet main offensive football

Cob Nobbler said...

paan:actually aku pun tak taulah, tapi aku pernah tengok MU main attacking football dulu.

Anonymous said...

6-3-1

terry x de = 5-3-1

AKU HENSEM said...

tektek yang aku tengok game hari tu. 10-0-0 selepas terry red card